6 : ✾

583 72 15
                                    

KAKI terus diatur keluar dari rumah agam itu. Tidak betah berlama lama di situ. Tubir mata sudah terasa hangat. Malu. Kecewa. Sakit. Semuanya bercampur baur. Lagi lagi bila melihat Izz genggam tangan Amelin tadi. Lagi membuatkan Airis serasa mahu pitam.

Kereta dipandu tanpa hala tuju. Jam yang menunjukkan 11 malam langsung tidak memberi kesan pada Airis.

Akhirnya kereta mewahnya di berhentikan di sini..

Sebaik pesanan yang dipesan tadi diterima , air haram itu diteguk tanpa berfikir waras. Sungguh malam ini Airis langsung tidak ambil peduli dengan keadaan sekelilingnya. Dia seolah olah hilang pegangan.

Apa yang ada di fikirannya tika ini hanya untuk melupakan segala yang berlaku malam ini. Dia tertekan. Kecewa. Langsung tidak pernah terfikir hubungan yang dijalin selama 10 tahun akhirnya berakhir begini.

Ke mana pergi semua janji yang ditabur Izz dulu?

Air mata yang sedari tadi tidak berhenti mengalir dikesat kasar. Wajah ditekup. Kecewa. Sungguh , Airis ralat dengan apa yang berlaku. Kepala Airis semakin memberat. Efek minuman keras itu sudah mula terasa.

Namun Airis masih belum puas. Minuman itu kembali diteguk rakus. Tangan pula sudah menyeluk beg tangannya. Kotak rokok ditarik keluar.

Lama Airis menatap kotak berwarna merah yang dibelinya minggu lalu itu dengan perasaan bercampur baur. Meskipun tahu rokok akan memberi kesan teruk padanya kelak , Airis langsung tidak peduli.

Ini bukan kali pertama dia mengambil rokok sebagai cara untuk menyelesaikan masalahnya. Ya. Beginilah dia ketika terlampau tertekan. Asthma? Persetankan semua tu!

Dengan keadaan separuh sedar Airis sisip sebatang rokok di bibirnya. Baru saja lighter ingin dinyalakan , rokok di bibirnya ditarik kasar.

Serentak itu Airis angkat wajahnya. Terkejut bukan ke palang Airis bila melihat Thareq yang kini muncul di hadapannya.

"Thareq.." Wajah bengis Thareq membuatkan Airis kecut perut. Meskipun hanya berbekalkan cahaya lampu yang malap. Wajah tampan itu masih jelas kelihatan bengis memandangnya.

"Kau buat apa ni Airis? Hilang akal lepas dapat tahu Izz nak kahwin dengan Amelin? Tak boleh berfikir guna otak? Mana baik mana buruk dah tak boleh bezakan?" Sembur Thareq kasar. Dadanya berombak laju. Berkerut kerut wajah tampan itu mencerlung memandang wanita di hadapannya tika ini.

Wajah Airis yang kini sedang mengukir senyum kecil itu dipandang lama.

Don't say...

"Hey..are you drunk? Kau minum?" Rahang Airis dicengkam Thareq lembut. Serentak itu bau minuman keras menyusup masuk ke dalam hidung Thareq.

Tahulah Thareq wanita itu sedang dalam keadaan mabuk. Airis hanya mengendahkan bicara Thareq. Cengkaman Thareq di rahangnya ditolak lembut. Tangannya berura-ura untuk mencapai gelas itu dipegang Thareq kejap.

"Hell no , Airis." Tegahnya tegas.

"Ikut aku. Balik." Arah Thareq mendatar. Airis merentap tangannya laju. Wajah tampan Thareq direnung tajam.

"Aku taknak balik. Kau nak balik , kau baliklah." Arahnya sambil memandang wajah tampan Thareq tajam. Sekaligus memberitahu Thareq , dia benar benar maksudkan kata katanya.

Thareq melepaskan keluhan berat. Pelipisnya diurut perlahan sebelum kembali bersuara.

"Ris , come with me. Please. Kita balik , okay?" Pujuk Thareq lembut. Berusaha memujuk gadis itu pulang. Airis geleng.

"Taknak lah. Kau ni tak faham bahasa ke?" Marah Airis bengis. Tubuh tinggi lampai yang kini hanya mengenakan kemeja putih itu dijeling tajam. Tangan sekali lagi cuba mencapai gelas minumannya sebelum sekali lagi Thareq lebih tangkas menangkap gelas itu. Bengang Thareq dibuatnya.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now