Bab 10

3.9K 218 4
                                    

Tahun 2020...

HAMPIR dua tahun Nada pulang dari Mesir, dia masih duduk di rumah menemani Puan Karisma. Bukan dia tidak apply mana-mana kekosongan kerja, tapi belum rezeki. Nada cuba bersangka baik. Mungkin Allah mahu beri rezeki untuk dia habiskan waktu dengan Puan Karisma dan Encik Najmi. Nanti bila dia dah kerja, makin kurang lah masa untuk dia habiskan bersama insan-insan tersayang dia tu, kan?

   Oh, bercakap soal ikatan pertunangan antara dia dan Daffa. Entah la, Nada sendiri tak tahu mahu beri jawapan apa. Dalam tempoh dua tahun ini, hubungan dia dan Daffa macam biasa. Jarang nak jumpa, jarang nak contact walaupun masing-masing ada simpan nombor telefon.

Serius, Nada rasa macam dia ni gadis bujang yang tidak terikat dengan mana-mana ikatan. Tapi hakikatnya, dia masih tunangan kepada Muhammad Daffa. Lelaki itu pula, tak ada nak beri kata putus tentang hubungan mereka.

Mahu teruskan pertunangan atau putuskan saja?

Nada tunduk memandang jari manis yang tersarung sebentuk cincin. Cincin itu masih berada di situ untuk tempoh masa yang agak lama. Bohong lah jika di Mesir sana tiada orang yang cuba cucuk jarum. Tapi bila dia katakan bahawa dia sudah bertunang, lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya berundur dengan perasaan hampa. Melepas!

   Nada merengus. Terus saja dia tanggalkan cincin di jari manisnya itu. Pakai cincin ni, buat dia sentiasa teringatkan ikatan dia dan Daffa sedangkan lelaki itu mungkin tak rasa apa yang dia rasa sekarang ni. Ya lah, Daffa mana sukakan dia pun!

   "Nada!"

   Nada tersentak.

   "Ya, umi!"

   Laju Nada menapak keluar dari bilik tidur. Dihampiri Puan Karisma di ruang tamu.

   "Nah, ada surat untuk Nada."

   "Surat?"

   Dengan dahi berlapis-lapis, Nada sambut huluran Puan Karisma. Hujung sampul dia koyak lantas kertas berlipat itu ditarik keluar. Bergerak-gerak bebola matanya memandang baris ayat bercetak di situ sebelum mulutnya melompong.

   "Umi! Nada dapat panggilan kerja!"

   "Yeke? Kat mana?"

   "Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pertiwi. Nada dapat panggilan untuk jadi guru kontrak selama setahun." Ujar Nada dengan sengihan. Walaupun bukan sebagai guru tetap, Nada tetap bersyukur. Untuk dia yang belum ada apa-apa pengalaman mengajar, peluang ini sangat berharga untuknya.

   "Alhamdulillah. Tahniah anak umi."

   "Alhamdulillah. Terima kasih, umi."

   "Subjek apa sayang?"

   "Pendidikan Syariah Islamiah, umi."

   "Ustazah la ni?"

   "Hehe. Ya, umi. Minggu depan, dah kena lapor diri."

   "Bagus lah tu."

   "Umi, jauh tak sekolah tu?"

   "Hmmm takde la jauh sangat. Tak sampai satu jam pun,"

   Membulat mulut Nada membentuk 'o'.

   "Okey lah, umi. Nada nak call kawan Nada kejap. Nak share berita gembira ni dengan dia!" tak sabar rasanya dia nak berkongsi berita gembira ini dengan Sumaiyyah, kawan baiknya selama di Mesir. Kini Sumaiyyah berada di Kelantan dan dia di sini... Johor.

Sir, I Heart YouKde žijí příběhy. Začni objevovat