13 ; Unexpected Guest

335 60 4
                                    

" Keluarlah, honey. You can hide but you can't run from me. "

Ujar San sedikit kuat. Tangannya kemas memegang pisau sambil mencari keberadaan Arin di ruang tamu itu.

Arin pula berada di belakang sofa dengan perasaan gemuruh. Semasa di bilik stor tadi, Arin sempat melarikan diri ke ruang tamu. Tetapi entah bagaimana San seperti tahu-tahu sahaja dia lari ke mana.

Akhirnya San keluar dari ruang tamu itu. Arin menghela nafas kelegaan. San tidak menjumpainya di belakang sofa itu. Arin terus mengunci pintu ruang tamu itu agar San tidak masuk ke situ lagi.

" Apa aku nak buat sekarang? Yes! Call police! "

Arin mula menyeluk tangannya ke dalam poket untuk mencari telefonnya. Namun malangnya, dia baru teringat yang dia tertinggal telefonnya di stor tadi.

Arin mengeluh kecil. Sudahlah di dalam ruang tamu ini langsung tak ada tingkap. Bagaimana dia hendak melarikan diri?

Air matanya mengalir menuruni pipi. Rasa menyesal mula bertapa di hati kerana tidak mengendahkan amaran Chaerin dulu.

Sekejap lagi pasti San akan menjumpainya—


TOK! TOK!


Bunyi ketukan pintu itu mengejutkan Arin. Arin menapak beberapa langkah ke belakang. Jantungnya berdegup laju.

Adakah San sudah menjumpainya? Adakah dia akan dibunuh sekarang?


TOK! TOK! TOK!


Bunyi ketukan itu berlanjutan. Namun Arin masih statik di tempatnya berdiri. Tidak berani untuk membuka pintu. Sehinggalah... suara seseorang kedengaran di luar pintu.

" Arin? Kau ada dekat dalam ke? "



" C-Chaerin... ?










《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now