5 : ✾

639 73 8
                                    

AIRIS menyandarkan badannya pada kerusi empuknya. Memikirkan tentang hala tuju hubungannya nanti bersama Izz. Acap kali Inspektor Rizal menyoalnya tentang hal satu itu.

Pening Airis memikirkannya. Lagi lagi bila hubungan mereka kini menjadi sedikit keruh. Izz langsung tidak mencarinya. Mana mungkin dia pula yang mencari Izz? Tidak , dia tidak mahu digelar desperate lagi.

Tiba tiba wajah Thareq pula menerjah fikiran Airis. Senyuman mengusik yang dulu kerap dirindui selama sembilan tahun , nasihat sayang lelaki itu berikan , teguran lelaki itu semuanya tiba tiba kembali berputar di kotak fikiran Airis.

Lagi lagi bila papanya , Inspektor Rizal sangat akrab dengan Thareq. Memori ketika Thareq menghantarnya tempoh hari kembali terlayar.

Lelaki separuh abad itu lah yang paling kelihatan teruja bila melihat figura Thareq di hadapan daun pintu rumah mereka. Senyuman tawar Airis lorekkan.

Hubungan Izz dan papa juga boleh di katakan baik. Inspektor Rizal melayan Thareq dan Izz dua duanya sama. Namun entah kenapa acap kali nama Thareq yang akan menjadi pujian papanya.

Ketukan pintu membuatkan Airis tersedar dari lamunannya. Selepas memberi arahan masuk kelibat Elmieza menyapa pandangannya. Airis lorek senyum segaris.

"Yes?"

"Bos , ada customer nak jumpa dengan bos." Entah kenapa reaksi Elmieza kelihatan tidak betah. Gayanya seperti resah.

"Siapa?" Soal Airis.

"Datin Sri Marina." Sebaris nama itu membuatkan Airis gugup. Gila , tiada angin tiada ribut kenapa tiba tiba saja wanita berpangkat itu mencemar duli ke butiknya dan mahu berjumpanya? Hairan!

Dalam gugup Airis angguk.

"Oh. Okay. Jemput lah Datin Sri Marina masuk." Lambat lambat Airis memberi arahan. Sekejap saja kelibat Datin Sri Marina muncul di hadapan daun pintu biliknya.

Tidak. Wanita itu tidak berseorangan. Tangan tuanya erat digenggam.. Amelin. Ya. Airis kenal wanita bertudung itu. Dengan penuh angkuh mereka menapak masuk.

Sebaik punggung dilabuhkan. Airis menghulurkan tangannya untuk menyalam wanita itu. Lambat lambat Datin Sri Marina menghulurkan tangannya. Gayanya seperti jijk itu bersentuh dengan Airis.

Airis hulur tangan pada Amelin pula , gadis itu menyambut acuh tak acuh.

"Yes , Datin Sri? Ada apa ya nak jumpa saya?" Penuh berhati hati Airis menyoal. Datin Sri Marina senyum sinis.

"Well , aku nak tempah baju untuk majlis company suami aku sabtu ni. Agak agak sempat tak siapkan tempahan baju aku tu sebelum sabtu ni?" Airis terdiam. Majlis apa? Kenapa dia tidak diberitahu Izz tentang hal itu? Malas mahu memikirkan akhirnya Airis hanya membiarkan.

Sabtu? Hari ini hari ahad. Maknanya berbaki beberapa hari saja lagi. Bolehkah dia? Namun untuk menambat hati bakal mertuanya. Airis angguk tanpa ragu.

"Boleh Datin Sri. Butik kami boleh siapkan tempahan Datin Sri secepat mungkin." Senyuman manis dilakarkan.

Datin Sri Marina senyum herot.

"Okay. Show me your best designs." Laju tangan Airis menujukkan rekaan menarik yang ada di butiknya.

Setelah hampir satu jam. Akhirnya Datin Sri Marina bersetuju dengan satu rekaan baju butiknya. Malah baju untuk Amelin juga ditempah di butiknya.

"Alright Datin Sri , nanti bila baju dah siap staff saya akan inform Datin Sri." Airis tarik senyum manis. Datin Sri Marina senyum herot.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now