59

108K 7.2K 635
                                    

"CEPAT sikit, bang!" jerit Athirah daripada luar rumah. Sesekali dia memandang sekeliling kawasan taman, memastikan tiada orang yang mencurigakan sedang mengintip perbuatan mereka lebih-lebih lagi pihak polis.

Barang-barang penting seperti kad pengenalan, duit dan pakaian dicapai Fajar lalu disumbat ke dalam beg bagasinya. Setelah siap, dia terus mengangkat beg itu keluar daripada rumah. Segugus kunci yang tersimpan didalam laci meja, digapainya lantas dia mengunci pintu. Terketar-ketar tangannya saat ini, menyukarkan dia untuk menusuk kunci itu masuk ke dalam lubang mangga.

"abang, cepatlah!"

"Kejap!" bentak Fajar. Serabut kepalanya apabila wanita itu sibuk mengarahkan dirinya daripada tadi. Tahulah takut! Tapi bukan dia seorang sahaja yang rasa perasaan itu, aku juga gelisah sekarang ni!

"okay, dah siap! Jom!"

Baru sahaja mereka ingin melangkah pergi daripada situ, tiba-tiba sahaja mereka dikepung oleh beberapa orang lelaki berbadan tegap bersenjata. Athirah tersentak. Lantas lengan Fajar dipeluknya erat. Takut jika diapa-apakan.

Fajar semakin gelisah. Air liur ditelannya sejenak.

"Kau nak lari ya?" Jack bersuara.

Pantas Fajar menggeleng menafikannya. "Ma... Mana ada aku lari."

"Habis tu? Kau ingat aku bodoh ke? Beg dekat tangan kau tu apa?"

"Kalau aku lari sekalipun, kau nak buat apa? Aku dah bagi cadangan pada bos kau, kan? Apa lagi yang tak cukup?"

"bagi cadangan sahaja mana cukup..." satu suara garau mencelah. Serentak Athirah dan Fajar berpaling memandang Haidin yang mengatur langkah ke arah mereka.

Dia ketawa jahat melihat wajah mereka yang mula pucat ketakutan. Bahu fajar disapanya perlahan. Dia menunduk sedikit, cuba untuk memandang wajah lelaki itu.

"rilexlah, fajar... aku bukan nak bunuh kau pun." ujar Haidin.

"Habis kau nak apa?" soal Fajar, dingin. Haidin tersenyum menyenget. Memang soalan itu yang dia nantikan daripada mulut Fajar. Ibu jari dipetik kasar, menandakan satu isyarat.

Jack mengatur langkah menghampiri Haidin. Sebotol kloroform bersama sapu tangan dihulurkan pada mereka. Lama Fajar dan Athirah memandang barangan ditangan Jack sebelum berpaling kembali memandang Haidin.

"bawa Suraya pada aku." arah Haidin.

Fajar dan Athirah mendiam. Tak mungkin mereka akan menculik Suraya. Kalau Shark tahu, nyawa mereka pasti dihujung tanduk!

"selepas tu kalau kau nak lari, kau larilah. Aku takkan halang kau." sambung Haidin lagi, selepas melihat mereka mendiam selama beberapa minit.

Teragak-agak Fajar untuk mencapai barangan yang dihulur Jack. Sekilas dia menoleh ke arah kereta toyota isuzu d-max yang terpakir tidak jauh daripada situ. Kelihatan beberapa botol minyak tanah yang tersusun dibelakang kereta itu.

"Apa kau nak buat dengan minyak tu? Kau tak rancang benda lain, kan?"

"Jangan risau. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Sekarang ni... aku cuma nak kau orang heret Suraya jumpa aku. Aku janji, aku takkan libatkan kau orang dalam hal ni."

"Tapi minyak tu... "

"just keep quiet, and do your work." cantas Haidin. Botol kloroform dan sapu tangan dirampas Haidin, lalu diletakkan keatas telapak tangan Fajar. Dia menampar lembut wajah lelaki itu beberapa kali, sebelum melangkah pergi daripada situ.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant