Bab 1

13.6K 572 294
                                    

‘krik.. krik..’

       Bunyi cengkerik menemani sepanjang perjalananku. Payung ditangan dihayung sambil berjalan. Kawasan sekeliling sudah gelap dan sunyi. Jam sebegini sudah tiada kenderaan yang lalu lalang di jalan ini.

Jam di tangan dilihat sepintas lalu. Jarum panjang sudah menunjukkan nombor enam dan jarum pendek menunjukkan nombor sebelas.

Hari ini dia balik kerja lewat berbanding hari-hari biasa kerana menggantikan shift kerja kawannya yang tidak dapat hadir bekerja pada hari ini.

Kasut berwarna merah hitam yang sudah lusuh dan sedikit koyak tersarung elok di kakinya. Sesekali kakinya menyepak batu kecil di tepi jalan sepanjang dia berjalan balik ke rumah.

Sedang ralit melayan perasaan, Melati tersentak apabila mendengar bunyi tin kosong seperti disepak seseorang. Dia memerhatikan kawasan sekeliling tetapi tiada sesiapa di situ melainkan dirinya seorang diri dengan ditemani payungnya.

Sekarang, dia berada betul-betul di hadapan lorong gelap. Lorong tersebut tiada sesiapa yang lalu apabila menjelang malam kerana tempat tersebut merupakan port kegemaran kutu rayau.

Melati menelan liur. Dadanya berdegup laju memikirkan semua kemungkinan. Dia mempercepatkan langkahnya dan beredar daripada lorong tersebut.

Makin lama, makin laju langkahnya apabila dia berasa dirinya diperhatikan dari belakang.

“Nak pergi mana sweetheart?”

Melati terkaku. Rasa takut mulai menyelubungi dirinya. Bulu roma kian nak mencanak. Kakinya mengatur langkah kembali tanpa menghiraukan suara tadi.

“Abang tanya ni.. Sweetheart  nak pergi mana?”

Langkahnya terhenti. Peluh mulai keluar membasahi dahi.

“Jangan kacau aku lah!”, jerit Melati.

Tangannya memegang kejap payung yang berada di tangan.

Telinganya menangkap bunyi derapan kaki yang melangkah dekat dengannya. Badannya menggigil ketakutan dan air mata mula bertakung di tubir mata.

Dia berasa rambutnya disentuh dari belakang. Tangan itu mulai naik dan meyelit rambut Melati yang terjatuh ke celah telinganya.

sweetheart

Melati menahan rasa mual akibat terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Bau minuman keras menerpa ke rongga hidung tatkala lelaki tersebut membuka mulut.

Melati menjarakkan dirinya daripada lelaki tersebut. Dia berpaling untuk melihat siapakah lelaki yang menganggunya.

Bibirnya tiba-tiba terkunci rapat. Di matanya jelas kelihatan figura seorang lelaki yang berbadan besar dan tegap. Lelaki tersebut memakai kemeja bercorak kotak tetapi tidak membutangkan bajunya. Wajahnya tidak jelas kelihatan kerana kawasan yang agak gelap tanpa lampu jalan. Di tangannya pula terdapat botol kaca yang berwarna hijau.

Lelaki tersebut meneguk air di dalam botol tersebut sehingga habis. Botol tersebut dihayung tinggi sambil diacu ke arah Melati.

“Cantik sweetheart malam ni.”

Melati mengetap bibir bawahnya apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Payungnya diacu kepada lelaki tersebut seraya menjerit.

“Jangan kacau aku kalau tak, aku menjerit.”

Jalan kosong tersebut bergema dengan hilai tawa lelaki tersebut selepas mendengar ugutan Melati.

“Jeritlah nak jerit. Tiada sesiapa dekat sini. Kita berdua jer sekarang. Jom teman abang malam ni”, ujar lelaki tersebut lalu menyambung ketawa.

P S I K O [ 1 ]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن