+33+

960 133 40
                                    

Dua hari sudah berlalu, Sunghyun mula kebosanan kerana duduk di rumah menjadi ahli penganggur paling berjaya di Korea Selatan.

"Ish bosan la duduk rumah ni dah la seorang je kalau ada Soonyoung boleh la tendang-tendang dia lagi" rungut gadis itu, dia memandang sofa yang selalu diduduki oleh Soonyoung untuk menonton kartun kegemarannya.

Semakin lama dia memandang sofa itu semakin rindu dia pada Soonyoung, Sunghyun menggelengkan kepalanya perlahan cuba membuang wajah Soonyoung di dalam ingatannya.

"Hmmm call Namjoon la" Sunghyun mengeluarkan telefonnya lalu didail nombor Namjoon.

Tetapi jejaka itu tidak mengangkat telefonnya dan ia berulang sehingga la sebanyak 10 kali.

"Kenapa dia tak angkat call ni!! Selalunya angkat je!!" Bentak gadis itu, dia membaling telefon di sofa berdekatan dengan geram.

"Baik aku call MinAh alang-alang tu boleh ajak dia keluar" Sunghyun mengambil telefonnya semula lalu didail nombor rakan karibnya itu.

Apabila talian disambungkan gadis itu menyapa MinAh di dalam talian.

"Yow MinAh wassup?" Sunghyun mengerutkan dahi apabila terdengar tangisan dari gadis itu.

// S-sunghyun... //

"Weh kau ok tak? Asal suara kau bergetar semacam je?" Soal Sunghyun risau, makin teresak-esak tangisan MinAh membuatkan gadis itu merasa tidak sedap hati.

// pasal Namjoon.. //

"Kenapa dengan dia? Kenapa dengan Namjoon?!" Sunghyun bangun dari duduknya apabila nama buah hatinya disebut.

// Sung, aku harap kau bersabar ok? //

"K-kenapa? Kenapa MinAh?! Tell me!!"

// N-namjoon dah takde //

"Tak mungkin..." hampir pengsan gadis itu apabila mendengar berita yang agak mengejutkan itu, air matanya mengalir perlahan.

// Sunghyun!! Dia dah takde!! Semalam dia kemalangan kena langgar lori, pagi ni baru dia disahkan mati omma dia pun baru call aku dia tak berani nak bagitau kau! //

"Kau bergurau je kan? Kau saje kan?! Namjoon dah janji nak kahwin dengan aku!!" Tangis gadis itu dengan lagi kuat.

// Sunghyun.. tolong terima hakikat dia dah takde, kau siap-siap cepat kejap lagi family kau datang ambil kau pergi majlis pengubumian Namjoon //

Tanpa berkata apa-apa Sunghyun terus menamatkan perbualan itu, matanya mula kabur apabila banyak air matanya mengalir keluar dengan deras.

"Namjoon kau dah janji dengan aku.." makin teresak-esak gadis itu apabila teringat kenangannya bersama Namjoon.

"Sunghyun!! Saranghage!!"

"Aku takkan tinggalkan kau, aku janji"

"Hey babe nak tau something tak? Kau cantik bila kau jadi diri kau sendiri"

"Tunggu aku tau!! Nanti aku jumpa family kau lepastu kita kahwin!!"

"I love you"

"Hiks Namjoon..." Sunghyun meraup wajahnya yang kini makin tidak terurus.

Bam!

"Noona!!" Jerit seseorang yang baru sahaja menendang pintu rumah Sunghyun dengan penuh agresif.

"N-namjoon?!" Sunghyun memandang seseorang yang dianggapnya Namjoon tetapi itu bukan buah hatinya.

"Noona! Ni Soonyoung" ujar Soonyoung yang berdiri memandang Sunghyun dengan penuh risau. Gadis itu berlari lalu memeluk Soonyoung dengan erat.

"S-soonyoung.. Namjoon dah takde!! Hiks dia dah tinggalkan aku!! Dia janji dia nak kahwin dengan aku!!" Tangis gadis itu di bahu Soonyoung.

"Shhh.. noona jangan risau ok kita ada kat sini kita takkan tinggalkan noona" pujuk Soonyoung sambil mengusap belakang Sunghyun cuba menenangkan gadis itu.

