𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

1.4K 111 13
                                    





Thareq | Airis



KAKI bergerak laju sambil mata ralit melilau melihat keadaan kafeteria. Mewah dan kemas. Wajar saja , pesakit pesakit yang dirawat di sini pastinya dari golongan berada.

Sesudah membeli , Airis melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia di situ sebelum menikmati pesanannya. Seketika , deringan telefon bimbit mematikan gerak tubuh Airis.

"Hello..."

"Helloo Mel. Dekat mana? Ni Papa kamu dah sedar. Dia cari kamu."

Suara Puan Rafidah kedengaran di hujung talian. Airis tersentak sebelum bibirnya mengoyak senyum lebar.

"Oh ye ke maksu? Alhamdulillah. Mel tengah makan dekat bawah. Kejap lagi Mel naik." Tidak lama talian diputuskan Airis.

Nafas dihela lega. Syukurlah kalau Inspektor Rizal sudah sedar. Semalam , Inspektor Rizal dilarikan ke Hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Syukurlah tiada yang serius.

Sesaat. Airis berkerut.

Entah kenapa dia terasa seperti diperhatikan , Airis toleh ke kanan. Dan serentak itu lelaki yang mengenakan pakaian hospital berwarna turqoise itu memusingkan tubuh tinggi lampainya. Seakan akan tidak mahu Airis mengesan kehadirannya.

Dahi Airis berkerut halus. Tapi..

Siapa?

"Excuse me? Camellia Airis?" Airis angkat wajah memandang gerangan yang menyapanya. Sebaik matanya memandang gerangan yang menyapa. Airis hampir terlopong. Meskipun wajah lelaki itu kelihatan sedikit berbeza dengan sebelum ini. Airis cukup yakin yang di hadapannya tika ini ialah Thaqif.

"Angah?!" Thaqif gelak besar bila melihat reaksi yang dipamerkan Airis.

"Ye. Angah lah ni." Punggung dilabuhkan pada kerusi yang terletak bertentangan dengan Airis.

Taisirna pernah memaklumkan yang Thareq dan keluarganya sudah berpindah ke luar negara selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dulu.

"Mel ni cover lah sikit malu tahu orang lain tengok?" Seloroh Thaqif sambil bibirnya mengoyak senyum mengusik.

"Mel tak kisahlah orang tengok Mel macam mana sekalipun. Ni angah bila balik Malaysia?" Teruja Airis melontarkan soalan. Gila tak teruja? Thaqif sudah dianggap seperti abang kandungnya!

"Dua bulan lebih dah." Mata Airis membulat.

"Lah. Sampai hati tak bagitahu Mel dah balik." Airis tarik muncung. Thaqif tergelak lagi.

"Bukan macam tu Mel. Nak contact Mel pun tak tahu macam mana. Lagipun angah takut Mel dah tak kenal angah. It's been nine years kut! Lama tu..." Terang Thaqif gelabah. Takut juga kalau gadis itu berjauh hati.

"Angah..."

"Angah dengan yang lain dah macam family Mel tau. Tak kan lah Mel lupa." Airis bersuara lagi. Thaqif kulum senyum.

"Mel pun dah macam family angah tau. Angah minta maaf sebab tak contact Mel." Airis angguk sebelum bibirnya mengukir senyum lebar. Siapa sangka hari ini dia akan bertemu semula dengan Thaqif setelah hampir sembilan tahun tidak bersua muka?

"Mel buat apa dekat sini?" Thaqif menyoal musykil.

"Papa Mel kena warded sebab accident semalam." Thaqif berkerut.

"Lah. Habistu keadaan dia macam mana sekarang. Okay?" Airis angguk.

"Alhamdulillah so far okay. Angah pula buat apa dekat sini?" Giliran Airis pula melontarkan soalan. Soalan Airis buat Thaqif tarik senyum kelat.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now