BAB 3

10.6K 751 7
                                    

Beberapa tahun kemudian...

20 JANUARI. Setelah tiga tahun lamanya berada di dalam tirai besi. Siang dan malam dia berdamai dengan perasaan bersalah, kegagalan, kesunyian dan kegelapan yang ada dalam jiwa. Cukup lama dia terpuruk dalam neraka dunia. Menunggu waktu itu sehingga setiap hitungan detik tidak pernah lepas dari renungannya.

Khair memandang ke belakang. Memandang tempat di mana dia dikurung selama tiga tahun itu. Senyuman terukir pada bibirnya. Dia akhirnya dibebaskan setelah menjalani pemulihan. Meskipun dia tahu, dunianya sudah tidak seperti dulu lagi.

Dia bukan lagi petarung handal di atas gelanggang. Dia tidak pernah menjadi seorang anak dan cucu yang dibanggakan. Semua orang pasti memandang dia sebagai sempolah yang bernyawa.

Arzen Bilal Khair mengeluarkan sekeping gambar pada kocek seluarnya. Sepanjang dia dipenjarakan, dia tidak pernah dilawat oleh datuknya. Entah kerana Encik Yazid terlalu benci atau kecewa. Atau mungkin dua-duanya. Dia faham. Dia terlalu keras kepala. Semata-mata untuk mengejar mimpinya yang tidak pernah dianggap baik.

"Babah, Khair balik hari ni. Harap babah masih kenal Khair." Senyuman hambar itu semakin melebar. Rautnya terlihat kusut. Tubuhnya masih tegap, sama seperti hari pertama dia dipenjarakan. Namun rambutnya semakin panjang sehingga ke paras bahu. Buatkan dia terlihat lebih dewasa.

Baru sahaja Khair ingin melangkah pergi, dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang di situ. Buatkan dia segera berundur, lalu segera berselindung di balik sebuah kereta. Memerhatikan figura yang baru tiba itu dari kejauhan.

"Alif!" Laung seorang lelaki bertubuh tinggi. Bersama leather jacket yang kemas tersarung pada badannya. Menyapa seorang pengawal keselamatan yang ada di situ.

"DSP Arzhel, lama tak jumpa! Jarang-jarang DSP nak ke sini. Ada apa?" Kedatangan Arzhel Qadr buatkan Alif kebingungan.

Usai berjabat tangan, Arzhel memandang sekeliling. Seperti mencari-cari kelibat seseorang di situ.

"Hari ni ada tahanan yang dah keluar, kan? Ada nampak tahanan lelaki nama Arzen?" Tidak menunggu lama, Arzhel terus bertanya. Kalau diikutkan, hari itu adalah hari di mana Khair akan dibebaskan. Dia sendiri datang tepat waktu pada masa itu.

"Ha, ye betul. Tapi rasanya semua dah keluar. Termasuk nama lelaki yang DSP sebut tu," jawab Alif.

"Kalau boleh tanya, Arzen siapa? Adik ke?" soal Alif sejurus selepas itu. Sedikit tertanya-tanya kenapa Arzhel Qadr mencari seorang tahanan di tempat itu. Dia cukup tahu Khair adalah petinju yang dipenjara kerana penyalahgunaan dadah. Tapi, apa kaitannya dengan Arzhel?

Arzhel Qadr sekadar tersenyum nipis. Sebelum menggeleng singkat. Mungkin kerana rautnya yang terlihat masih muda, sehingga ramai yang tidak menyangka bahawa usianya jauh lebih tua berbanding Khair sendiri.

"Dia keluar tadi, ada sesiapa yang jemput? Ada nampak dia berjalan pergi mana-mana?" aju Arzhel, seolah-olah sedang dalam sesi siasatan.

Alif menggeleng kecil sebelum menjawab, "Tak perasan pula kalau yang tu."

"Tak apalah, saya pergi dulu. Tapi kalau ada nampak dia, tolong inform dekat saya." Arzhel Qadr mula berpaling, ingin melangkah pergi.

"Dia anak saya," katanya lagi. Sebelum berjalan memasuki perut keretanya.

Alif terngadah di tempat dia berdiri. Agak lama juga dia mencerna apa yang Arzhel katakan sebentar tadi kepadanya. Anak?

𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑Where stories live. Discover now