BAB 5

10.2K 674 13
                                    

"KANAYA!" laung Khair, memandang lurus ke arah seorang wanita berambut hitam di hadapannya. Ketika wanita tersebut menghentikan langkah, Khair segera merapatinya.

Wanita itu berpaling. Bersama wajah yang termangu-mangu memandang raut Khair. Namun sayangnya, wanita tersebut bukan Kanaya. Buatkan Khair terus berdehem kecil. Cuba mengawal ekspresinya yang tampak bingung dan sedikit kecewa.

"Sorry, salah orang." Khair terus berpaling ingin melangkah pergi. Bersama tangan yang naik menggaru-garu tengkuk yang tidak gatal.

Entah kenapa, dia begitu pasti bahawa wanita yang dia lihat sebelumnya adalah Kanaya. Meskipun yang terlihat pada sudut pandangnya hanyalah bayangan daripada tepi. Tidak mungkin dia tersilap.

"Wait!"

Satu suara lunak menggamit Khair ke dunia nyata. Mencemperakan khayalannya yang sudah larut dalam fikiran yang sesak. Buatkan Khair segera kembali berpaling.

"Awak... Khair, kan?" aju wanita muda itu. Disambut dengan anggukan kecil daripada Khair. Mengeyakan pertanyaan wanita itu. Entah sejak bila pula wanita mengenalinya.

"Arzen Khair, right?" Penuh teruja nada wanita tersebut.

Khair angguk lagi. Mengeyakan lagi apa yang wanita tersebut aju.

"Oh. My. God. OMG! Awaklah yang terkenal tu, kan?" Wanita itu tergelak bahagia di hujung ayatnya. Habis riuh suaranya di tengah-tengah lorong yang kian sepi itu.

"Terkenal sejak bila pula? Mungkin kau salah orang," balas Khair. Memutuskan untuk berlalu pergi detik itu juga.

Mungkin memang benar wanita itu mengenalinya. Mungkin saja kerana namanya pernah menggegarkan panggung Muay Thai. Atau mungkin wanita tersebut pernah menyaksikan Khair bertarung di atas gelanggang.

Baru sahaja Khair ingin cepat-cepat menjauh, wanita itu bersuara lagi. Kali ini, ada sesuatu yang membuat Khair berjaya berpaling kembali.

"Saya kawan Kanaya. Kita orang berkerja dekat tempat yang sama," ujar wanita itu. Kenyataannya seolah-olah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Khair kepada Kanaya.

Khair menghela nafas lega.

"Saya Hessa. Hessa Dinara," sambung wanita itu. Wajah dingin Khair ditatap sekilas. Sebelum menebarkan pandangannya ke sekeliling kawasan. Memastikan tiada sesiapa yang menyaksikan perbualan mereka.

"Saya datang sini sebab Kanaya minta tolong. Saya tolong dia pulangkan separuh duit yang Mahendra pinjam dekat Azrael. Awak nak jumpa dengan Kanaya ke?" Hessa melihat Khair yang mengeluarkan sekeping gambar daripada koceknya.

"Perempuan yang ada dalam gambar ni, Kanaya kan?" soal Khair.

"Haah, ni Kanaya. Dia tak balik ke negara dia selagi mana hutang Mahendra tak habis. Keluarga Mahendra pun terpaksa datang sini cari duit. Sebab Mahendra cuma ada ibu dengan adik perempuan dia je. Kanaya dekat sini yang tanggung mereka berdua. Sebab Kanaya dah tak ada keluarga," terang Hessa panjang lebar.

"Korang kerja dekat mana? Aku nak jumpai Kanaya sekarang, boleh?" Khair menatap penuh harap. Wajah Hessa terlihat sedikit ragu.

"Sekarang tak bolehlah, Khair. Dia tengah bantu ibu Mahendra kerja. Kalau awak nak jumpa dia, saya bagi alamat tempat kerja kita orang. Boleh?" Persoalan Hessa buatkan benak Khair dihambat bingung.

𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑Where stories live. Discover now