Bab 11

4.7K 301 59
                                    

“Macam mana dengan anak saya? Dia selamatkan?”

Kami semua memandang ke arah doktor. Berdebar menantikan apa yang akan diperkatakan oleh doktor sementalah mukanya agak sugul tidak tahu kerana sedih atau keletihan.
Doktor yang memakai tag nama Rizuan memandang kami membuatkan debaran di dada semakin bertambah.

“Alhamdulillah. Anak puan dapat kami selamatkan. Kami akan pindahkan anak puan ke wad biasa sebentar nanti.”

Kami semua mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga tatkala mendengar keadaan Amin. Mujur Amin selamat, kalau tidak mesti Melati akan rasa bersalah seumur hidup.

“Saya minta diri dulu.”,ujar Doktor Rizuan.

Selepas itu, Che Yah dan Pak Cik Leman menuju ke wad yang akan nurse tempatkan Amin sebentar lagi. Manakala Melati meminta izin untuk pulang ke rumah dahulu kerana sekarang sudah pukul 12:45 a.m. . Haziq juga meminta diri untuk menemani Melati pulang ke rumah kerana risau akan keselamatan Melati.

Semasa tiba di lobi hospital, Melati tiba-tiba terfikir sesuatu. Dia menoleh ke arah Haziq dan Haziq yang menyedari pandangan itu bertanya kenapa memandangnya.

“Macam mana awak datang sini? Mustahil awak nak drive dengan tangan yang berbalut ni.”

Haziq tersengih. “Err.. Aku datang dengan teksi sebenarnya. Kita balik ni pun naik teksi juga, Aku dah call teksi tadi.”

“Laa.. kalau macam tu, awak tak perlu lah datang sini. Saya call sebab nak beritahu pasal ni jer. Esok saya boleh sampaikan surat tu kat awak.”

“Takpelah, aku dah datang kan. Takkan kau nak suruh aku undur masa balik.. Erghh”

Melati hanya diam mendengar bebelan Haziq. Entah apa yang merasuki dia sejak akhir-akhir ni. Ada je akal nak cari pasal dengan dia.

“Kau pulak macam mana? Ada benda pelik berlaku dekat kau? Orang gila tu kacau kau lagi tak?”

Melati mengangguk. “Ada. Sejak kebelakangan ni kan, em sebenarnya dah lama sejak 3 bulan lepas. Saya selalu berasa diperhatikan bila saya dekat rumah lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Tetapi mustahil kan sebab saya cuma duduk seorang diri jer dekat rumah. Jadi, saya buat endah tak endah je lah. Tapi kan, ada hari tu dia hantar mesej yang buatkan saya terkejut sebab dia boleh tahu saya pakai baju warna apa dan tengah buat apa. Sangat menakutkan.”

Haziq yang sedari tadi diam terus menoleh ke arah Melati.

“Gila betul lelaki tu. Esok aku pergi rumah kau, nak cek apa yang patut sebab aku rasa dalam rumah kau tu ada cctv.”

Melati terkejut mendengar tekaan Haziq. Sampai macam tu sekali lelaki tu intip dia? Meremang bulu romanya mendengar kata-kata itu.

“Tapi minggu lepas Hafizul dah ada datang rumah saya, dia cek tak ada apa-apa yang pelik pun.”

Haziq mengerutkan dahinya.

“Aku rasa cctv tu orang tu letak dekat tempat tersembunyi sebab itu Hafizul tak jumpa. Tak apalah, esok aku cuba tengok juga. Kau inform la dekat Hafizul yang aku nak pergi cek rumah kau esok, takut dia salah faham.”

Melati hanya mengangguk faham.

           Pada pagi itu, Haziq muncul tepat pada jam 8:00 pagi di depan rumah Melati. Dia menekan loceng rumah namun Melati tidak memunculkan diri. Akhirnya, dia membuat panggilan telefon kepada Melati. Raut wajahnya bertukar menjadi merah, geram dengan Melati sebaik sahaja Melati menjawab panggilan itu.

“Woi Minah, bangun lah. Aku ada dekat depan rumah kau ni. Kau elok je membuta eh, anak dara apa kau ni.”

Tak lama kemudian, pintu rumah dibuka dan Melati menuju ke arah pagar dan membuka kunci pagar. Dia menyuruh Haziq masuk ke dalam rumahnya dan pintu rumahnya dibuka luas supaya tidak menimbulkan fitnah kerana mereda berduaan di dalam rumahnya.

“Kau mesti tak mandi lagi kan. Aku telefon baru nak bangun. Tu tengok, ada air liur basi kering melekat kat tepi bibir tu.”, Kata Haziq lalu jari telunjuknya terarah ke wajah Melati.

