4 ; Kidnapped

398 65 11
                                    

" Joo Hyerin. Seorang wanita yang berumur 23 tahun masih hilang tanpa jejak sejak tiga hari yang lepas. Kebelakangan ini, sudah empat wanita hilang secara berturut-turut. Pasukan polis sedang bergiat aktif dalam mencari gadis-gadis tersebut. Dinasihatkan kepada para wanita di luar sana untuk berhati-hati ketika berada di luar rumah. "


" Chaerin! Aku nak keluar sekejap tahu! "


" Haih! Kau ni nak pergi lewat-lewat malam macam ni? " Chaerin merapatkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Arin yang berada di muka pintu itu dipandangnya tajam.

" Alo, kenapa marah-marah ni? Aku nak pergi beli barang dapur la. Dah nak habis semua. Esok aku tak sempat nak singgah kedai. " Balas Arin.

Chaerin menghela nafasnya perlahan.

" Tak marah. Nasihat. Kau tahu tak sekarang ni dah empat wanita seusia kita yang hilang tau. Dahlah. Kau pergi esok je. "

" Ala, Chaerin! Aku janji lepas aku beli barang, aku terus balik rumah. " Pinta Arin bersungguh.

Sungguh dia begitu malas hendak pergi beli barang esok. Sudahlah dia sibuk. Baik dia pergi beli barang sekarang memandangkan dia ada masa terluang.

" Hisy, yelah. Tapi kalau kau balik lambat, aku kunci pintu. Tidurlah kau dekat luar. " Ugut Chaerin.

" Yelah. Aku balik awal. "

- - - -

" Ish, banyak la pula barang aku beli. "

Rungut Arin. Tangannya mengangkat beberapa beg plastik yang mengandungi barang-barang dapur.

Matanya memandang ke arah persekitaran di luar supermarket itu. Gelap dan sepi.

Di dalam hati, dia mengucapkan kata-kata kesal kerana tidak menurut cakap Chaerin supaya tidak keluar malam.

Sedang dia berjalan untuk pulang semula ke rumah sewanya, entah kenapa dia terasa ada orang mengekorinya dari belakang.

Namun Arin tidak mengendahkannya. Mungkin perasaannya saja.

Dia terus berjalan. Tapi kali ini sedikit laju agar dirinya cepat tiba di rumah.

Sehinggalah...

Ada seseorang menyentuh bahunya dari belakang.










《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now