Bab 12

4.7K 295 57
                                    

          Melati masih bermalas-malasan di atas katilnya. Sesekali dia menutup kembali matanya untuk hilangkan rasa kantuk yang masih tersisa. Jam di dinding dikerling sekilas sebelum dia bingkas bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas katil. Dia yang masih mamai itu mencapai getah rambut di atas meja di sebelah katil lalu mengikat rambutnya.

Angin sejuk yang menyapa mukanya membuatkan dia membuka mata. Dia menoleh ke arah beranda dan matanya membuntang. Bagaimana sliding door dekat beranda boleh terbuka ni? Seingatnya, semalam sebelum tidur dia sudah mengunci semua pintu.

Dia bangun dari duduknya dan melangkah ke arah beranda. Langsir diikat dan dia menuju ke meja kecil yang berada di ruang beranda itu. Ada sekeping nota dan sekuntum bunga rose. Dia mengambil nota tersebut lalu membaca tulisan yang berada di atas nota itu sebelum merenyukkannya.

Good morning, sweet heart. Mesti sweet heart pelik kan? Tadi abang datang buka sliding door supaya angin sejuk masuk menemani sweet heart. Tengok ni, bunga rose merah. Cantik dan mekar kan? Semerah hati abang untuk sweet heart dan semekar cinta abang di hati ini hanya untuk sweet heart.

Lelakimu, MJ.

Melati berasa geli- geleman sebaik sahaja membaca nota itu. Bunga rose itu dipatahkan dua lalu dibuang ke dalam tong sampah kecil bersama dengan nota tadi. Dia kemudiannya menutup dan mengunci sliding door sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Hari ini Amin, anak Che Yah dah dibenarkan untuk keluar dari hospital. Jadi, dia bercadang untuk melawat Amin sebentar lagi. Sekarang, dia menghabiskan masa dengan mengemas rumah kerana rumah dia agak bersepah.

           Hafizul sedang bersiap-siap untuk ke rumah Melati. Sebentar tadi, Melati mengajak dia untuk melawat Amin yang baru keluar dari hospital. Dia menyisir rambutnya biar nampak kemas. Setelah siap, dia mencapai kunci kereta di atas meja solek lalu keluar dari rumah.

Rumah Hafizul agak jauh dengan rumah Melati, jadi dia bertolak lebih awal sedikit supaya tidak terlambat. Sampai di selekoh, ada panggilan masuk ke dalam telefonnya lalu dia cuba memberhentikan keretanya di tepi jalan namun brek kereta seakan tidak berfungsi. Dia menekan lagi brek kereta namun masih tidak boleh sehingga akhirnya dia terbabas melanggar tiang elektrik di tepi jalan. Keretanya melanggar tiang elektrik itu dengan kuat sehingga dia terhantuk pada stereng kereta.

Dia cuba mengangkat kepalanya namun matanya berpinar-pinar dan kepalanya pening. Telinganya dapat menangkap beberapa suara menjerit dan berlari ke arah keretanya. Tak lama kemudian, dia tidak mendengar apa-apa serta pandangannya hitam tidak sedarkan diri.

               Melati yang berada di ruang tamu rumahnya rungsing kerana Hafizul masih lagi tidak sampai. Hafizul tidak pernah memungkiri janjinya walau sekali. Kalau dia ada hal, mesti dia akan call dan memaklumkan padanya. Melati cuba lgi menelefon Hafizul namun panggilan masih tidak diangkat. Dia mengeluh perlahan sebelum keluar rumahnya.

Akhirnya, dia pergi ke rumah Che Yah dahulu seorang diri. Nanti kalau Hafizul dah sampai, dia keluar lah panggil Hafizul.

“Mana Hafizul?”, tanya Che Yah.

“Tak tahu lah, Che Yah. Tadi Melati dah call banyak kali tapi tak diangkat. Padahal Melati dah cakap dah datang awal sikit.”

“Nanti dia sampai lah tu, tengah memandu kut sebabtu dia tak angkat call kamu.”

Che Yah mengajak Melati naik ke bilik Amin untuk melawat anaknya itu. Sempat dia berborak dengan Che Yah semasa mendaki anak tangga. Kata Che Yah, Haziq membantu dia untuk membersihkan rumahnya yang penuh dengan bangkai sehari selepas Amin masuk hospital.

Sampai di bilik Amin, Melati terkejut apabila nampak Haziq yang sedang berbual dan ketawa dengan Amin. Sejak bila Haziq sampai? Tak ada pun kereta dia kat luar tadi.

