61

103K 6.8K 727
                                    

PITA kawasan larangan ditanda disetiap penjuru tempat itu. Beberapa pihak polis sibuk menjalankan tugas mereka masing-masing. Mayat yang sudah rentung didalam kereta dikeluarkan dengan berhati-hati, lalu diletakkan diatas beg plastik biru yang dihamparkan disitu sebelum plastik hitam membaluti mayat tersebut.

Kawasan disitu juga agak berlopak disebabkan hujan. Beberapa keping gambar diambil sebagai bukti.

"Suraya!" jerit seseorang menyentakkan pihak polis. Serentak pandangan mereka beralih kearah Shark yang sedang berlari menuju ke kawasan laragan yang ditanda tadi. Azim dan Kazam cuba untuk menghalang, namun gagal.

"Encik, encik tak boleh masuk kawasan ni! Ini kawasan larangan!" halang salah seorang polis disitu. Lengan Shark ditahannya daripada melangkah masuk ke dalam kawasan tersebut.

"Lepaslah! Dia isteri aku!"

"Encik tiada bukti yang dia isteri encik, tolong beri kerjasama. Pihak polis baru sahaja menjumpai mayat ini atas bantuan daripada orang bernama Azim. Kalau encik bukan orang itu, sila undur ke belakang."

"Apa masalah kau ni? Aku kata dia isteri aku, isteri akulah!" bentak Shark, mula meninggikan suara. Tangan polis itu ditepisnya kasar. Rimas apabila pihak polis sibuk menghalangnya daripada tadi.

Azim mengangkat sebelah kanan tangannya, mengalihkan perhatian polis lelaki itu kepadanya. "saya yang hubungi pihak polis. Mayat tu... memang mayat isteri dia." sampuk Azim.

"awak Azim?"

"Ya, saya." balasnya ringkas.

Inspektor itu mengangguk perlahan. Dia kembali memandang Shark yang masih lagi ditahan. "Okay, lepaskan dia kopral. Bagi dia seorang sahaja yang masuk. Awak berdua tunggu sini." arahnya, tegas.

Azim dan Kazam mengangguk serentak. Shark menjeling. Tangan polis itu ditepisnya, sebelum dia melangkah kearah mayat yang telah ditutup dengan plastik hitam.

"buka plastik tu." arah Inspektor itu.

"baik, Tuan."

Plastik hitam itu dibukanya hingga ke paras dada. Shark tergamam sejenak saat melihat mayat yang rentung dihadapannya. Sukar untuk dia mengecam wajah itu sama ada Suraya ataupun bukan.

"Aku nak tengok tangan dia." pinta Shark. Hanya disitu sahaja cara untuk dia meneka. Inspektor itu mengangguk kepala. Plastik hitam itu diselaknya lagi sehingga menampakkan tangan.

Kening Shark mula berkerut. Kepala digelengnya perlahan memandang cincin yang masih berada dijari manis wanita itu. Tak mungkin...

"Memang isteri kau ke?" soal inspektor itu setelah melihat Shark mendiamkan diri daripada tadi. Bungkusan plastik hitam ditutup kembali, takut jika ada serangga kecil yang bakal menghinggap.

"tak... ini cuma permainan dia. Aku tak percaya... "

"bawa bertenang, encik. Pihak polis masih lagi sedang menyiasat. Biar kami bawa mayat ini ke makmal untuk diperiksa terlebih dahulu. Segala maklumat yang kami dapat, kami akan bagitahu Encik."

"Tapi masalahnya ini bukan isteri aku! Dia cuba nak tipu aku! Aku tahu!"

"Sabar Encik... "

"Aku belum bodohlah! Ini bukan Suraya! Ergh!" Shark mula tidak tentu hala. Segala barang penyiasatan yang berada berdekatan dengannya dicampak seperti orang gila. Mereka tiada cara lain lagi untuk menghentikan perbuatan Shark, selain daripada menyilang kedua belah tangan lelaki itu kebelakang dan menggarinya.

"Lepaslah!"

"Sekali lagi kau ganggu urusan pihak polis, aku akan sumbat kau dalam penjara! Tolong bersabar sedikit tak boleh ke, huh?! Jangan jadi macam orang gila yang tak faham bahasa!" bentak inspektor itu, geram.

"sudahlah bos... kita biarkan sahaja polis yang selesaikan semua ni." sampuk Kazam, cuba untuk memujuk Shark. Azim mengangguk perlahan, tanda setuju. Dia pun tidak sanggup melihat Shark disumbat kedalam penjara hanya kerana perbuatan kecil itu.

Shark memejam kelopak matanya dalam beberapa minit. Keluhan kecil dilepaskan perlahan, mengambil ketenangan buat seketika. "Fine. Lepaskan aku!"







PISAU, gunting dan pistol diletakkan diatas meja dengan kemas. Sesekali dia membetulkan sedikit kedudukan gunting yang agak senget. Secarik senyuman sinis diukir dibibirnya, sebelum anak matanya beralih ke arah dua botol ubat penenang yang berada diatas meja.

Dia menggeleng kepala. Dua botol ubat penenang itu dicapai serentak. Dia menyandarkan pinggannya ke meja yang berada dibelakang.

"Aku rasa... sia-sia sahaja aku beli ubat ni untuk kau, Suraya. Mulai sekarang, aku dah tak nak amalkan benda ni lagi. Aku nak jadi macam dulu, biar kau rasa betapa sakitnya hati aku dengan kau! Baru padan dengan muka kau Suraya!" sinisnya, sebelum mencampakkan dua botol ubat penenang itu ke dalam tong sampah.

Kedua belah tangannya dikepal-kepal membentuk buku lima. Dia berpaling memandang beberapa orang kuncunya yang sedang berdiri dipenjuru bilik itu.

"Aku nak kau orang salai mamat tu sampai dia lemah! Aku pasti... dia akan cari aku untuk tuntut bela atas kematian Suraya. Tapi, kekuatan dia mungkin dah tak sama macam dulu. Jadi kauorang boleh pukul dia sepuas-puasnya, kalau boleh... heret dia jumpa aku. Boleh aku bakar mamat tu pula."

"Tak ada masalah, bos. Setakat Shark, celah kuku kita orang sahaja untuk kalahkan... " sindir Jack.

"bagus. Kalau boleh cepat sikit, sebab aku nak sumbat daging mamat tu untuk bagi orang tersayang aku makan." sinis Haidin, dan tertawa jahat. Bilik berkunci yang berada tidak jauh daripada situ dipandangnya, sebelum dia berlalu pergi daripada situ.

Maaflah idea kurenggg
By the way, Insyaallah kalau ada rezeki buku ABN (abang bodyguard nakal) akan jadi buku. Insyaallah, tolong doakan ya😍

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now