13

114K 7.9K 1.7K
                                    

NAFAS kecil dihelanya panjang. Tergeleng kepala Athirah melihat Fajar yang asyik termenung daripada tadi. Hampir setengah jam juga mereka berada di cafe tapi satu topik pun tidak dibuka lagi. Athirah mula merengus geram.

PAP!
kedua belah tangannya menhentak meja, membuatkan Fajar tersentak. Lamunannya tadi juga turut hilang sekelip mata dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangan kearah Athirah yang dingin melihatnya.

"Apa masalah abang sekarang ni ek?"

"Bie, abang cuma... "

"Cuma apa? Abang dah ceraikan dia jadi untuk apa abang fikir lagi pasal perempuan tu?! Kalau macam ni perangai abang, bie rasa elok kita putuskan sahaja kot percintaan kita." degus Athirah, mula panas.

Mana tak panasnya? Aku dengan dia hampir lima tahun bercinta, dan aku sanggup tunggu dia semata-mata disebabkan dia kena kawin dengan perempuan tak betul tu!

Mungkin mereka akan ingat aku jahat, tapi sebenarnya yang jahat adalah lelaki ini sendiri! Dah tahu tak cintakan Suraya, untuk apa dia terima?

"no, bie... Pleaselah faham abang. Awak pun tahu penceraian ni tak ada siapa pun tahu lagi termasuk mama dengan papa abang. Apa abang nak jawab pada dia orang nanti kalau Suraya hilang tiba-tiba? Kalau suraya tu kena tangkap dengan penjahat abang juga yang kena jawab!"

"itulah masalah abang! Lain kali kalau nak cerai bagitahu sahaja pada mak ayah perempuan tu, tapi abang tak nak! Degil! Abang ingat athirah ni apa, huh? Athirah bukannya tunggul tau untuk tunggu abang sampai semua ni selesai!"

"Athirah... "

"Lima tahun, abang... lima tahun Athirah tunggu abang, abang tahu tak? Sampaikan abang nak kawin dengan Suraya pun Athirah tetap tunggu abang sebab abang dah janji macam-macam dengan athirah! Kalau abang dah sayang sangat dengan Suraya tu, lepaskan athirah! Simple!" bentak Athirah.

Beg sandang diatas meja dirampasnya kasar, sebelum dia berlalu pergi daripada situ. Fajar mula meraut wajah. Lekas dia bangun daripada situ mengejar langkah Athirah.

Sebelah tangan gadis itu digapainya, menghentikan langkah mereka ditengah cafe. Mata-mata yang memandang kearah mereka langsung tidak dipedulikan.

"Im sorry, okay? Abang tak cintakan Suraya. Sumpah! Walaupun abang dah kawin dengan dia hampir bertahun, tapi abang tak pernah sentuh perempuan tu ataupun cintakan perempuan tu. Abang cuma cintakan Athirah... itu aje."

"habis? Kalau abang cintakan athirah kenapa abang masih fikir pasal perempuan tu?"

"Sebab abang takut kalau apa-apa jadi dekat dia, abang yang akan kena tanggung. So, please athirah... abang kena cari dia balik dan kawin dengan dia semula..."

Athirah mengeluh kecil.

"abang... "

"Bie jangan risau, bie akan tetap jadi isteri abang juga. Abang kawin dengan athirah dulu dan dia akan jadi isteri kedua dan abang janji... abang takkan layan dia langsung. Abang cuma ambil dia balik untuk duduk dengan abang supaya papa dengan mama abang tak marah abang." ujar Fajar.

Athirah tersenyum sinis. Tergeleng kepalanya mendengar rancangan bodoh lelaki ini!

"Abang dah lupa ke yang abang dah ceraikan dia dengan talak tiga?"

"Abang tak lupa bie, tapi talak tiga boleh dirujuk semula." ujar Fajar.

Athirah mengerut kening. Talak tiga boleh dirujuk semula? Macam mana? Takkan lelaki ini mahu carikan cina buta untuk Suraya?





MOTOR kawasaki diparkir dibawah garaj. Sarung tangan dan juga helmet ditarik keluar lalu diletakkan diatas seat motor. Rambutnya yang serabai dibiarkan sahaja menutup bahagian dahinya.

