62

94.9K 6.1K 1K
                                    

"BOS, nak pergi mana?" soal Kazam apabila melihat Shark sedang memasukkan peluru ke dalam pistolnya. Soalan Kazam tadi langsung tidak dijawab. Dia leka mengilap pistol yang telah lama tidak digunakan.

Kazam memandang Azim yang berada disampingnya. Tidak tahu lagi bagaimana cara ingin memujuk hati lelaki itu agar bersabar. Azim mengeluh kecil. Dia mengatur beberapa tapak mendekati Shark. Bahu lelaki itu disapanya perlahan. Belum apa-apa lagi, tangan Azim sudah ditepis Shark.

Azim tersentak.

"Aku nak pergi cari isteri aku. Kau orang berdua tak perlu ikut." ujar Shark sengan nada serius tanpa memandang wajah mereka berdua.
Kening Azim mula berkerut. Sekilas dia memandang Kazam yang berdiri di belakang Shark. Kalau mereka membiarkan sahaja lelaki ini pergi seorang diri, pasti bahaya.

"Tapi bos... kalau apa-apa jadi dekat bos macam mana?" soal Azim, risau. Shark tersenyum sinis. Dia menyimpan pistol ke belakang seluar, sebelum berpaling memandang Azim disebelahnya.

"Kau orang ikut ke, tak ikut ke... sama sahaja nasib aku. Apa yang kau orang boleh buat kalau kau orang ikut? Nak lawan? Kalau isteri aku kau boleh biarkan Haidin tangkap, apatah lagi aku."

"Tapi, bos. Saya bukan sengaja biarkan dia orang culik Suraya! Mereka ramai bos dan saya cuma seorang. Kalau saya cuba melawan sekalipun, saya tetap akan kalah!"

"Habis apa guna kau jadi anak buah aku?!" suara Shark mula menengking. Azim terdiam sekelip mata. Kelu lidahnya saat ini, tidak tahu ingin membalas apa-apa lagi. Jika dia memberi seribu alasan sekalipun, tidak mungkin Shark akan menerimanya. Dia tahu fikiran lelaki itu sedang kusut sekarang. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri, daripada melawan.

"Apa guna seni bela diri yang aku ajar pada kau, tapi kau tak boleh nak protect isteri aku? Apa guna pistol dekat belakang poket kau, kalau kau tak boleh tembak dia orang?!"

"Ada sebab saya tak tembak dia orang, bos. Saya cuma... "

"cuma apa? Kau tahu tak sekarang ni Suraya ada dekat genggaman si Pscyo tu! Dia tu pernah seksa orang sampai orang itu mati terseksa, kau tahu tak? Budak gila tu takkan tahu erti belas kasihan! Dia boleh buat apa-apa sahaja pada Suraya, Lebih-lebih lagi kalau Suraya tu mengandung!" bentak Shark, geram.

Azim mengetap bibirnya. Kepala ditundukkan ke bawah memandang lantai. Shark merengus geram. Dia menongkatkan kedua belah tapak tangannya ke atas meja, cuba untuk menenangkan diri. Jiwanya tidak akan boleh tenang selagi Suraya masih lagi berada ditangan lelaki gila itu.

"Aku tak pernah benci kau, Azim. Sebab kau yang paling banyak tolong aku, tapi aku tak sangka... Kepercayaan aku punah hanya disebabkan satu insiden." ucap Shark, kecewa. Tanpa dia sedar air mata turun mengalir perlahan-lahan dipipinya. Azim turut terasa sebak. Muncul perasaan serba salah dalam dirinya kerana memusnahkan kepercayaan lelaki itu padanya.

Azim menggeleng kepala. Dia terus duduk melutut diatas lantai. Paha kanan Shark dipeluknya erat, menghambur tangisannya disitu.

"Saya minta maaf, bos. Saya tak ada niat nak musnahkan kepercayaan bos. Saya tak tembak dia orang sebab saya tak nak bunuh orang. Saya takut waktu itu. Saya tak mampu nak bertindak apa-apa bos swbab Saya nak berubah macam bos... Saya dah tak nak terlibat dalam dunia kotor ni lagi. Tanpa saya sedar... Perbuatan saya waktu itu melepaskan Suraya ke tangan dia orang, sebab itu saya tak kisah kalau bos nak bunuh saya. Memang itu salah saya, dan saya patut dihukum!" rintih Azim.

Kazam yang mendengarnya turut terasa sebak. Pertama kali dia melihat Azim yang betul-betul menyesal dengan tindakannya sendiri. Malah Shark langsung tidak memandang wajah Azim. Biarpun kesalahan lelaki itu baginya terlampau berat, dia masih lagi tidak terfikir untuk membunuh Azim gara-gara satu kesilapan.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now