"Tipu!!"

"Hey kalau kita mungkir janji noona boleh tendang bontot kita" ujar Soonyoung lalu tersengih nakal.

"Sekarang jangan menangis dan pergi bersiap" Arah jejaka itu sambil mengelap air mata Sunghyun yang masih mengalir.

"Macam mana kau tau dan kau datang sini dengan siapa?" Soal Sunghyun setelah reda dari tangisannya.

"Satu, omma noona bagitau kita dan dua tu Shinyoung noona bawa ke sini" jawab jejaka itu lalu menunjuk sepupunya yang berdiri di tepi pintu.

"Well kau nak aku ikut kau atau tinggalkan kau?" Soal Shinyoung yang dari tadi mendiamkan diri melihat drama dua manusia di depannya.

"Tinggalkan" Shinyoung menggangguk perlahan.

"Ok see u sepet" hilang sahaja kelibat sepupunya itu, Soonyoung memandang gadia itu semula.

"Dah pergi bersiap sana" Sunghyun tersenyum perlahan lalu masuk ke dalam biliknya untuk bersiap manakala Soonyoung duduk di sofa menunggu gadis itu selesai bersiap.

Selang beberapa minit, muncul keluarga Sunghyun pada masa yang sama Sunghyun yang baru sahaja selesai bersiap terus memeluk Pn.Yoo.

"O-omma.."

"Sunghyun.. omma risau sangat dengan kamu dah jangan sedih omma pun sedih Namjoon tu budak baik" Pn.Yoo mencium dahi gadis itu lembut.

"Soonyoung jom ikut pak cik" jejaka itu mengangguk lalu mengikuti Tn.Yoo keluar dari rumah dan diikuti Pn.Yoo dan Sunghyun.

Tiba sahaja mereka di majlis pengebumian Namjoon, gadis itu terus memeluk Pn.Kim iaitu omma Namjoon.

"Mak cik Kim"

"Sunghyun!! Mak cik minta maaf" ujar Pn.Kim dengan mata sembapnya kerana menangis terlalu lama.

"Mak cik saya harap mak cik bersabar dengan dugaan ni"

"Kamu pun sama, harap kamu dapat jumpa pengganti dia dengan cepat, mak cik tak nak kamu sedih fikirkan dia" pinta Pn.Kim lalu memandang Soonyoung yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Sunghyun hanya diam, dia tak pasti jika dia dapat mencari pengganti Namjoon secepat mungkin. Atau bolehkah dia?

Selesai sahaja majlis pengebumian Namjoon, semua mula pulang ke rumah termasuk keluarga Sunghyun yang sudah tiba di rumah mereka.

"Soonyoung bermalam la di sini dah lewat ni lagi satu kamu boleh tenangkan Sunghyun untuk beberapa hari ni?" Pinta Pn.Yoo lalu memegang tangan jejaka itu dengan penuh berharap sebab dia tau Soonyoung seorang je yang boleh buat Sunghyun gembira selain Namjoon.

"Boleh" ujar Soonyoung dengan senyuman manis diberi.

"Bagus pergi la tukar baju ambil je baju Kihyun kat dalam almari kamu tidur di bilik Kihyun ye" Pn.Yoo menunjuk bilik Kihyun bersebelah dengan bilik Sunghyun, sampai sahaja mereka di rumah tadi gadis itu terus masuk ke dalam bilik tanpa memandang keluarganya termasuk Soonyoung.

"Terima kasih mak cik"

"Sama-sama" Soonyoung menutup pintu bilik itu, Kihyun tiada di rumah kerana pergi ke luar negara atas urusan kerja jadi mungkin Soonyoung akan bermalam disini beberapa hari untuk menceriakan gadis itu semula.

'Aku kena buat Sunghyun noona suka aku!! Yeay projek baru selain jeleskan Hoshi hyung huahahahahah!!' Bisik hati Soonyoung dengan penuh bersemangat, dia akan sedaya upaya untuk buat gadis itu jatuh cinta padanya 'semula'.






_____________

Yow HAHHAHAHAHAHA BYE

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now