3 : ✾

673 74 8
                                    

DATIN Munirah menghampiri anak bongsunya. Dia jadi hairan bila melihat Thareq yang sedari tadi senyum dan tergelak sendiri.

"Bercakap dengan siapa tu chik?" Thareq menoleh memandang Datin Munirah yang kini menghampirinya. Thareq pamer senyuman yang tanpa sedar sedari tadi tidak lekang dari bibirnya.

"Ohh , ni myy Camellia." Balasan dari Thareq membuatkan mata wanita yang sudah dimamah usia itu bersinar sinar.

"Camellia Airis ke?" Thareq angguk tanpa ragu.

"Mummy nak bercakap dengan Mel boleh?" Thareq ukir senyum sebelum kembali bersuara.

"Ris , ni mummy nak bercakap kejap dengan kau , boleh? Kau free tak?" Soal Thareq sambil matanya mengerling sekilas mummynya.

Airis sudah bangun dari baringnya.

"Mummy? Free , free! Mana mummy? Rindu ni..." Teruja Airis dibuatnya. Rindu dengan wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya itu.

"Ye , sabarlah. Tahu lah tak suka bercakap dengan aku." Ujar Thareq. Airis gelak kecil.

"Nasib tahu." Thareq mencebik sebelum telefon bimbitnya dihulur pada Datin Munirah.

"Helloo assalamualaikum Mel , anak perempuan mummy sihat?" Ramah Datin Munirah menyoal. Thareq pula hanya lorek senyum memandang wanita tua itu dari sisi.

"Waalaikummusalam , alhamdulillah sihat mummy. Mummy sihat?" Airis menyoal ceria.

Soalan Airis nyatanya membuat Datin Munirah tersenyum nipis.

"Macam ni lah Mel. Mel bila nak datang sini jumpa mummy? Mummy rindu sangat tau dekat Mel!" Airis senyum hambar. Tiba tiba teringat pada Datin Sri Marina , kalaulah Datin Sri Marina bersikap ramah seperti Datin Munirah , pasti semuanya akan menjadi lebih mudah.

"Mel pun rindu sangat dekat mummy. Nanti kita keluar sama sama okey?" Airis bersuara lagi.

"Keluar? Yang itu mummy kena tanya angah kamu dulu." Kata kata Datin Munirah membuatkan dahi Airis berkerut. Kenapa kena minta kebenaran Thaqif pula?

Thareq berdehem.

"Mummy... ubat dah makan?" Thareq yang sudah dapat mengagak apa yang kini berada di fikiran Airis laju menukar topik.

Datin Munirah menggeleng kecil.

"Mummy dah makan?" Datin Munirah geleng lagi. Thareq mengeluh lembut sebelum tangan kanan mummynya ditarik lembut.

"Mummy.. angah dah pesan kan? Mummy tak boleh makan lambat. Penat tau achik masak untuk mummy. Now mummy turun makan dulu ..  nanti achik turun okay? Bagi achik settle kejap dengan Mel. Boleh?" Lembut saja nada yang digunakan Thareq memujuk Datin Munirah.

Dan tanpa sedar bibir Airis menguntum senyuman kecil di hujung talian. Tersentuh dengan sikap Thareq yang satu itu.

"Hello." Suara serak serak basah Thareq mengembalikan semula Airis ke dunia nyata. Airis berdehem kecil.

"Airis... are you okay?" Dahi Airis berkerut kecil.

"Kenapa tiba tiba tanya?" Soalan dibalas soalan. Thareq diam.

"Nothing , this thing keep bothering my mind." Kedengaran Thareq menghela nafas berat. Keadaan hening seketika.

"Aku minta maaf fasal haritu. Aku tahu aku tak patut cakap macam tu. Aku tahu benda tu kacau fikiran kau. I'm trully sorry Ris."

Jeda.

"Req.."

"Mana kau tahu benda tu kacau fikiran aku?" Soalnya ingin tahu. Thareq yang mendengarnya jadi serba salah.

