34

108K 7.4K 761
                                    

ALAMAT yang tertera diatas sampul surat itu dibaca satu persatu sebelum dia mendongak memandang rumah banglo dihadapannya, ingin memastikan sama ada alamat itu betul ataupun salah. Dua orang pengawal yang berdiri dipagar menjadi sasarannya untuk bertanya.

"Maaf, bang. Ini rumah Shahrin Haider Amar Rayden Karl ek?" soal posmen itu.

"Ya. Kenapa?"

"Alhamdulillah, tak salah rumah. Ini surat untuk dia, bang. Nanti bagi dekat dia ya. Saya minta diri dulu." ucapnya, menyerahkan sampul surat itu kepada salah seorang daripada mereka sebelum bergerak pergi daripada situ.

"Cik Suraya!" serunya, memanggil Suraya yang sedang sibuk menyapu sampah dihalaman rumah. Lantas Suraya memberhentikan kerjanya, sebelum mendongak memandang pengawal yang memanggil namanya tadi. Kening dijongket keatas seperti bertanya kenapa.

"Surat untuk Tuan Shark. Nanti Cik Suraya beri pada dia ya." ujarnya, menyerahkan sampul surat itu kepada Suraya. Suraya mengangguk, lantas sampul itu dicapainya.

"Terima kasih."ucap Suraya, mencarik satu senyuman lebar pada pengawal itu sebelum dia kembali menjaga pagar. Batang penyapu itu dikepit dibawah ketiaknya, sebelum dia menunduk membaca nama yang tertera diatas sampul itu.

'Haidin Mikail'

Suraya tergamam sejenak. Kenapa aku rasa macam pernah dengar ya nama ni?

"Surat apa tu?" Cantas Shark, menyentakkan Suraya. Sampul ditangan gadis itu dirampasnya sesuka hati.

"Haidin Mikail? Sejak bila pula mamat ni pandai hantar surat dekat aku?"

"Awak kenal dia ke?" Soal Suraya, sekadar ingin tahu.

"musuh ketat aku. Of course kenal. Dia ni psycho sikit. Dah bertahun aku tak nampak batang hidung dia, tapi sekarang dia muncul balik. Ini tak lain tak bukan mesti ada benda nak cari fasal." ujar Shark, tanpa menunggu masa dia terus mengoyak sampul itu lalu dibuang ke tepi.

Kecil sahaja Suraya memandangnya. Aku baru sahaja sapu sampah, dia boleh pula buang sesuka hati.

Lipatan Surat itu dibukanya. Satu persatu ayat dibacanya dengan teliti. Tulisan cakar ayam itu menyukarkan dia untuk membaca dengan lancar. Lama kelamaan wajah Shark bertukar dingin. Berkerut kening Suraya memandangnya.

"Masuk rumah." arah Shark dengan nada serius. Matanya masih tertumpu pada surat itu.

"Huh?" Suraya kebingungan. Tiba-tiba sahaja suruh aku masuk rumag ni dah kenapa?

"Aku kata masuk rumah, masuklah! Tercegat dekat sini buat apa?!" bentak Shark secara tiba-tiba, terhinjut bahu Suraya dibuatnya. Tanpa sengaja penyapu itu terlepas jatuh ke lantai. Cepat-cepat dia mengangkat penyapu itu, berlari anak masuk ke dalam rumah.

Shark merengus geram. Surat itu dikeronyoknya lalu dibaling jauh keluar daripada halaman rumah. Lantas dia mengeluarkan telefon canggih didalam kocek seluar, menaip pantas nombor telefon seseorang.

"Hello, Zim. Kumpul budak-budak sekarang."

"Huh? Kenapa bos? Tiba-tiba aje ni?" soal Azim, kebingungan.

"kumpul ajelah, jangan banyak tanya!" bentak Shark, geram. Talian terus dumatikan. Telefon canggih disimpan semula ke dalam kocek seluarnya. Sekilas dia menoleh kearah motor kawasaki yang terparkir dibawah garaj. Tanpa membuang masa, dia terus berlari masuk ke dalam rumah mencapai kunci motor dan juga helmet yang terletak diatas meja.

"Awak nak ke mana?"

"aku nak keluar kejap. Kau jangan keluar. Duduk rumah diam-diam!"

"Tapi saya nak... "

Cupp!

Suraya terkaku sejenak saat bibirnya disapa sesuatu yang lembut. Matanya berkedip-kedip memandang Shark yang sudah memakai helmet. "nanti aku balik. Bye."

"By... Bye... "







"SAYA pergi lunch dulu ya, kak." pinta Athirah, sebelum berlalu keluar daripada pejabat. Butang lift ditekannya, sesekali dia menunduk memandang jam tangan yang mengelilingi pergelangan tangannya sementara menunggu pintu lift itu terbuka.

Tak sampai beberapa minit, ia terbuka. Baru sahaja dia melangkah setapak, langkahnya terhenti saat melihat seorang lelaki berbaju hoodie berdiri dipenjuru kanan. Entah mengapa tiba-tiba sahaja hati terasa sesuatu yang kurang menyenangkan. Air liur ditelannya sejenak.

Mungkin dia cuma pelanggan baru. Omel Athirah sekadar untuk menyedapkan hatinya. Tanpa membuang masa, dia terus melangkah masuk ke dalam lift. Tingkat 'G' ditekannya. Lantas pintu itu tertutup.

"arghh!" athirah terjerit kecil, saat rambutnya ditarik kasar kebelakang. Berdebar-debar jantungnya apabila pisau lipat dihalakan pada lehernya.

"Ka... kau siapa?"

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Aku cuma nak kau ingatkan Fajar untuk culik Suraya semula. Kalau tidak, kau akan jadi mangsa."

"kenapa aku? Kenapa kau ugut tunang aku? Berlambak lagi perempuan lain dalam dunia ni! Suraya tu sewellah!"

Dia tersenyum menyenget. "Siapa kata dia sewel? Dia cuma perlukan kasih sayang. Hanya aku sahaja yang faham dia. Orang lain takkan faham dia."

"kalau macam tu kenapa kau tak culik dia sendiri? Kenapa perlu Fajar?"

"Sebab aku tak nak bersemuka dengan musuh aku. Tapi kalau Fajar tak boleh buat kerja ni. Aku akan tangkap Suraya sendiri, dengan syarat kau dengan tunang kau mampus dulu. Baru senang kerja aku."

"Kau ni memang gila!"

"heh, kau tak payah cakap pun aku dah tahu. Semua orang kata aku gila, aku psycho tapi bukan Suraya. Itu sebab dia special bagi aku." bisiknya.

Perlahan-lahan dia melepaskan Athirah daripada cekupannya. Pisau lipat itu disimpan kembali ke belakang seluarnya. Rambut gadis itu yang agak sedikit serabut dibetulkan sedikit. Dia tersenyum sinis memandang wajah Athirah yang mula pucat ketakutan.

"Ingat, Kalau Fajar tak dapat Suraya. Kau jadi mangsa." ujarnya memberi amaran.

Ting!

Pintu lift terbuka. Dia terus berlalu pergi daripada situ meningalkan Athirah keseorangan didalam lift. Perlahan-lahan tangan Athirah naik menyentuh lehernya yang terasa sakit.

"Aku tak boleh tinggalkan Fajar."




Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now