Bab 6

3.2K 197 0
                                    

"KARISMA."

   Tertoleh kepala Puan Karisma memandang Puan Aishah yang duduk di atas pondok kayu. Puan Karisma bergerak ke arah pili lalu kepala pili ditutup. Dihampiri sahabat baiknya itu yang berwajah sedikit sugul.

   "Kau dah kenapa, Cah? Hari ni nampak macam tak happy aje. Ada masalah ke? Kalau ada masalah, meh la share dengan aku. Kita kan kawan baik dunia dan akhirat," tegur Puan Karisma mengambil tempat di sisi Puan Aishah.

   "Daffa..."

   "Kenapa dengan Daffa?"

   "Malam tadi dia bagitahu aku dengan Bazli. Dia dapat tawaran sambung belajar dekat Melbourne. Awal Januari tahun depan."

   "Lah, bagus lah tu. Alhamdulillah. Tercapai juga impian anak teruna kau tu nak belajar dekat sana. Tahniah, Cah!" Puan Karisma menyengih. Namun sengihannya perlahan-lahan beransur pergi bila kawan baiknya itu masih berwajah monyok.

   "Eh, Cah. Kau kenapa? Anak kau dapat belajar sampai luar negara pun tak happy ke?"

   "Aku bukan tak happy, Ma. Aku happy. Cuma aku... aku risau aje. Kau tahu tak, malam tadi tak tidur lena aku dibuatnya. Macam-macam benda aku fikir pasal Daffa tu. Dah la nak sambung belajar jauh pulak tu. Tiga tahun kut!"

   "Kau fikir pasal apa pulak ni, Cah? Kau ni kan..."

   Puan Aishah hela nafas berat.

   "Risau pulak aku nak lepaskan dia pergi negara barat. Kau tahu aje lah, sana komuniti islam kita tak ramai. Aku risau aje kalau si Daffa tu mudah terpengaruh dengan budaya barat kat sana. Lain lah si Nada tu. Mesir tu dah sah-sah komuniti islam ramai. Aku takut sangat nanti kalau..."

   "Kalau Daffa pergi bercinta dengan minah saleh kat sana?"

   Laju saja Puan Aishah angguk kepala. Puan Karisma hela nafas.

   "Kau tak payah la fikir sangat pasal tu. Si Daffa tu dah besar panjang, tahu lah dia jaga diri dia kat tempat orang. Lagipun, untung apa kalau Daffa bercinta dengan orang sana. Kau dapat menantu mat saleh. Cucu kau, mesti mata biru!"

Puan Aishah jeling.

   "Hesy, tak nak lah aku! Aku kalau boleh, nak menantu macam anak kau tu. Macam si Nada tu. Sejuk mata memandang."

Puan Karisma gelak. Puan Aishah bukan orang pertama yang cuba 'merisik' anak dara bongsunya itu. Dah ramai orang berkias-kias mahu jadikan Nada sebagai menantu mereka. Tapi, dia sebagai seorang ibu... menolak sopan. Nada masih muda. Tahun ni, usianya baru menginjak ke angka sembilan belas tahun. Lagipula, takkan lah Nada nak langkah bendul. Si sulung Nadirah masih belum berkahwin lagi.

   "Ma, kau tak risau ke Nada pergi Mesir tu? Kut-kut Nada kena kacau pak-pak arab kat sana tu. Nada tu, lawa Ma oi!" Puan Aishah tepuk paha Puan Karisma. Lama juga Puan Karisma diam memikir.

   "Tipu lah kalau aku tak risau, Cah. Nada tu perempuan. Tapi, nak buat macam mana lagi? Nak aku halang Nada tu ke luar negara, aku tak sanggup. Memang itu impian dia dari dulu lagi." Keluh Puan Karisma.

Diam mengambil alih untuk beberapa minit. Bermacam-macam perkara sedang bermain di dalam fikiran dua sahabat itu. Seorang tengah fikir pasal Daffa. Seorang lagi tengah fikir pasal Nada.

   "Kecuali... kalau dia orang berdua tu dah ada ikatan. Contohnya, berkahwin. Nanti kalau dia orang pergi luar negara tu, terjaga la sikit sebab masing-masing dah ada pasangan. Boleh pakai tak idea aku ni, Ma?" Puan Aishah menyinggung bahu Puan Karisma.

Sir, I Heart YouWhere stories live. Discover now