"Ris , aku.." Kata kata Thareq dipotong Airis.

"Its not your fault Req. Betul juga apa yang kau cakap haritu. Aku sepatutnya boleh agak yang Izz tak serius dengan hubungan kami." Benarkan?

Airis hela nafas panjang.

"Aku tak tahulah Req. Aku rasa macam..."

"Dah tawar hati dengan Izz.."

Thareq diam , menanti kata kata seterusnya dari gadis itu.

"Lepas kita jumpa kelmarin. Izz datang jumpa aku. Masa tu aku tanya dia bila nak bawa aku jumpa mummy dia. And dia cakap aku ni macam desperate nak kahwin. Dia ingat aku ni apa? Aku ni perempuan , Req. Aku tunggu dia lama tau. 10 tahun Req. Orang lain tiga tahun bercinta dah kahwin, aku ni? Aku fikir balik , sampai bila aku kena tunggu dia? Papa asyik tanya aku , bila aku nak kahwin. Dan macam macam alasan aku bagi pada papa , Req. Semuanya sebab aku tak nak Izz nampak buruk pada mata papa." Luar Airis menahan esak.

"Tapi , kali ni aku tekad Req. Kalau dalam tahun ni juga dia tak ada bawa aku jumpa Datin Sri. Aku rasa hubungan aku dengan Izz memang sampai sini je." Cerita Airis lagi.

Thareq sendiri tidak boleh mentafsirkan perasaannya tika ini. Bahagia? Mungkin ya. Bahagia bila Airis seolah olah akan berpaling pada Izz. Airis akan bebas dari ada apa apa ikatan bersama adik tirinya , Izz Heykal. Namun , bahagiakah dia bila mendengar suara Airis yang kini berubah serak atau lebih tepatnya sedang menahan sebak?

Atau dia perlu turut bersedih? Tapi mengapa pula dia perlu bersedih? Bukankah ini yang dia mahu sejak dulu? Bangkit melawan penyakitnya dan kembali menjalin hubungan cinta dengan Camellia Airis? Nama yang dari dulu sudah terpahat di pintu hatinya.

Thareq pejam matanya kejap sebelum mula bersuara.

"Fikir betul betul Ris. Kau yang bercinta 10 tahun dengan dia. Kau sanggup ke nak lepaskan Izz macam tu je?" Entah kenapa kata kata itu terlepas dari bibir Thareq.

Kenapa dengarnya seperti dia sedang membela Izz pula?

"10 tahun bercinta pun tak guna kalau dia pun tak ambil serius tentang hubungan kami , Thareq." Tekan Airis keras. Betulkan? Buat apa dia berharap pada Izz kalau Izz lagaknya seperti tidak serius dengan hubungan mereka?

Airis lepaskan keluhan berat buat selain kalinya.

"Dah lah , let's change the topic. Oh my God , what a boring topic." Gumam Airis. Seketika barulah Airis teringat sesuatu.

"Oh ya. Tadi kenapa mummy cakap kena minta izin angah dulu eh kalau nak keluar? Tak , aku bukan apa. Kenapa tak minta izin kau ke along ke? Kenapa mesti angah? Also mummy sakit apa? Kenapa kau suruh mummy makan ubat?" Bertalu talu soalan dilontarkan Airis. Pening Thareq dibuatnya.

"Kau ni kan , nak ganti tempat aku pula ke jadi wartawan?" Sindir Thareq. Airis mencebik.

"Thareq..." Thareq tarik sengih mendengar balasan dari Airis. Seketika nafas dihela berat.

Sunyi. Keadaan bertukar sunyi bila masing masing memilih untuk mengunci mulut.

"Hepatoma." Sebaris perkataan itu makin membuatkan dahi Airis berkerut seribu.

"I beg your pardon?" Thareq senyum hambar.

"Datin Munirah binti Syed Rashid pesakit kanser hati tahap 3." Dan serentak itu Airis terasa tubuhnya hampir rebah.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now