“Eh, Haziq. Tak nampak pun kereta kat luar?”

Haziq menunjukkan muka bosan tatkala mendengar soalan Melati.

“Memang aku boleh drive pun dengan tangan aku macam ni sekarang kan?”

Melati tersengih apabila menyedari kesilapannya.

“Mana tunang kau? Kata dia nak datang sini.”

“Tak tahulah, call tapi dia tak angkat.”

Sedang rancak berborak, telefon pintar Melati berbunyi meminta diangkat. Dia melihat nama Hafizul tertera di atas skrin telefonnya.

“Abang.. kenapa tak datang lagi?”

“Maaf, Ini Cik Melati ke?”

“Err.. ya saya. Encik siapa?”

“Saya wakil dari pihak polis ingin memaklumkan bahawa Encik Hafizul mengalami kemalangan. Dia terbabas dan melanggar tiang elektrik.”

“Apa? Dia dekat mana sekarang?”

Haziq dan Che Yah yang mendengar jeritan Melati sudah berasa risau. Mereka tertanya-tanya siapa yang menelefon Melati.

“Hafizul.. kemalangan.. Melati nak pergi hospital lah Che Yah..”

Haziq yang mendengar terus berdiri. Terkejut dengan berita yang didengarinya oleh Melati.

“Jomlah.. Aku teman.. Macam-macam perkara berlaku sekarang ni.”

      Melati berlari anak menuju ke arah wad Hafizul. Di luar wad, ada dua orang anggota polis sedang berjaga. Dia menahan Melati daripada memasuki wad itu dan bertanya hubungannya dengan Hafizuk sebelum membenarkan dia masuk ke dalam wad.

Haziq tidak ikut masuk ke dalam wad tetapi dia bercakap sesuatu dengan kedua-dua orang polis tersebut. Sesekali dia mengangguk sebelum dia meminta izin untuk melawat Hafizul.

Hafizul nampaknya sudah sedar dan dia sedang berbual-bual dengan Melati. Hafizul menoleh ke belakang Melati apabila menyedari ada seorang lelaki masuk ke dalam wad yang didudukinya.

“Abang.. ni Haziq. Yang banyak tolong Melati tu, dialah orang nya.”

Haziq mengukirkan senyuman nipis ke arah Hafizul lalu menyapa Hafizul.

“Hafizul.”, kata Hafizul.

“Terima kasih sebab sudi tolong Melati sehingga bahayakan nyawa kau.”

“Takpelah, memang tugas aku pun sebagai polis.”,balas Haziq seraya tersenyum.

“Oh, polis. Melati tak pernah cakap pula kau bekerja sebagai polis.”

“Aku yang minta untuk rahsiakan pekerjaan aku.”

“Ni.. macam mana kau boleh terbabas? Polis kat luar cakap brek kereta kau tak berfungsi.”

Sementara Haziq dan Hafizul berbual, Melari memeriksa telefonnya dan dia membuka mesej yang belum dibuka sejak tadi.

Sweet heart nak kenal MJ? Nanti abang pergi jumpa sweet ya ;) Tak lama dah.. pejam celik pejam celik.. abang dah ada depan mata sweet nanti.. macam mana caranya? Hanya abang jer yang tahu plan abang.. OK, abang tengah siapkan tempat untuk kita berjumpa nanti. Sweet temanlahh tunang sweet kat hospital tu dulu, sebab nanti Sweet dah tak akan jumpa dia dah sebab sweet milik abang iaitu MJ. Mesti sweet suka kan? Muahahahahahaha bye, sayangku sweet heart.

Matanya membuntang sebaik sahaja selesai membaca mesej itu.

“Sayang, kenapa?”

“Melati, kenapa ni?”

        Di dalam sebuah bilik, tiada sesiapa yang berada di situ. Bilik itu yang dulunya kemas rapi kini bersepah dengan barang-barang. Penuh serpihan kaca yang pecah di atas lantai. Pisau yang berkilat seakan tidak pernah digunakan, rantai besi dan mangga besar.

Di atas meja pula terdapat sehelai kertas dengan tulisan berwarna merah.

Masa.. untuk.. tunjukkan diri aku..telah tiba..

MJ

Nota : okay gaiz, chapter kalini memang terlalu hambar sehambarnya. Dan sebenarnya.. PSIKO akan melabuhkan tirai dalam beberapa bab seterusnya..atau mungkin Esok? Lusa? Kita tengok ya. Yeayy tepuk tangan dulu.. sob sob..sedih nyaa ;)

P S I K O [ 1 ]Onde histórias criam vida. Descubra agora