31

112K 8.2K 4.3K
                                    

"LEPASLAH! abang nak apa lagi? Pergilah dekat bekas isteri abang tu, untuk apa cari Athirah lagi? Athirah ini cuma menyusahkan hidup abang aje lah!" bentak Athirah.

Tangan Fajar ditepisnya kasar. Beberapa pasang mata mula memerhatikan mereka berdua dihadapan restaurant. Fajar mengeluh kecil sambil tangannya meraut wajah cuba untuk menenangkan dirinya buat seketika.

"kenapa dengan awak ni, huh? Salah ke awak bagi saya masa? Awak ingat saya ni teringin sangat ke nak tanggung semua ni?!"

"Kalau abang tak teringin kenapa abang masih lagi nak cari perempuan tu? Apa specialnya dia sehingga abang kena kutip dia semula? Dia tu cuma perempuan sewellah, bang!" bentak Athirah, tidak puas hati.

"Perempuan sewel? Perempuan sewel yang awak kata itulah yang orang tengah kejar sekarang awak tahu tak? Bukan gangster tu seorang aje nakkan Suraya tetapi ramai lagi! Sampai ada yang ugut abang, kalau abang tak dapatkan dia, dia akan bunuh awak! Sebab itu abang minta awak bersabar. Tunggu sampai abang selesaikan semua ni! Takkan itu pun awak masih tak boleh terima?" Suara Fajar mula meninggi.

Athirah tersenyum sinis. Kepala digelengkan perlahan. Mustahil gadis seperti Suraya menjadi rebutan ramai. Apa yang ada pada dia? Apa yang aku nampak, dia itu cuma perempuan tak betul!

"Siapa Suraya tu sampai orang ugut abang? Abang jangan bagi alasan bodohlah!"

"ini bukan alasan bodohlah, Athirah! Awak tolonglah percayakan, abang. Orang yang nakkan Suraya tu akan buat apa sahaja untuk dapatkan Suraya! Abang tak nak ada apa-apa terjadi pada awak. Abang buat semua ni demi kita. Salah ke kalau awak bantu saya? Salah ke, huh?"

"Memang tak salah, tapi Athirah dah tak sanggup lalui semua ni. Macam mana abang nak dapatkan Suraya semula kalau suami dia tu gangster? Itu Shahrin, bang... bukan orang biasa! Tak ada siapa boleh rampas apa yang dah jadi milik dia. Dia takkan lepaskan Suraya walau macam mana cara abang pujuk dia sekalipun."

"kita boleh, Athirah... lagipun Athirah sendiri yang cakap pada abang yang gangster tu tak ada perasaan? Jadi mungkin dia boleh faham situasi kita sekarang."

Athirah menggeleng menafikannya.

"tak. Takkan boleh, abang. Kalau abang sayangkan Athirah, macam itu juga dia sayangkan Suraya. Dia memang gangster, orang macam dia memang tadi hati perut! Tapi apa yang jadi malam tu dah membuktikan segala-galanya yang dia sayangkan Suraya. Kalau tidak, dah lama dia akan setuju fasal cina buta tu. Abang tolonglah buka mata, abang. Ada banyak lagi cara untuk selesaikan semua ni. Athirah tak nak, kalau abang jadi mangsa gangster tu pula satu hari nanti." ujar Athirah, sebak.

"Athirah... "

Tak sempat Fajar ingin menghabiskan kata-katanya, gadis itu sudah berlalu pergi meninggalkan kawasan itu. Keluhan kecil dilepaskan perlahan. Dia memejam mata buat beberapa minit, cuba untuk menenangkan fikirannya sekarang.










BERKERUT dahi Shark menahan bau busuk air minuman syaitan yang tertumpah dilantai. Dia berhati-hati semasa berjalan menuju kearah Rayden yang tertidur diatas sofa, takut jika dia terpijak air arak yang berada disitu.

"Ray, bangun Ray... "

"errmm... "

"Bangun, Ray. Dah pukul berapa ni? Bangun!" kejut Shark. Tubuh Rayden digerakkan sedikit menyedarkan lelaki itu daripada lenanya. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Cepat-cepat dia membetulkan posisinya kepada duduk apabila melihat figura Shark didepan mata.

Sesekali kepalanya yang terasa berdenyut diketuk beberapa kali. Shark menggeleng kepala, entah apa nak jadi dengan si Rayden ini. Kalau stress ada sahaja benda mengarut yang dia hendak lakukan.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now