Bab 14

4.8K 290 30
                                    

             Haziq membaca semula e-mail yang diterimanya minggu lepas. Kemudian, dia menyelak helaian fail dan matanya membaca satu-persatu perkataan yang tertulis di atas kertas itu. Seterusnya, dia kembali menatap skrin komputer dan dia sedikit tergamam. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia jumpa.

Dia membuka laci meja kerjanya dan mengeluarkan bukti-bukti yang pernah diambil dari rumah Melati. Semua mesej dan whatsapp yang diforward oleh Melati yang telah dia cetak di teliti kembali. Ada sesuatu yang dia terlepas pandang sebelum ini.

Tangannya naik memicit pelipis. Bibirnya diketap marah dan tangannya naik mengepal penumbuk.

Shit!”

Haziq mengangkat gagang telefon yang berbunyi. Dia mendengar dengan teliti apa yang diberitahu oleh orang atasan yang menelefonnya.

“Baik Tuan.”

“Ada juga Tuan. Berdasarkan e-mail yang telah saya semak semula tadi dan juga mesej-mesej yang diterima oleh mangsa.”

“Betul Tuan. Kita perlu bersedia kerana bila-bila masa sahaja akan berlaku.”

“Terima kasih Tuan. Nanti saya update dekat Tuan.”

Setelah meletakkan gagang telefon, dia menyambung kerjanya. Baru sahaja dia memegang pen, telefon bimbitnya berbunyu menandakan ada mesej masuk.

Dia membuka mesej dan rahangnya bergerak menahan amarah.

“Kau sengaja nak naikkan amarah aku. MJ konon, celah gigi je aku hapuskan kau nanti.”

Dia ingin menutup telefonnya namun, ada sesuatu yang bermain di mindanya. Apa maksud mesej yang terakhir MJ menghantar kepadanya.

52526 5262 837236452524

Dasar 56737!

              Hafizul yang sedang menyisir rambutnya tersenyum. Dia sudah berbincang dengan Melati untuk mempercepatkan tarikh perkhahwinan mereka. Itupun, Haziq yang mendesak Melati supaya menerima cadangan itu kerana takut apa-apa terjadi sementara menunggu tempoh perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada tahun depan. Jadi, Melati bersetuju untuk mempercepatkan tarikh kepada dua bulan lagi. Sempat lah untuk mereka mencari barang perkahwinan.

Hari ini dia dan Melati dah berjanji untuk keluar bersama untuk mencari barang perkahwinan mereka. Kata Melati, Che Yah akan membantu dia menguruskan barang-barang yang akan dibeli nanti. Suara Melati kedengaran teruja semasa memberitahu perkhabaran itu.

Semasa hendak masuk ke dalam kereta, ada mesej masuk ke dalam telefonnya. Dia mengerutkan dahinya apabila membaca mesej itu. Dia tidak membalas mesej itu lalu masuk ke dalam kereta untuk menjemput Melati.

Di dalam kereta, masing-masing diam dan hanya radio kereta yang berbunyi memutarkan lagu.

“Erm.. Kita nak pergi butik mana ni yang?”, suara Hafizul memecahkan sepi antara mereka.

“Pergi dekat tu lah. Butik kawan mak Maria tu yang Melati pernah tunjuk dulu.”

“Okay, abang ikut jer. Lagipun, dekat situ banyak juga pilihan dan cantik-cantik kan baju mereka?”

Usai memilih baju pengantin, Melati menyuruh Hafizul membeli air kepadanya dan dia akan menunggu Hafizul di kereta. Hafizul hanya bersetuju kerana dia juga agak haus. Melati hanya melihat Hafizul yang berjalan ke arah restoran yang berdekatan dengan butik untuk membungkus air dan tersenyum.

Melati menyandar ke kereta milik Hafizul dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia ingin memeriksa social media miliknya sementara menunggu Haziq. Dia terkejut apabila mendapat mesej spam daripada seseorang.

Hai sweet heart. Hari ni abang akan perkenalkan diri abang kepada Sweet heart.

Baru sahaja dia ingin melintas jalan untuk ke restoran yang dituju oleh Hafizul kerana berasa takut selepas membaca mesej itu, dia berasa mulutnya ditekup oleh seseorang. Tidak lama kemudian, dia pengsan tidak sedarkan diri.

       

          Haziq cuba menelefon Melati namun tidak diangkat. Dia mengeluh kasar dan hatinya yang marah membara tadi masih tidak surut. Dia menelefon pula Hafizul namun Hafizul juga tidak mengangkat panggilannya. Hatinya sudah risau kerana dia berasa lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai MJ telah memulakan rancangannya.

Dia menatap kertas putih ditangannya.

Dasar 56737!

“Kau tu yang pengecut! Kau tak layak nak panggil aku loser , sebab kau sendiri yang dasar loser! Kau tengoklah macam mana aku hapuskan kau.

Tch.. MJ? Dasar manusia pengecut yang menggunakan nama samaran.”

Dia mengemas meja kerjanya yang agak bersepah dan laci meja dibuka. Sepucuk pistol dikeluarkan dan sidelit pada poket belakang seluarnya.

Dia menuju ke bilik orang atasannya sebelum keluar dan menghidupkan enjin keretanya. Kereta laju membelah jalan raya untuk ke destinasi yang MJ tulis tadi. Untung dia dapat memecahkan kod bodoh itu sebentar tadi.

               Melati yang sedari tadi pengsan tidak sedarkan diri mula sedar. Kepalanya berasa pening dan dia mengangkat kepalanya yang sejak tadi terlentok elok.

Dia cuba bangun tetapi dirinya seperti tersekat. Dia melihat ke tubuhnya. Matanya membuntang apabila melihat dirinya dililit dengan seutas rantai besi yang besar dan di mangga. Ketakutan telah menyelubungi dirinya dan dia berasa ingin menangis.

Dia memandang ke arah sekeliling biliknya. Gelap dan sunyi. Dia meronta untuk melepaskan dirinya walaupun dia tahu, apa yang dia buat hanya lah sia-sia. Malah, tangannya yang juga diikat mulai merah akibat bergesek dengan rantai besi itu.

“Iskk... Iskk.. tolong..”

Matanya memandang ke arah lantai untuk mencari apa sahaja alatan yang boleh membuka kunci mangga ini namun, matanya tertancap pada sesuatu yang membuatkan dia makin galak menangis.

Baju kemeja berwarna ungu lembut yang dipakai Hafizul sebentar tadi yang telah koyak rabak dengan kesan darah pada baju dan sebilah pisau yang seperti baru digunakan dengan kesan darah yang berada di atas lantai.

“Siapa.. tolong..”, air matanya laju mengalir.

“Abang.. mana abang..  Tolong Melati.. kenapa abang tinggalkan Melati..”

“Melati takut..iskk. Abang.. ”

Kepalanya menggeleng memikirkan segala kemungkinan yang telah berlaku. Rambutnya sudah berserabai dan beberapa helai rambutnya telah melekat pada wajahnya yang basah lencun akibat air mata yang sedari tadi tidak berhenti mengalir bak air hujan yang deras.

'klak!'

Bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Melati sudah kecut perut apabila mendengar derapan kaki yang melangkah masuk ke bilii itu. Dia memejam matanya kerana takut dan dia tidak sanggup melihat wajah lelaki gila yang telah mengucar kacirkan hidupnya.

“Hye sweet heart, dah sedar?”

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now