Bab 4

7.1K 386 91
                                    

“Kenapa pulak ni?!”

Melati tidak segera menjawab pertanyaan itu sebaliknya menoleh ke belakang. Takut jika orang yang mengintipnya tadi masih mengikutinya.

“Heyy.. Melati, kenapa ni?”, tangan Melati ditepuk perlahan.

Melati kembali menoleh ke depan. Wajah Haziq menghiasi pandangannya.

“Err.. ”

Melati tidak tahu bagaimana cara untuk mengatakan apa yang berlaku pada dirinya sejak dua hari lepas kepada Haziq. Lebih-lebih lagi, Haziq adalah insan yang menolongnya pada malam tersebut.

Takut jika dikata dia seorang yang suka menyusahkan orang lain. Sudahla dia baru sahaja mengenali Haziq, ini kan pula nak minta tolong Haziq? Memang tidak lah.

“Kenapa muka kau pucat je ni?”, Haziq masih menagih jawapan daripada Melati.

“Sebenarnya, sa..saya..”

“Cakap je lah. Mungkin aku boleh tolong.”

“Sebenarnya, sejak malam tu, saya sering diganggu oleh seseorang.”

Demi sahaja mendengar ujaran Melati, Haziq mengangkat kedua-dua belah keningnya. Sebelum Melati meneruskan percakapannya, Haziq mengajak Melati singgah di sebuah restoran berhadapan Pasaraya Deki.

Melati hanya mengikut langkah Haziq kerana mungkin kali ini Haziq juga boleh menolong dia. Diintip oleh lelaki gila, siapa sahaja yang tidak takut kan?

Sampai di restoran, masing-masing memesan minuman dan Melati terus menceritakan apa yang terjadi kepadanya selama dua pada Haziq selepas waiter berlalu pergi dari meja mereka. Haziq hanya tekun mendengar dan sesekali dia mengangguk tanda mengerti.

“Macam mana ni? Saya takut lah.”

Haziq diam sebentar sebelum membuka bicara.

“Hm.. kau tak ada syak sesiapa ke? Mungkin musuh kau yang dah lama berdendam?”

Melati menggeleng sebaik sahaja mendengar tanggapan Haziq.

“Tak. Selama saya hidup ni, saya tak pernah ada musuh tau, apetah lagi orang yang berdendam dengan saya.”, Melati kelihatan cemas dan gelabah.

“woo.. rilek. Aku rasa aku boleh bantu kau cari siapa mamat psiko yang selalu ganggu ketenteraman kau tu.”

Melati terus memandang wajah Haziq. Seriuslah Haziq sudi membantu nya kali ini, untuk kali kedua?

“Tapi bagaimana? Tak menyusahkan awak nanti? Tak bahaya ke untuk keselamatan diri awak? Minta maaf sebab saya dah susahkan awak padahal kita baru je kenal.”, bertubi-tubi perkataan yang terpacul keluar dari mulut Melati.

Haziq pula hanya menggeleng kepalanya lalu ketawa kecil melihat reaksi Melati yang melebih.

“kenapa awak ketawa?”, Melati kelihatan bingung apabila Haziq ketawa kecil.

“Kau tu rilek sikit boleh tak? Macam tak betul je aku tengok. Sebenarnya macam ni.. aku boleh tolong kau sebab aku polis. Jadi..”

Belum sempat Haziq menghabiskan ayatnya, Melati mencelah.

“Fuyyo.. Abang polis weh.”

Haziq hanya menjengilkan matanya melihat Melati. Melati yang menyedari Haziq melihat ke arahnya tersengih malu.

“Jadi aku nak kau bagi kerjasama pada aku. Setiap kali kau diganggu, kau kena inform aku. Ini untuk keselamatan diri kau juga. Dan aku nak kau rahsiakan tentang aku tolong kau. Melihat pada situasi kau sekarang, kau tak boleh percaya pada semua orang.”, Haziq berbicara dengan serius. Sesekali dia menyisip air yang diorder tadi untuk menghilangkan dahaga.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now