BAB 7

9.1K 622 5
                                    

"TAK nak masuk?" Segaris senyuman masih tidak lekang daripada meniti di bibir merah Khair. Lelaki itu sudah lama berdiri di samping keretanya. Membukakan pintu untuk Kanaya yang berdiri pegun tidak jauh di hadapan kelab malam itu.

Pandangan tidak puas dia berikan. Memerhatikan tingkah Khair yang seolah-olah tidak melakukan kesalahan apa pun. Terasa dirinya betul-betul tercabar detik itu. Ditambah pula dengan majikannya yang sambil lewa membenarkan Khair membawanya pergi. Untuk pertama kalinya Azrael bertindak sebegitu. Untuk apa?

Lebih bodohnya, dia sekadar mengikuti arahan Azrael untuk mengikuti Khair. Langsung tidak membantah. Penyudahnya, dia harus berdiri tegak di hadapan Khair bersama kerongkong yang bersedia memuntahkan cemuhan.

Semenjak lelaki itu kembali muncul di hadapannya, banyak hal yang menurutnya berubah. Buatkan dia merasa tidak tenang. Lebih-lebih lagi ketika dia melihat bagaimana cara Khair dan Azrael bertatapan di dalam kelab tadi. Seperti ada sesuatu yang berlaku di antara mereka yang mungkin melibatkan dirinya.

"Muka saya memang kacak, precious. Tapi jawapan tak ada dekat muka saya." Selamba betul lelaki itu memuntahkan butir bicaranya. Merenjis sedikit nada perli kepada Kanaya.

Kanaya mengerutkan keningnya. Mengorak langkah mendekati Khair sebelum dia kembali merenung wajah kacak lelaki itu. Penuh bara pada renungan tajam Kanaya.

"Mau lo apa sih?" Tenang suara Kanaya ketika itu. Namun getarannya jelas menggambarkan hatinya yang mungkin sebentar lagi akan meledakkan amarah.

Khair masih statik di tempat dia berdiri. Bersandar pada kereta, kemudian kedua tangannya terletak elok dalam kocek seluar. Memandang wajah pucat Kanaya dengan pandangan redupnya.

Sebelum kepalanya dimiringkan sedikit. Seperti berfikir sejenak, sebelum dia membuka mulut.

"Nothing." Khair menggeleng. Bertambah keras hela nafas Kanaya sejurus kemudian.

"Brengsek," dongkol Kanaya, hanya sebatas berbisik. Meskipun dia tahu Khair pasti mendengarnya.

"Umi saya kata, tak baik cakap kasar. Umi awak tak pernah pesan ke?" Sungguh... Sungguh mencabar kesabaran. Memang minta dilempar agaknya. Mengada!

"Nyokap gue udah lama ga ada." Kanaya membuang pandang ke tempat lain. Mahu saja dia berlari jauh-jauh daripada Khair. Lari pun, tiada guna juga. Pasti lelaki itu akan kejar.

"Okey. Rasanya dah boleh masuk."

Kanaya tersengih meluat. Benaknya sudah menerawang memikirkan tujuan sebenar Khair berbuat sedemikian. Sama ada Khair ingin kembali meminta maaf atas kejadian tempoh hari. Atau Khair sengaja ingin mengambil kesempatan.

Rasanya dia lebih mempercayai kemungkinan yang kedua. Lebih-lebih lagi apabila Khair sendiri berkenalan baik dengan Azrael. Sudah pasti sifat mereka juga sama. Sempolah!

"Beneran brengsek ternyata." Kanaya berpaling. Kembali menghadap ke arah tubuh sasa Khair sebelum mendongak. Mencari bebola mata lelaki itu untuk ditatap. Dalam.

"Berapa?" soal Kanaya tiba-tiba.

"Berapa apa?" Khair sedikit terpinga-pinga.

"Berapa banyak uang yang lo habisin buat bajingan kaya Azrael?" Semakin tajam renungan mata Kanaya. Membuakkan kesal dan jengkel.

𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑Where stories live. Discover now