Special Bab II

3.5K 223 61
                                    

           Haziq yang sedang ketawa semasa berbual dengan Pak Cik Leman itu dipandang lama. Sungguh ada rasa rindu yang muncul di hatinya setelah Haziq ke luar negara selama tiga tahun. Dia tidak menyangka akan berjumpa lagi dengan Haziq setelah tempoh itu.

Melati tersentak apabila Hazi tiba-tiba sahaja memandangnya dan mengenyit mata ke arahnya sebelum menoleh semula ke arah Pak Cik Leman.

“Amboi, duk main mata ya.”,tegur Che Yah yang berada di sebelah Melati.

Mereka berdua duduk di kerusi kitchen island manakala Haziq dan Pak Cik Leman berada di kerusi meja makan. Selepas menghantar Amin, mereka berdua pergi makan terlebih dahulu sebelum pulang.

“Melati.. kenapa makin lama saya tengok awak, saya rasa cinta saya kat awak makin bertambah?”,tanya Haziq.

“manalah saya tahu.”,jawab Melati.

“Tapi.. sakit lah kalau macam ni.”

“Sakit kenapa pulak?”,Melati mengerutkan dahinya kerana tidak mengerti dengan kata-kata Haziq.

“Sakit menahan cinta yang tidak terbalas.",kata Haziq sambil memegang dadanya sambil membuat muka sedih.

Melati mencebik apabila mendengar kata-kata Haziq.

“Bila awak nak balas cinta saya? Saya nak masuk meminang ni.”,sambung Haziq.

Melati hanya diam mendengar soalan daripada Haziq. “Okay, sekarang saya pulak tanya awak. Apa beza awak dengan monyet?”,Melati menoleh ke arah Haziq sambil tersenyum.

“Em..”,Haziq meletakkan tangannya di dagu sambil berfikir.“Monyet suka curi barang, tapi saya curi hati awak. Kan?”,Haziq tersengih.

Melati mencebik. “Banyaklah.. Jawapannya, awak dan monyet tak ada beza pun.”

Che Yah menepuk peha Melati apabila melihat gadis muda itu termenung sambil tersengih. Kepalanya digeleng melihat gadis itu tersentak apabila dia menepuk peha gadis itu.

“Amboi, berangan naa.. orang tu nak masuk meminang, kamu tak mahu.”

“Mana ada orang berangan, mak. Mak ni..saje je kan.”

“Habistu..kamu nak kahwin bila Melati oi? Kamu tu dah 25 tahun, elok sangat dah kalau nak kahwin.”

“Tapi mak..”

“Kamu jangan cakap yang kamu masih ingat Hafizul tu. Sedarlah, dia tu dah tak ada dan kamu pun kena teruskan kehidupan kamu. Lagipun, kamu lupa apa yang pernah dia buat kat kamu?

Tu..si Haziq tu elok benar mak lihat dia. Orang pun segak, baik pulak tu. Kamu jangan menyesal kalau dia mengalah nanti. Apa salahnya kamu beri dia peluang untuk masuk ke dalam hati kamu tu.”

Melati hanya diam tidak menjawab. Haziq yang berada di ruang tamu itu direnung lama. Perlu ke dia bagi peluang pada Haziq?

     

         Haziq menuju ke bahagian penumpang kereta disebelah pemandu lalu membuka dashboard keretanya dan mengeluarkan sesuatu lalu kembali mendekati Melati. Barang ditangannya dihulur pada Melati yang berada di pintu pagar itu.

Lambat-lambat Melati menyambut huluran itu sambil melihat wajah Haziq.

“Apa ni?”

“Untuk awak. Saya harap awak sudi terima.”

“Terima kasih.”,ucap Melati sambil tersenyum.

Haziq yang melihat senyuman Melati terkaku. Senyuman gadis itu langsung tidak berubah seperti dahulu. Masih manis dan ceria. Tambahan pula, gadis itu sudah bertudung dan menambahkan lagi kecantikan gadis itu.

