25

134K 8.4K 645
                                    

TERSENYUM suraya melihat lelaki dihadapannya itu selera memakan masakannya. Hampir dua kali jugalah dia tambah nasi. Nampak sangat air tangan aku ni kena dengan tekak ikan jerung ini. Ralit Suraya memerhatikan lelaki itu, tanpa dia sedar Shark sudah mendongak memandangnya. Kain napkin yang tidak jauh daripada situ dicapainya, lalu dilap pada bibirnya yang comot.

"Kau apasal tak makan? Daripada tadi tengok muka aku aje. Apa kau ingat muka aku ni ada muka pizza ke kau pandang lama-lama macam tu?" Soal Shark, dingin.

Dia ni kalau sehari tak dingin memang tak sah! Aku pandang muka dia salah, aku pandang benda lain pun salah! Takkan 24 jam aku nak pandang muka ayahanda pula dalam rumah ni? Omel Suraya tidak puas hati.

Dia menjeling mata, lalu kepala ditundukkan ke bawah memandang nasi yang masih belum disentuhnya. Air oren dicapai Shark lalu diteguknya sedikit.

"Aku nak kau bersiap kejap lagi." ucap Shark dengan nada serius. Gelas tadi kembali diletakkan keatas meja. Suraya mengerut kening. Dia mendongak memandang wajah Shark semula.

"pergi mana?" Soal suraya, sengaja dia ingin tahu.

"Pergi rumah bekas suami kau."

"Fajar?" Suraya cuba untuk meneka.

"Habis tu? Kau ada bekas suami lain ke selain Fajar?"

Suraya menggeleng sambil dia menayang gigi putihnya. Lupa pula yang bekas suami aku cuma Fajar seorang.

"Tapi untuk apa kita pergi jumpa dia? Awak nak pulangkan saya balik ke dekat dia?"

"bukan. Aku nak kau setelkan pencerian kau dengan dia di mahkamah. Aku tak nak benda ni tergantung. Pasal pernikahan kita pun aku nak daftar dekat sana. Mungkin kena denda sikit dalam... tiga ribu macam tu?" ujar Shark.

Suraya tergamam. Biar betul ini suami aku?

"are you serious?"

"Muka aku ni nampak main-main ke?"

"tak."

"Dah tu? Kau tanya aku lagi buat apa? Sudahlah, kemas semua makanan ni! Aku nak keluar kejap pergi jumpa Azim dengan Kazam. Aku tahu, aku balik nanti kau dah bersiap. By the way, masakan kau sedap. Thank you." ujarnya berserta pujian sebelum dia bangun melangkah menuju ke dapur.

Suraya terdiam buat beberapa minit. Lama kelamaan muncul senyuman bahagia dibibirnya. Dia cakap masakan aku sedap ke tadi? Oh my god, so sawwwit!









KAWASAN sekeliling tasik itu diperhatikan Azim, mencari kelibat Shark yang masih belum muncul. Sesekali jam tangan dipandang menandakan sudah 15 minit mereka berada disini. Kazam mengeluh kecil.

"Mana bos ni, zim? Betul ke dia suruh kita tunggu dekat sini?" soal Kazam. Dahinya yang berpeluh dikesat menggunakan belakang tangan.

"Iya. Dia yang call aku kata tunggu dekat sini. Kejap lagi dia sampailah tu." balas Azim.

Tak sampai beberapa minit, muncul lelaki berpakian T polo biru gelap, bersama seluar jeans yang sedang memarkir motor dibawah pokok. Daripada gayanya sahaja mereka sudah dapat meneka lelaki itu adalah Shark. Helmet diletakkan diatas seat motor, rambutnya yang serabai dibetulkan sedikit sebelum melangkah kearah mereka.

"Apa khabar, bos? Bos sihat?" Soal Kazam, sengaja dia ingin bertanya khabar pada lelaki itu.

"ermm... Bila masa kau orang ambil berat pasal aku ni? Ada apa-apa ke?"

"ish, sampai hati bos fikir kita orang macam tu. Kita orang ni cuma nak tahu bos sihat ke tidak. Manalah tahu sejak-sejak dah ada isteri ni ada masalah dalaman ke? Boleh kita orang bantu Sikit-sikit." ujar Kazam.

"Betul tu betul!" balas Azim sekadar menyokong. Shark hanya menjeling.

"Suka hati kau oranglah. Barang aku mana?" soal Shark, menghulur tangannya menanti sesuatu daripada mereka berdua. Azim dan Kazam mengerut kening. Mereka saling berpandangan buat seketika.

"barang?"

"Iya. Barang yang aku pesan dekat kau orang semalam, mana?"

"Oh! Barang tu! Kejap, kejap saya pergi ambil!" pantas Azim berlari menuju kearah kereta honda yang terparkir tidak jauh daripada situ. Dashbox kereta dibukanya, lantas dia mengambil plastik putih yang bertuliskan popular sebelum berlari kearah mereka semula.

"Nah, bos!"

"ish, soroklah sikit! Orang nampak nanti macam mana?!" herdik Shark, plastik popular itu dirampasnya kasar. Sesekali kawasan sekeliling itu dipandang, takut-takut jika ada orang yang melihatnya.

"Bos nak buat apa dengan benda tu? Kenapa bos tak minta tolong dengan kita orang aje? Takdalah membazir duit beli benda alah tu. Sudahlah 30 ringgit untuk satu!" rungut Azim.

"Eh, suka hati aku lah. Duit aku! Kalau aku minta tolong kau orang, hancur semua plan aku tahu tak?"

"Eleh, kalau harapkan benda tu pun tak semestinya menjadi. Bos kan jerung, mana senang nak dijinakkan? Betul tak, Zim?" Sindir Kazam. Tanpa dia sedar dia sudah terlajak ke hadapan.

Jelingan tajam dipanah tepat kearah Kazam. Pantas dia menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannnya. Negri! apabila melihat jelingan tajam Shark itu seolah-olah memberi satu amaran. Karang tak pasal-pasal kena campak dalam tasik!

"maaf bos, saya gurau aje tadi. Terlajak perahulah katakan... " rayu Kazam, dengan menayang gigi putihnya. Shark menjeling.

"Kau jangan macam-macam ek dengan aku. Aku campak kau dalam tasik ni, tak pasal-pasal ada yang mati lemas! Baik aku balik rumah lagi bagus. And, lagi satu... jangan pandai-pandai buka mulut bagitahu ayahanda atau sesiapa sekali pun yang aku beli barang ni. Faham?"

"Faham bos." balas Azim dan Kazam serentak.

"Kalau aku tahu benda ni tersebar. Kau orang berdua sasaran pertama aku. Ingat!" ugut Shark. Mereka mengangguk laju. Tak mungkin mereka berani untuk sebarkan cerita itu, karang tak sempat nak bagitahu dah kena ngap!

Maaf tak update semalam, pening kepala sikit. Huhu

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now