BAB 8

9.1K 646 6
                                    

SEMINGGU berlalu. Lembaran hari yang terlalu cepat dia rasakan. Meskipun akhirnya lelaki yang sering menemuinya ketika itu sudah tidak lagi menguak ruang pandangnya. Lelaki itu akhirnya menunaikan janjinya. Kelibat si dia langsung tidak pernah terjengul lagi.

Hari itu, fikirannya kembali runsing. Kepergian lelaki itu bahkan menambahkan ruwet dalam fikiran. Entah kerana dia masih dendam, ataupun amarahnya semakin membuak-buak. Benaknya kembali diramaikan dengan masalah. Sehingga dunia ketika itu benar-benar tidak mahu dia tatap. Hatinya kembali bergelumang dengan kemelut.

Kanaya Arcella melabuhkan duduk di bangku usang yang ada di luar rumah sewa itu. Cukup lama dia termenung. Berdiam diri, bersama isi fikiran yang bising dan berkecamuk. Kedua tangannya saling bersulam. Menatap kosong pemandangan sekeliling.

Di kawasan rumah setinggan yang benar-benar terpuruk itu, dia terhenyak dalam keheningan. Bertemankan camar dan cengkerik malam yang menjerkah cuping telinganya. Bersama samar cahaya lampu jalan.

Kanaya melepaskan keluhan berat. Memorinya terimbas pada kejadian yang menimpanya beberapa hari yang lalu. Sehari selepas kali terakhir dia berjumpa dengan Khair.

"Ini maksudnya apa ya? Kok gue nggak dibolehin masuk?" Kanaya menatap sekilas wajah seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu kelab malam itu.

"Azrael dah tak bagi kau kerja dekat sini," ujar lelaki itu, bersama wajah datar yang tidak berperasaan.

"Loh? Emang gue ada salah apa? Perasaan gue nggak ngapa-ngapain." Meskipun suaranya terdengar perlahan, namun nadanya ditekan penuh tegas. Keningnya sedikit berkerut. Sedikit bingung.

Setahunya, dia langsung tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Langsung tidak pernah melanggar apa-apa arahan yang Azrael beri kepadanya. Tak pernah pula dia buat hal sampai bertekak atau bertelingkah dengan pelanggan di kelab malam itu.

Tentang hutang Mahendra, bulan itu, dia sudah bayar meskipun yang telah langsai belum sampai separuh. Entah masalah apa yang buatkan Azrael memecatnya.

"Azrael tak cakap apa-apa. Manalah aku tahu," jawab lelaki itu. Semakin membuat Kanaya bingung sendirian.

Setelah kejadian tersebut, sudah beberapa kali dia cuba berjumpa dengan Azrael. Ingin meminta kepastian dan mungkin meminta kesempatan untuk kembali berkerja dengan lelaki muda itu. Di mana lagi dia mahu mencari jalan keluar?

Beberapa jam yang lalu, dia mendatangi sebuah bangunan tempat di mana 'markas' utama Azrael terletak. Lebih mengejutkan apabila separuh hutang Mahendra sudah terbayar. Dia mendapat tahu bahawa ada orang yang membantunya untuk membayar hutang Mahendra. Jumlahnya cukup besar.

Siapa yang bayar? Dan kenapa Azrael memecatnya?

Lagi dan lagi dia dikejar dengan banyaknya persoalan yang belum terjawab. Sungguh dia dihambat tulu. Bila dia mendesak Azrael untuk memberitahu siapa yang menolongnya, Azrael sendiri memilih untuk berdiam.

"Apa jangan-jangan yang nolongin gue, itu Khair?" Kanaya terdiam sejurus selepas itu.

Wajahnya diraup kasar. Sudah pasti dia tidak memikirkan sesiapa selain Khair. Cuma lelaki itu yang tahu masalah yang dia hadapi.

"Kanaya udah pulang? Ngapain di luar sendirian? Ntar masuk angin, nak." Puan Suhita mendekati Kanaya. Turut sama melabuhkan duduk di hadapan wanita itu.

"Lagi pusing, buk." Kanaya tersenyum kecil.

Puan Suhita mengulum senyuman hambar kemudian berkata, "Liat dari muka kamu juga ibu tau kalau kamu lagi ada masalah. Capek ya, nak? Cerita semuanya sama ibu." Jemari runcing Kanaya diusap lembut.

𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑Where stories live. Discover now