Bab 7

2.8K 204 0
                                    

PAGI itu Nada menghampiri Puan Karisma yang sedang menyiram pokok bunga di laman. Jujur, malam tadi dia tak boleh lelap! Pusing kiri, pusing kanan, mata masih terkebil-kebil pandang siling atas. Dekat pukul tiga pagi juga lah baru mata dia nak lelap. Nasib baik tak terbabas subuh dia.

   "Umi," Nada memanggil.

   "Ya, Nada?"

   "Pasal malam tadi tu. Errr... Mak Cah ada bagitahu apa-apa tak pasal... pasal..."

   "Daffa?"

   Nada angguk kepala. Pagi ni nak sebut nama Daffa pun tak terluah rasanya.

   "Belum lagi la, Nada. Kejap lagi mesti Mak Cah datang sini. Kenapa Nada tanya?" soalan Puan Karisma dibalas dengan gelengan. Penuh sopan Nada minta pamit kembali masuk ke dalam rumah. Langkah dia bawa ke bilik. Namun tak sampai separuh jalan, telefon rumah yang terletak elok atas meja kecil seperti memanggil-manggilnya mendekat.

Nada hela nafas.

Berdiri di situ, Nada capai buku nota kecil yang tertulis nombor-nombor telefon kenalan. Dia nak hubungi rumah Puan Aishah sementelah dia sendiri tak simpan nombor telefon Puan Aishah di dalam telefon bimbitnya. Nombor Daffa, lagi lah dia tak ada! Bukan ada keperluan pun nak save nombor lelaki itu.

   Tak sedar, dia dah mendail nombor telefon rumah Puan Aishah. Sebelah tangan dah letak ganggang telefon di telinga. Dia berharap, Daffa yang akan angkat panggilan itu. Harap Daffa angkat... harap Daffa angkat... harap...

   "Helo?"

   "Abang Daffa! Nada ni,"

  

BUKAN date ya!

   Itu yang Nada pesan pada diri sendiri bila ada bisikan jahat dan nakal di telinga. Tadi, entah apa yang merasuk akalnya, mengajak Daffa untuk berjumpa. Dan sekarang, mereka berdua di taman permainan yang terletak di dalam kampung mereka juga. Tidak berduaan, kerana ada lima enam orang kanak-kanak sedang bermain di situ.

   "Cakap lah apa yang kau nak cakap," suara garau Daffa yang sedang bertenggek pada motorsikal miliknya menyapa gegendang telinga Nada. Nada terkebil-kebil dulu. Punya lah ralit tengok budak-budak kat sana tu main kejar-kejar. Pagi-pagi pun taman permainan kat sini dah meriah.

   "Errr... malam tadi... malam tadi umi ada bagitahu Nada sesuatu. Umi bagitahu yang umi nak..."

   "Kita bertunang?"

   Lambat-lambat Nada angguk kepala. Bila mata Daffa dah renung dia tajam, cepat saja Nada tundukkan wajah memandang hujung selipar yang dipakainya. Takut pula dia dengan renungan Daffa. Macam nak makan dia pun ada!

   "Kau setuju ke apa kata umi kau tu?" soal Daffa.

   "Nada... Nada ikut aje apa permintaan umi."

   "Jadi, kau nak lah bertunang dengan aku?"

   Nada diam. Dia nak ke bertunang dengan si Daffa ni? Kalau ikutkan lubuk hati dia yang paling dalam, dia tak mahu. Tapi itu permintaan Puan Karisma sendiri. Sedia maklum, dia seorang anak yang taat dan menurut perintah. Tak pernah lagi lah dia bangkang kata-kata umi dan abahnya asalkan tidak melanggar syarak.

Nada tarik nafas lantas dihelanya. Daffa dipandang.

   "Nada ikut kata umi. Kalau umi cakap itu baik untuk Nada, Nada terima aje. Lagipun, tunang aje pun. Bukannya kahwin lagi. Umi sendiri cakap, lepas kita sama-sama dah balik Malaysia, kita boleh decide hala tuju kita lepas tu. Sama ada nak teruskan hubungan atau putuskan pertunangan kita." Lancar bait ayat yang ditutur Nada. Daffa diam dulu.

   "Abang Daffa jangan risau. Walaupun kita bertunang, Nada takkan kawal abang. Abang bebas untuk berkawan dengan siapa pun dekat Melbourne nanti. Abang nak bercinta dengan minah saleh kat sana pun, terserah lah. Itu hak abang. Nada takkan larang," sambung Nada lagi. Daffa peluk tubuh menghadap Nada.

   "Dan kau pun sama? Kau nak berkawan atau bercinta dengan pak arab kat sana pun, itu hak kau? Aku tak boleh larang kau?"

   "Nada bercakap pasal abang sekarang ni. Bukan pasal Nada,"

   "Nope. Kita bercakap pasal kita. Kita, Nada."

Nada mendengus. Peluk tubuh, dia kembali lempar pandangan ke arah taman permainan. Tak tahu kenapa Daffa seperti mahu 'menyerang'nya.

   "Terserah la, abang. Nada tak kesah pun. Nada setuju untuk bertunang dengan abang, sebab umi. Lagipun, umi sendiri tak paksa Nada kahwin dengan abang walaupun kita bertunang. Umi bagitahu, Nada kena bertunang supaya orang lain takkan kacau Nada bila dia orang tahu status Nada."

Daffa hela nafas.

   "Kau setuju untuk bertunang dengan aku, sebab kau suka aku kan, Nada?"

   "Abang Daffa!"

   Membulat biji mata Nada mendengarkan ayat selamba itu. Eei, dia sukakan Daffa? Memang tak lah! Perangai dingin macam ais ketul.

   "Terkejut sebab aku tahu kau suka aku?" Daffa senyum mengejek. Laju Nada menggeleng.

   "Untuk pengetahuan abang, Nada sikit pun takde perasaan dekat abang. Selama ni, Nada baik dengan abang... sebab Nada hormat abang sebagai orang yang lebih tua dari Nada. Kenapa Nada nak suka abang pulak? Abang tak pernah cakap baik-baik dengan Nada. Tak habis-habis sakitkan hati Nada!" tak tahu kenapa, Nada jadi marah. Jadi geram sampaikan rasa nak pijak-pijak si Daffa kat depan dia ni.

Daffa diam. Dia gigit isi pipi.

   "Sudah la, Nada balik dulu. Kalau abang tak nak teruskan pertunangan tu, abang pujuk lah mak abang untuk batalkan semuanya. Nada sikit pun tak peduli. Nada ada banyak lagi benda nak kena fikir sebab bulan depan Nada dah nak pergi Mesir. Assalamualaikum," start enjin skuter, Nada membonceng pacuan dua roda itu pergi. Daffa pandang susuk Nada sehingga hilang dari pandangan. Dia raup wajah berkali-kali. Haih, serabutnya!

Sir, I Heart YouWhere stories live. Discover now