Melati membuntang sebaik sahaja Haziq berkata begitu. Dia terus berlari ke arah cermin besar yang ada pada dinding di ruang tamu itu. Dia membelek mukanya dan mendengus geram sebaik sahaja menyedari Haziq sengaja menipunya.

“Aku tak sangka kau percaya, lurus bendul lah.”,Haziq ketawa kecil.

Selepas itu, Haziq terus memeriksa segenap ruang dalam rumah Melati itu. Namun, dia tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan seperti Hafizul yang juga tidak menjumpai apa-apa dalam rumah Melati.

Haziq melabuhkan punggungnya dia atas sofa dan menghembuskan nafasnya. Melati juga turut duduk di atas sofa yang berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh Haziq.

“Patutlah Hafizul tak jumpa, aku pun tak jumpa.”

Melati hanya diam mendengar kata-kata Haziq. Dia mengambil patung besar yang sentiasa berada di sofa itu dan memeluknya. Dia hanya mendengar Haziq membebel tentang lelaki gila itu setelah dia tidak menjumpai apa-apa dalam rumahnya ini.

Haziq menoleh ke arah Melati.“Amboi kau, sedap je eh peluk patung beruang gemuk tu. Sama gemuk macam kau.”

Baru sahaja Melati ingin membuka mulut memarahi Haziq, Haziq kembali bersuara. Dia mendekatkan mukanya pada muka patung beruang itu. Ada sesuatu yang mencurigakan dekat muka patung ni.

“Eh jap, beri sini Patung beruang tu dan kau pergi ambil pisau dekat dapur.”

Melati hanya akur dengan suruhan Haziq. Pisau yang diambil di dapur, dihulur pada Haziq yang sedang memerhati muka patung beruang itu.

Haziq menyambut huluran itu dengan tangan kirinya kerana tangan kanannya masih berbalut lalu mencungkil mata patung beruang itu. Dia mengeluarkan apa yang dicungkilnya tadi dan menunjukkan kepada Melati.

“Kau tahu apa ni?”, tanya Haziq.

Melati hanya menggeleng kepalanya tanda tidak tahu.

“Ni lah cctv yang disorok dekat belakang mata patung beruang kau ni.”

Melati tergamam mendengar balasan Haziq. Patutlah dia selalu berasa diperhati oleh seseorang sejak dia memiliki patung beruang itu.

“Mana kau dapat patung ni?”

Melati mengangkat kedua-dua belah bahunya. “Tu hadiah hari jadi masa kawan-kawan saya sambut dekat cafe RoseVan. Tapi saya tak tahu lah pula siapa yang beri sebab hadiah tu semua memang dah tersedia dekat atas meja.”

“Hafizul tahu pasal patung beruang ni?”

“Dia tahu saya dapat patung beruang tu masa hari jadi saya tapi saya ada lah tanya dia siapa yang beri sebab dia sampai awal daripada saya kat cafe tu tetapi dia pun tidak tahu sebab katanya bila dia sampai ke cafe memang hadiah tu semua dah ada atas meja kecuali hadiah yang dia bawa iaitu jam tangan.”

Haziq mendiamkan diri sebentar. Berkerut-kerut dahinya memikirkan sesuatu.

“Licik betul MJ ni. Patutlah tunang kau tak jumpa  sebab aku pun tak sangka MJ tu akan sorok dekat tempat ni.”

“Kau call Hafizul, cakap aku nak jumpa. MJ ni licik dan jahat dan kau makin dalam bahaya. Aku ada something yang perlu aku bincangkan dengan Hafizul. Kau aturkan perjumpaan aku dengan dia, aku tau bussinesman macam dia selalu sibuk. Jadi, kau aturkan baik-baik eh.”, sambung Haziq.

“Okay, nanti saya bincang dengan dia. Rasanya dia tak sibuk sangat hujung minggu ni sebab minggu lepas dia dah outstation.


            Seorang lelaki yang sedang menghadap komputernya yang baru sahaja hitam legam kerana cctv telah dimusnahkan mengepal tangan sehingga timbul urat tangannya. Dia kemudiannya menghentakkan tangan di atas meja. Dia mengetap bibir sebelum menjerit.

“Arghh!!”

“Kau.. masuk campur lagi urusan aku. Sepatutnya aku terus bunuh je kau.”

Dia mengambil dua keping gambar yang berada di atas meja lalu meronyokkan gambar itu.

“Haziq dan Hafizul.. kau tunggu lah.. Aku akan pastikan semua yang ganggu rancangan aku, mati!”

“Hahahahahaha...”

    


        

Nota : gais, Psiko just hit 1K+ ! Thank you! I love you all♥️

P S I K O [ 1 ]Onde histórias criam vida. Descubra agora