Special Bab III [ Last ]

4.7K 250 109
                                    

                Sebulan sudah berlalu sejak Haziq memberi masa kepada Melati untuk membuat keputusan yang berkait dengan hati dan perasaan ini. Sepanjang tempoh itu, Haziq langsung tidak menghubungi Melati dan memunculkan diri di hadapan Melati. Baginya, gadis itu memerlukan masa dan keputusan yang dibuat tidaklah perlu terburu-buru.

Pagi tadi, dia menerima satu mesej daripada si gadis pujaan hatinya. Melati menanyakan jika dia sibuk atau tidak dan mengajak dia untuk berjumpa di satu restoran pada waktu petang nanti.

Hatinya berdebar-debar apabila membaca mesej yang diterima itu. Adakah Melati sudah membuat keputusan? Segala persoalan sedang bermain di mindanya sekarang ini.

Dia mengacau penyedut minuman yang telah dipesan sambil matanya melilau ke sekeliling. Jam di tangannya dilihat sekilas. Sudah lewat lima minit namun Melati masih tidak memunculkan diri.

              Melati berjalan memasuki sebuah restoran yang diberitahu kepada Haziq pagi tadi. Usai sahaja melangkah masuk, matanya tertancap pada seorang lelaki yang dikenalinya sedang melihat telefon di satu sudut. Senyuman terukir di bibir dan langkahnya diatur menghampiri Haziq yang sudah sedia menunggunya.

“Haziq.. maaf, saya lambat.”

Muka yang sedari tadi menunduk terus diangkat melihatnya. Buat seketika mereka saling berpandangan sebelum Haziq melarikan matanya ke arah lain.

“Du.. duduklah, Melati.”, ujar Haziq sambil tersenyum.

Melati melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Haziq. Wajah lelaki itu dipandang satu riak yang tidak dapat ditafsir.

“Err.. awak jangan lah tengok saya macam tu.”, wajah Haziq memerah menahan malu saat menuturkan ayat itu.

“Ehem!!.. order lah dulu air.. atau makanan ke kalau awak nak makan?”, Haziq berdehem seketika sebelum menyambung kata-katanya.

Melati tersenyum nipis melihat Haziq yang malu itu. Dia kemudiannya memanggil pelayan dan memesan segelas jus oren.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”, tanya Haziq tanpa berselindung.

“Kenapa.. awak tak suka jumpa saya ke?”, soalan Haziq dibalas dengan soalan oleh Melati.

Riak tenang di wajah Haziq yang berada di hadapannya terus bertukar menjadi riak serba-salah. Bibir bawahnya juga diketap.

“No.. awak jangan salah faham.. err..”, cepat-cepat Haziq menyangkal andaian Melati. Kepalanya yang tidak gatal juga digaru.

Melati pula ketawa melihat reaksi Haziq. Nampak.. comel!

“Kenapa awak ketawa?”, tanya Haziq bingung apabila melihat Melati yang ketawa.

“Awak lah.. gelabah je kenapa? Saya saja je nak usik awak.”

Haziq yang mendengar terus mencebik. “Gedik lah dia ni. Kita tak contact dia sebulan jer, terus berani eh nak usik orang.”, Melati dihadapannya terus dijeling manja.

Mereka berhenti berbual seketika semasa pelayan menghantar air yang dipesan oleh Melati. Melati mengucapkan terima kasih kepada pelayan sebelum memfokuskan kepada Haziq.

Sebelum memulakan bicara, sempat dia menyisip jus oren dengan penyedut minuman. Wajahnya yang kelihatan ceria mengusik tadi bertukar menjadi serius.

“Saya dah buat keputusan..”, kata Melati tanpa senyuman di bibir.

Haziq yang mendengar sudah berdebar. Automatik dia berasa sejuk dan tangannya berpeluh.

“Sebelum itu, saya harap awak terima keputusan yang dibuat oleh saya dengan hati yang terbuka.. saya dah cuba sedaya upaya saya untuk menyusun kata sebelum memulakan bicara”, sambung Melati.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now