Bab 9

5.1K 296 101
                                    

Keesokan harinya Melati bertolak ke hospital untuk melawat Haziq. Harini dia ke hospital seorang diri kerana Che Yah dan Hafizul tidak dapat menemaninya. Hafizul apabila mendapat tahu bahawa Melati ingin ke hospital seorang diri, terus menasihati Melati agar berhati-hati. Semalam ketika Melati dan Che Yah pulang, Haziq masih tidak sedarkan diri.

Hari ini Melati membawa buah-buahan ketika melawat Haziq. Dia berharap Haziq sudah sedar dan keadaan dia bertambah baik dari semalam. Dia sudah meminta izin doktor untuk masuk ke dalam wad bagi melawat Haziq hari ini.

Pintu wad ditolak dan dia melangkah masuk ke dalam. Kakinya mendekati katil dan dia meletakkan buah-buahan yang dibawa di atas kabinet kecil di tepi katik pesakit. Haziq kelihatannya masih tidak sedarkan diri.

"Maafkan saya, Haziq. Sebab saya, awak jadi macam ni.", gumam Melati.

Melati yang melihat Haziq terkejut apabila Haziq mengerakkan jari telunjuk kirinya. Tidak lama kemudian, Haziq mula membuka matanya perlahan-lahan dan merenung Siling.

"Ha..Haziq..awak dah sedar."

Haziq menoleh ke arah kirinya dengan perlahan apabila mendengar suara Melati. Dia tersenyum nipis kerana mukanya masih sakit dan lebam akibat ditumbuk semalam.

"Saya panggil doktor dulu.."

Melati yang bingkas bangun dari kerusinya menoleh ke belakang apabila Haziq memanggilnya.

"Du..duk..", kata Haziq dengan perlahan.

Melati akur dengan arahan Haziq. Matanya naik ke wajah Haziq. Muka itu lebam dan sedikit bengkak gara-gara tumbukan pada wajahnya. Bibirnya yang merah jambu itu juga pecah.

"Jangan lah tenung aku macam tu.. Malu lah aku.. ingat, kau tu dah ada tunang.", kata Haziq perlahan-lahan seraya menekankan perkataan tunang apabila menyedari Melati merenung wajahnya.

Melati tersentak. Darah menyerbu mukanya dan membuat kan mukanya merah padam menahan malu yang teramat.

"Err.. mana ada! Saya tengok muka awak tu..habis lebam.. Maafkan saya."

"Untuk?"

"Sebab saya, nyawa awak yang menjadi taruhan."

"Tch.. mengarut."

Haziq kemudiannya menceritakan dari mula apa yang sebenarnya berlaku kepada Melati. Melati yang mendengar sekejap mengerutkan dahinya dan mengangkat keningnya. Reaksinya kadang-kadang seperti berada dalam kesakitan apabila Haziq menceritakan bagaimana dia ditikam.

"Kau kena minta tunang kau tu supaya berhati-hati. Takut dia pula jadi mangsa seterusnya. MJ cakap, dia akan hapuskan semua orang yang rapat dengan kau."

"MJ?", tanya Melati.

"Psiko tu.. nama dia MJ"

Sedang bersembang, seorang doktor dan nurse masuk untuk memeriksa keadaan Haziq. Kata doktor, mungkin Haziq akan ditahan di hospital selama seminggu bergantung kepada keadaannya.

Sejurus selepas doktor keluar, Melati meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang, sempat dia ingatkan Haziq agar meminta bantuan nurse jika ingin ke tandas kerana tangannya yang patah sebelah mungkin akan menyukarkan urusan dia. Namun, jawapan Haziq membuatkan Melati melopong dan rasanya seperti ingin memberi pelempang pada muka Haziq.

"Err.. Hilang lah macho aku kalau nurse tolong."

"Mesti nurse akan ambil kesempatan dekat aku yang handsome ni."

Selepas membersihkan dirinya setelah pulang dari hospital tadi, Melati duduk di atas sofa dan menonton televisyen. Ketika ini, cerita kartun kegemarannya spongebob Squarepants ditayangkan.

P S I K O [ 1 ]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن