8 : ✾

629 66 7
                                    

AIRIS memicit pelipis kepalanya perlahan sebelum pandangan matanya dikalihkan pada Safira dan Taisirna penuh berharap.

Mengharap kedua rakan baiknya itu dapat menyelesaikan masalahnya. Safira hanya memandang Airis dengan gelengan kecil , Taisirna pula melepaskan keluhan berat.

"See? Told you. Izz tu tak serius dengan hubungan korang. Bila aku cakap dulu kau tak percaya. Tengok sekarang?" Safira geleng kesal. Airis hanya menikus. Ada benarnya.

Sejak dia kembali menjalin hubungan bersama Izz , Safiralah orang pertama menentang habis habisan. Entah kenapa , Airis sendiri tidak mengerti.

"Saf , aku sayangkan dia." Gumam Airis perlahan. Safira merengus.

"Dia sayang tak dengan you Aii? Atau you saja yang sayangkan dia?" Duga Taisirna. Airis kerut dahi mendengar bicara Taisirna.

Ruang tamu rumah mewah milik Taisirna terasa membahang.

"Maksud you apa Tai?" Kali ini Safira pula bersuara bagi pihak Taisirna

"Kalau betul dia sayangkan kau. Dia tak akan senang senang ikut cakap mummy dia kahwin dengan perempuan tu Aii. Tak kan itu pun kau tak nampak?" Airis kelu. Ada benarnya. Tapi .. wajar saja kalau Izz akur dengan semua permintaan mummynya, Izz satu satunya permata hati wanita itu. Mana mungkin Izz kecewakan ibunya semata-mata untuk dia.

"Aii , this year you will turning 26. You sendiri cakap you tak nak kahwin lambat kan?" Tangan halus Airis dipegang Taisrina lembut. Tunak matanya menikam anak mata hitam milik Airis.

Mungkin pada pandangan orang ramai , usia Airis masih muda. Mungkin dengarnya Airis seperti tergesa-gesa mahu mendirikan rumah tangga. Namun hakikat sebenarnya Airis juga lelah bila acap kali saudara-maranya yang lain asyik melontarkan soalan tentang bila dia mahu mendirikan rumah tangga. Rata rata saudara maranya sudah sedia maklum tentang hubungan Airis dan Izz. Bertahun tahun menjalin hubungan cinta tapi langsung tiada perancangan untuk membina masa depan bersama?

"Ha Mel , bila nak kahwin? Lama dah mokde tengok kamu dok berkepit ke sana ke mari dengan boyfriend kamu yang model tu. Tak elok bercinta lama-lama , banyak setannya."

"Betul cakap mokde tu. Lagi lagi kamu berdua darah muda. Bahaya."

"Bercinta lama lama tak elok Mel. Lebih baik kamu kahwin , boyfriend kamu tu boleh tahan rupanya. Anak Dato Sri pula tu , tak takut kena caras?"

Kadang Airis cuba memekakkan telinga dari mendengar perlian dan sindiran mereka. Tapi entah kenapa semuanya tidak semudah yang disangka. Bagi saudara mara Airis , Izz tiada niat untuk menghalalkannya , oleh sebab itulah lelaki itu tidak mahu menapak ke langkah seterusnya seperti bertunang atau berkahwin. Namun semua bicara sinis itu Airis tepis atas dasar mempercayai pemilik hatinya , Izz Heykal. Namun lihatlah sekarang , pasti saudara maranya di kampung sudah galak mentertawakannya.

Bukan mahu menuduh , tapi bila menerima text yang dikirim mereka kononnya turut bersimpati dengan nasib Airis membuatkan Airis yakin , saudara maranya kini gembira atas berita tentang hubungannya bersama Izz yang sudah putus di tengah jalan.

Bagaimana saudara maranya tahu?

Hubungan model terkenal dan pemilik butik pakaian terkemuka putus di tengah jalan.

Tidak direstui keluarga? Hubungan yang terjalin lama di antara model tampan , Izz Heykal dan kekasihnya Camellia Airis terlerai.

Anak kepada usahwan ternama Dato Sri Ismail , Izz Heykal akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya , Amelin. Netizen persoal tentang status hubungan Izz dan Airis , teman wanitanya.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now