“Haziq.. kenapa pandang saya macam tu?”

Haziq menggeleng kepalanya dan tersenyum.“Tak ada apalah. Melati, saya harap sangat awak sudi bagi saya singgah dekat hati awak.

Saya betul-betul tulus mencintai awak  dan saya akan bahagiakan awak sebagaimana yang selayaknya. Saya tahu, saya bukan yang terbaik tapi saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk awak. Saya akan tunggu awak sehingga awak buka hati awak pada saya.”

Melati hanya menunduk melihat ke bawah apabila mendengar luahan hati Haziq.

“Pandang lah muka saya.”

Perlahan-lahan Melati mengangkat wajahnya dan memandang Haziq sambil tersenyum nipis.

“Saya tak paksa pun awak terima saya. Kalau awak tak nak, saya terima keputusan awak dengan hati yang terbuka. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum.”

Melati hanya menjawab salam Haziq di dalam hati. Kereta yang dipandu Haziq itu dipandang sehingga hilang dari pandangannya.

           Malam itu Melati membuka barang yang diberi oleh Haziq. Barang itu dikeluarkan dari plastik. Sebuah buku yang berkulit hitam.

Di atas buku itu terukir nama QAISER HAZIQ. Jadi, nama penuh dia Qaiser Haziq? Kenapa dia memberi buku ini kepadanya?

Helaian pertama diselak.

Selasa 12/3
Senyuman gadis itu sungguh membuat aku terpukau.
Lirikan matanya..

Sungguh aku tidak dapat menipu diri aku bahawa aku telah jatuh cinta padanya.

Q.H.

Helaian seterusnya diselak.

Khamis 14/3
Aku dah terlambat rupanya.. gadis itu sudah mempunyai tunang.. Hati aku berkecai apabila perkataan tunang terpacul keluar dari mulutnya.

Q.H.

Melari meneruskan pembacaannya pada buku milik Haziq itu. Segalanya tentang luahan hati lelaki itu yang menaruh hati padanya dari mula.

00:00 a.m.

Esok aku akan ke luar negara..
Aku berharap dia disini akan baik-baik sahaja. Sebaik sahaja aku balik ke sini, aku akan terus masuk meminang jika si dia masih tidak berpunya..

Melati,
Indah seperti empunya nama..

Aku harap kau sudi menunggu aku untuk 3 tahun lagi.

Q.H.

Helaian seterusnya diselak namun kosong. Mungkin dia sudah berhenti menulis di buku itu sejak ke luar negara kerana sibuk.

Semasa menutup buku itu, ada sekeping gambar jatuh di atas lantai. Gambar itu diambil lalu dilihat. Gambar Haziq dan dirinya semasa hari raya empat tahun lepas. Melati tersenyum melihat gambar itu.

Melati tidak dapat menipu dirinya bahawa dia turut merasai satu getaran dia hatinya apabila melihat wajah Haziq siang tadi. Lelaki itu semakin segak dan kelihatan lebih matang.

Nasihat Che Yah terngiang-ngiang di telinganya. Dia buntu tidak tahu ingin membuat apa lebih-lebih lagi Haziq terlalu berharap dia menerima cinta itu.

Semasa sedang berfikir, ada bunyi mesej masuk ke dalam telefonnya. Telefonnya dicapai dan dibaca mesej daripada nombor yang tidak dikenali itu. Mesej itu daripada Haziq rupanya.

017-1234567

Assalamualaikum,
Saya beri awak masa selama mana yang awak nak.. saya akan tunggu.
Yang paling penting, awak jangan lupa buat solat istikharah. Minta petunjuk daripada Allah sebelum buat keputusan.
Selamat malam.

-Haziq.

Melati menutup telefonnya dan mendaki anak tangga untuk naik ke bilik. Langkahnya diatur ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Dia ingin meminta petunjuk daripada Allah tentang hubungannya dengan Haziq.
Selesai menunaikan solat istikharah, dia berdoa supaya urusannya dipermudahkan.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now