+35+

915 100 50
                                    

"Jadi kenapa kita tak pergi Muzium je?" Soal Soonyoung untuk kali ke-10 di dalam kereta, Sunghyun nak memandu pun tak tenang asyik dengar soalan yang sama je.

"Boleh tak kau diam? Kau yang setuju juga kita pergi amusement park" ujar Sunghyun geram, kalau boleh dia nak je campak mamat ni keluar haih kalau boleh la.

"Kita ingatkan amusement park tu muzium sebab sebutannya lebih kurang sama cuma ada ayat park kat belakang" hampir sahaja gadis itu menghantukkan kepalanya di stereng kereta jika tidak diingatkan kembali yang dia sedang memandu dan bawa anak orang disebelahnya.

"Hergh, kau mesti suka punya tempatnya macam funfair tapi lagi besar" terangnya dengan fed up.

"Wooo ada teddy bear besar ke?!" Soonyoung memandang gadis itu dengan teruja, maklum la dia tak ingat yang dia pernah pergi tempat tu.

"A..da..." jawab gadis itu lama.

"Yeayy jom pergi yeayyy!!!" Jerit Soonyoung girang sambil menepuk tangannya.

Sampai sahaja mereka di amusement park, Soonyoung terus melompat keluar dari kereta selepas Sunghyun memberhentikan enjin kereta.

"YAH KWON SOONYOUNG! JANGAN LARI LA" jerit Sunghyun apabila Soonyoung tiba-tiba sahaja berlari seperti kanak-kanak riang tetapi dalam badan orang dewasa.

"Bwerk!! Tak dapat tangkap-- alah noona guard ni tak bagi masuk!!" Rengek Soonyoung di depan guard yang sedang memandangnya tajam. Cungkil biji mata tu kang baru tau.

"Memang la! Kena beli tiket dulu" terang Sunghyun lalu menarik lengan Soonyoung pergi ke kaunter tiket.

"Ouh macam tu ek" jejaka itu menyengetkan kepalanya memandang Sunghyun polos.

"Macam tu la!!" Balas gadis itu dengan wajah kemerahannya kerana pandangan Soonyoung yang agak comel padanya.

"Jangan la maroh noona" pujuk Soonyoung lalu mencubit pipi merah Sunghyun, makin merah la pipi gadis itu dibuatnya.

Tanpa aba-aba, Sunghyun terus menyepak punggung jejaka itu menjauh darinya untuk membeli tiket. Usai sahaja mereka membeli tiket, mereka mula masuk ke dalam amusement park yang mempunyai pelbagai permainan dan kedai-kedai kecil.

"Nak pergi mana dulu-- eh Soonyoung?" Sunghyun memandang sekeliling, baru je masuk dah hilang dah.

"Bertuah punya jantan kejenya asyik nak menghilang je" bebelnya sambil matanya meliar mencari keberadaan jejaka itu sehingga la matanya tertancap pada Soonyoung yang sedang berborak dengan seorang lelaki dan seorang perempuan di depannya.

"Woi Soonyoung-- Jihoon?" Terus tak jadi Sunghyun nak memarahi Soonyoung apabila lelaki yang berborak dengan Soonyoung adalah Jihoon.

"Kau beruk?" Jihoon memandang Sunghyun terkejut, aduh macam mana la boleh jumpa minah ni kat sini.

"Eh Sunghyun!" gadis itu menoleh apabila ada seseorang memanggilnya, hampir terkeluar biji matanya melihat perempuan di sebelah Jihoon.

"Shinyoung?!" Sunghyun ternganga manakala gadis bernama Shinyoung itu hanya tersengih tidak bersalah.

"Hyung dating dengan Shinyoung noona ek wuuu" celah Soonyoung dengan senyuman nakalnya.

"Mana ada la!!" Bangkang Shinyoung, ceh kata tak tapi muka tu merah-merah tu dah kenapa.

"Awak kenal ke diorang ni?" Soal Jihoon pada Shinyoung lembut, hampir nak termuntah Sunghyun dan Soonyoung kat situ mendengarnya:

"Haih saya sepupu Soonyoung" jawab gadis itu dengan sesal, tak tau kenapa dia macam tu mungkin dia menyesal kot jadi sepupu Soonyoung mungkin la.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now