Bab 2

3.4K 247 1
                                    

"NADA! Nada!"

   Nada yang tengah meniarap sambil menyelak helaian demi helaian muka surat novel, segera menyahut. Bookmark dicapai lalu dia selit pada muka surat terakhir yang dibacanya. Tak mahu buat Puan Karisma menunggu lama akan kehadirannya, cepat saja Nada berlari keluar dari bilik menuju ke arah dapur.

   "Ya, umi?" soal Nada.

   "Ni, tolong hantarkan lepat pisang ni ke rumah Mak Cah boleh? Kebetulan umi buat lebih, boleh bagi sikit dekat jiran-jiran." Jawab Puan Karisma. Tupperware yang berisi beberapa biji lepat pisang itu dimasukkan ke dalam beg kertas.

   "Oh, boleh je umi. Kejap Nada pakai tudung dulu."

   Dua minit bersiap ringkas, Nada kembali ke dapur. Seluar slack, t-shirt lengan panjang dan tudung sarung labuh berwarna hitam yang menutup dada. Pakai simple-simple aje sebab nak pergi hantar kuih lepat pisang aje pun dekat rumah Puan Aishah yang selang lima enam buah rumah aje dari rumah mereka.

   "Nada pergi dulu, umi."

   "Eh, Nada. Mintak balik ya bekas tupperware tu. Hihi."

   Tergeleng kepala Nada. Sindrom mak-mak betul lah sayang sangat dengan tupperware!

   Nada melompat naik atas skuter Ego. Tekan button start, perlahan dia membonceng motorsikal comel itu menuju ke arah rumah Puan Aishah. Memandangkan jarak ke rumah itu tak jauh mana, tak sampai lima minit dia dah terpacak di perkarangan rumah batu dua tingkat itu. Salam dilaung.

   "Assalamualaikum! Mak Cah!" panjang leher Nada mencari-cari kelibat Puan Aishah di sekitar. Tapi tak nampak bayang.

Pintu bertutup rapat. Kereta Toyota Vios yang selalu ada bawah porch pun tak ada. Puan Aishah keluar dengan suami dia ke? Tiga kali memberi salam, masih tak ada jawapan. Nada hela nafas.

   "Rumah takde orang kut. Petang kejap lagi lah datang balik." Nada pusing tubuh, mahu kembali ke arah skuter. Namun tak sampai lima langkah, telinganya menangkap bunyi pintu kayu rumah dikuak. Laju Nada menoleh.

   "Waalaikumussalam..." Daffa menjawab dengan nada suara serak. Mata terpincing-pincing memandang manusia yang mencemar duli memijak tanah kawasan rumahnya ini. Sedar manusia itu Nada, Daffa tayang muka bosan.

   "Eh, Abang Daffa ada rupanya." Nada senyum lantas mendekat.

   "Kau nak apa? Tahu tak, ketenangan aku tidur terganggu disebabkan kau! Bising aje!" Daffa mendengus. Nada buat muka toya. Langsung tak terasa hati dengan layanan dingin Daffa padanya. Dah biasa. Dari dulu lagi memang Daffa tak suka dekat dia pun. Semuanya sebab dia tak sengaja baca surat cinta zaman sekolah Daffa dulu. Eh, sampai sekarang... Nada ingat lagi tau bait ayat puitis yang Daffa tulis kat kertas tu. Sumpah boleh buat orang muntah hijau bila baca!

   "Ni, umi ada buat lepat pisang. Umi suruh hantar kat sini," sebelah tangan Nada hulur beg kertas berisi tupperware. Sedar penampilan Daffa yang agak seksi pada pandangan matanya, Nada kalih wajah ke tepi. Tiba-tiba rasa segan bila Daffa cuma menyarung singlet hitam dengan seluar pendek atas sikit dari lutut.

   "Hmmm. Terima kasih," ucap Daffa bila beg kertas sudah bertukar tangan.

   "Sama-sama."

   Berkerut dahi Daffa bila Nada berdiri terpacak sambil wajah terhala ke tepi. Dia tunduk memandang tubuh sendiri. Oh, patut lah si Nada ni macam meow-meow kucing asyik terpandang ke tepi!

   "Eh, aku bukan bogel pun. Pandang aje lah depan!"

   "Aurat la, Abang Daffa."

   "Aurat apa bendanya kau ni?"

   "Tu, lutut. Aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut."

   Daffa juling mata ke atas. Memang tak boleh disangkal lagi memang aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut. Tapi budak-budak lelaki zaman sekarang, langsung tak kesah soal aurat. Dah macam satu trend aje pakai seluar tayang lutut.

   "Hmmm apa-apa aje lah."

   Daffa berundur mahu tutup pintu, tapi Nada masih statik berdiri. Tak nak balik ke budak ni?

   "Tercegat apa lagi kat sini? Pergi lah balik!" halau Daffa.

   "Umi nak tupperware dia balik."

   Daffa mengeluh bosan. Dia masuk ke dalam rumah dan muncul balik tak sampai tiga minit. Nada yang sedar Daffa dah kembali, cepat-cepat tunduk memandang hujung selipar. Huluran beg kertas berisi tupperware kosong disambut.

   "Terima kasih. Nada balik dulu. Assalamualaikum,"

   "Waalaikumussalam."

   Mata Daffa menyoroti langkah Nada membonceng skuter keluar daripada kawasan rumahnya. Kepala dia geleng berkali-kali. Lepas SPM, memang jarang dia nak nampak Nada sebab dia duduk dekat hostel kolej. Kalau balik sini pun, dia suka keluar berjalan ataupun lebih suka terperuk dalam bilik main game ataupun tidur.

Langkah Daffa mahu kembali ke bilik tiba-tiba terhenti. Cantik juga budak Nada tu bila dah besar. Sweet 18 gittew! Tersedar, Daffa geleng kepala. Gila kau ni, Daf!

Sir, I Heart YouWhere stories live. Discover now