Teaser #8

3.7K 201 8
                                    

"Yusri? Kau buat apa kat sini?" Daffa menyoal, pelik. Sebenarnya dari jauh lagi dia nampak si Yusri ni tengah bercakap dengan Nada. Mahu tak gelabah biawak dia sementelah dia tahu yang si Yusri ni dah lama syok kat Nada. Heh.

   "Eh kau, Daffa. Aku datang jemput anak saudara aku habis sekolah. Kebetulan, ternampak Nada. Tak sangka, kecilnya dunia dapat jumpa dia. Berjodohan kut," seloroh Yusri buat Nada dan Daffa saling berpandangan. Muka Nada dah beriak terkejut, muka Daffa dah macam harimau tunggu masa nak baham mangsa!

   "Errr saya balik dulu. Abang, jumpa kat rumah." Nada pandang Daffa. Sikit pun dia tak jeling si Yusri sebelum tubuhnya diboloskan ke dalam perut kereta. Tak sampai seminit, Nada dah memandu pergi.

Yusri pandang Daffa.

   "Sampai sekarang dia masih panggil kau 'abang' eh?" Yusri bernada cemburu. Daffa angguk kepala.

   "Tapi, kenapa dia cakap jumpa kat rumah? Oh, aku lupa! Kau orang kan berjiran jadi mesti lah kau orang akan berjumpa jugak kan? Untungnya kau, Daffa. How I wish I can be like you. Indahnya hidup!"

Daffa kepal buku lima. Hey, kalau si Yusri ni bukan kawan dia, dah lama dia hayun penumbuk sulungnya ke wajah Yusri. Biar terpelanting sampai siam! Hesy!

Sir, I Heart YouWhere stories live. Discover now