ASSD edisi puasa

90.8K 4.5K 561
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



BLURB

"Baru sehari puasa dah lemah, anak pula yang cergas! Apa nak jadi dengan suami aku ni?"- AIN SURAYA.

Bulan puasa dah tiba. Kata nak jadi pencetus ummah yang terbaik buat keluarga. Sebagai seorang ikan jerung yang dah bertaubat. Aku kena buktikan bahawa Shahrin Haider Amar Rayden karl mampu tempuhi 30 hari berpuasa!

"Daddy kena janji dengan mummy, yang daddy boleh berpuasa selama sebulan. Kalau daddy berjaya, mummy akan tunaikan apa sahaja yang daddy, nak."

"If I can't?"

"Tiada perkataan can't untuk Shark. Saya tahu, awak akan buat apa sahaja untuk jadi suami dan bapa yang terbaik. Macam daddy berusaha untuk jaga mummy dulu."

Harapan untuk tidak menghancurkan hati isteri ku, aku sanggup buat apa sahaja!

"Bos, saya laparlah bos. Saya tak tahan dah ni. Rasa macam nak pengsan."- Azim

"Aku pun. Apa kata kita tipu sunat bos? Sehari je kita skip puasa. Lagipun, kita baru nak belajar." Kazam.

"Tipu sunat? Kau gila ke? Berdosa tahu tak? Dapat tahu dekat Suraya, mampus aku kena smack down dengan dia! Aku tahulah bulan puasa syaitan kena ikat, jangan kauorang pula yang jadi syaitan menghasut aku! Tapi... kalau sehari cuba boleh juga. Aku pun tak tahan sebenarnya."

Dapatkah Shahrin Haider Amar Rayden karl melengkapkan puasanya?

"Kalau tuan sayang Suraya, tuan takkan buat benda ni."-Hairul

Mampukah Shark hidup tanpa air hingga tiba waktu maghrib?

"Daddy, tak sayang mummy ek? Plastik hitam dekat dapur tu siapa punya?"

"Daddy beli makanan untuk anak kita tadi."

"Sejak bila pula anak kita makan Maggi pedas giler?"

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now