12

119K 8.2K 2.3K
                                    

"Hari dah pagi, bangun! Bangun! Bangun!" Jerit Suraya sambil dia melompat berkali-kali diatas katil Shark. Aku dah kejut dia hampir tiga kali tak bangun-bangun jadi aku lompat sajalah!

Shark mula merengus geram. Kelopak mata yang masih berat dipaksa buka memandang Suraya yang masih terloncat-loncat diatas katilnya.

"Kau buat apa pula ni, Suraya? Aku nak tidurlah!" herdik Shark.

Suraya menggeleng. "Awak kena bangun. Ayahanda suruh awak teman saya pergi pasar."

"Kenapa pula aku yang kena teman kau? Azim ada, kazam ada kau suruhlah dia orang yang teman. Aku nak tidurlah... aku mengantuk kau tahu tak?"

"saya tak tahu. Cepat bangun, cepat!" bentak Suraya. Malah Shark tidak peduli. Lantaklah kau nak lompat sampai patah kaki sekalipun!

Suraya mengetap bibirnya, geram. Kedua belah tangannya dikepal-kepal kuat. "Ooo... Awak tak nak bangun ya?"

Terus Suraya melompat sekali lagi. Kali ini lebih kuat daripada tadi sehingga membuatkan tubuh Shark terhinjut-hinjut hendak jatuh ke bawah.

"Stop it, Suraya... " ujar Shark memberi amaran dengan nada lembut.

"tak nak!"

"I said stop it... "

"tetap tak nak! Werk!"

"I said stop it Suraya! Kau tak faham bahasa ke?!" bentak Shark. Selimut ditariknya kasar sehingga tubuh Suraya jatuh menghempap badannya.
Mereka terkedu sejenak saat mata saling bertentangan. Air liur ditelan Shark sejenak. Lama juga mereka berkeadaan begitu.

"Astaghfirullah hal azim, bos... sampai hati tak ajak kita orang ya?" Sampuk Azim.

Terus mematikan lamunan mereka. Tubuh Suraya ditolaknya ke tepi, sebelum dia bangun membetulkan posisi kepada duduk. Azim dan Kazam yang tercegat dihadapan pintu diperhatikannya.

"Kau orang merepek apa, huh? Yang kau orang tercegat dekat depan bilik aku ni kenapa?" Soal Shark, dingin. Mana tak dingin? Jatuh maruah aku tadi tahu?

"Ish, ish, ish bos. Pagi-pagi lagi dah nak mengamuk. Kita orang datang sini sebab ayahanda tunggu bos dengan Suraya dekat bawah." ujar Kazam. Azim mengangguk tanda benar.

"hmm... Nanti aku turun." ringkas balasnya tanpa memandang kearah mereka. Azim dan Kazam mengangguk faham.

"Adegan tadi dah tak ada ke bos?" soal Kazam, sengaja dia ingin menyakat. Kecil sahaja pandangan Shark kearah mereka.

"eh, kau blah sekarang! Karang tak pasal-pasal ada yang makan peluru pagi-pagi buta ni!"

"Baiklah, bos. Gurau sikit pun tak boleh." rungut Kazam sebelum dia dan Azim melangkah pergi daripada situ. Setelah kelibat mereka menghilang, Shark menoleh ke belakang memandang Suraya yang masih tercegat ditempat tadi.

"Ha, kau nak apa lagi? Nak sambung macam adegan tadi? Huh?" Soal Shark, Suraya mengangguk. Eh? Silap-silap suraya pantas menggeleng dan menunduk kepalanya ke bawah menahan malu.

"habis tu? Kau tunggu apa lagi? Aku dah bangun, kan? Keluarlah!"

"Ba... Baik..." cepat-cepat Suraya melompat turun daripada katil, berlari anak menuju ke pintu keluar. Kecil besar kecil besar sahaja aku pandang kau sekarang ni! Nasib baik ada azim dengan Kazam sahaja tadi! Omel Shark didalam hati.







SURAT khabar dicampakkan keatas meja, beralih tangan mencapai secawan teh yang berada diatas dulang kecil. Dia meniup air itu beberapa kali sebelum dihirupnya perlahan-lahan.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now