Suraya yang duduk dikolam ikan terus berlari anak mendapatkan Shark. Tudungnya yang menggelebeh dibetulkan sedikit sebelum dia berdehem beberapa kali mengeluarkan suara.

"Assalamualaikum... " Salam Suraya dengan nada meleret. Sesekali dia cuba untuk memandang wajah Shark yang tegang, namun lelaki itu pula berpaling ke lain. Kononnya tidak mahu melihat wajah Suraya.

"Tak jawab dosa tahu? Kalau awak jawab sekurang-kurangnya dapat jugalah pahala daripada hari-hari kumpul dosa kan?" sindir Suraya, dan ketawa sendiri.

Malah Shark tetap dengan wajah tegangnya memandang Suraya. Terus Suraya menekup mulutnya, menahan diri daripada ketawa. Aku buat kelakar pun dia tak nak gelak ke?

"alolo, takkan suruh kawin pun awak nak pandang saya macam tu? Cuba senyum sikit. Macam ni." pujuk Suraya, dengan menayang senyuman dibibirnya.

Malah Shark tetap sama. Atas bawah sahaja dia memandang minah sewel ini!

Suraya mencebik bibirnya. Nampaknya tak menjadi jugalah pujukan aku ni. Haih...

"okaylah, saya yang salah. Saya mengaku saya tak patut pun minta benda bukan-bukan pada ayahanda awak tu. Tapi, mak saya selalu pesan kalau kita ada niat sesuatu, kita harus berterus terang sahaja. so saya bagitahulah ayahanda awak yang saya nak kawin dengan awak.... bukannya saya minta harta pusaka awak pun?" rungut Suraya.

Dia memuncungkan bibirnya ke hadapan, sambil tangannya memintal sarung tangan yang berada diatas seat motor itu. Manalah tahu Shark cair dengan wajah comel aku ini, kan?

Setelah beberapa minit Shark mendiam, dia menghela nafas kecil. Sebelah tangannya meraut wajah dan berdehem beberapa kali sebelum bersuara.

"Fine. Aku terima pasal kawin tu."

"Huh?! Awak serius ke?"

"tapi... aku terima kau atas sebab ayahanda sahaja bukan sebab aku sukakan kau ataupun cintakan kau. Faham?"

Suraya mengangguk laju.

"Dan lagi satu... jangan mengaku aku suami kau pada sesiapa sekalipun."

"Sebabnya?"

"Sebabnya aku ni Mafia, ada banyak musuh. Karang kalau dia orang tahu kau isteri aku, tak pasal-pasal aku kena jadi hero selamatkan kau pula dan aku pun malu juga dapat isteri terencat macam kau ni. Dah puas kan? So, aku dah tak nak bincang pasal ni lagi. Aku nak masuk rumah. Panas!" ujarnya.

Lantas dia berjalan menuju kearah pintu utama yang terbuka luas. Suraya pula sudah terloncat-loncat gembira dibelakang.

"Aku dah agak dia pasti setuju punya! Ini Surayalah! Apa wa mau pasti dapat lei!"

"kau cakap apa tadi?" Soal Shark, kurang mendengar apa yang Suraya katakan tadi. Malah Suraya hanya menggeleng kepala sambil dia menayang giginya yang putih.

Shark hanya menjuling anak mata keatas, lalu dia menyambung langkahnya kembali ke pintu utama. Pantas Suraya menghayun kakinya laju mengejar langkah lelaki itu.

"awak! awak! nanti majlis perkahwinan kita, kita buat tema aquarium nak tak? Kita gantung ikan jerung besar dekat atas pelamin. Mesti gempak kan?"

"Banyaklah kau punya gempak... daripada buat tema aquarium baik aku campak aje kau dalam kolam ikan jerung. Biar dia ngap kau, puas jugalah hati aku ni. Kita kawin macam biasa aje. Kau jangan nak mengada sangat dengan aku, karang aku bagi sekali apa pun tak dapat!" sinis Shark.

Acah-acah seperti ingin menembuk wajah gadis disebelahnya itu. Suraya tertawa kecil. Nak gurau sikit pun tak boleh! Ish, tak sabarnya nak kawin! Jerit Suraya didalam hati. Rasa seperti hendak peluk sahaja lelaki jerung itu, tetapi tak apa aku bersabar sekejap. Tunggu lepas kawin baru boleh peluk lama-lama, itupun kalau dia bagi.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now