15 ; Monster

373 59 32
                                    

" Aku tak faham. Kenapa kau orang buat macam ni? Apa salah orang yang kau orang bunuh tu? " Dengan beraninya Arin menyoal.

Dia masih berusaha untuk melepaskan diri daripada rantai besi yang mengikat kakinya itu walaupun dia tahu agak mustahil untuk dia terlepas daripada ikatan yang kemas itu.

" Sudah semestinya untuk duit, sayang. Even bebola mata kau pun boleh cecah 30 juta won. " Balas San. Senyuman jahatnya sentiasa lekang di bibir.

Lelaki itu mengusap mukanya lembut. Arin juga berasa jijik apabila lelaki psiko itu menyentuhnya. Pandangannya beralih pula ke arah Chaerin yang melilitkan tangannya di lengan San.

" Dan kau... Kenapa kau buat aku macam ni, Chaerin? I thought we are friends. But no. You're just a monster. " Arin memandang ke arah Chaerin dengan riak kecewa terlukis di wajahnya.

" Kawan? Kawan apa yang sanggup tinggalkan kawan dia demi lelaki? " Balasan sinis daripada Chaerin membuatkan Arin terkelu.

Chaerin tersenyum sinis apabila Arin diam secara tiba-tiba. Mungkin kerana sentap dengan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Dia mendekati Arin yang diikat di katil itu lalu berbisik...


" Kalau aku monster, kau pula bodoh... Choi Arin. "


Chaerin memandangnya tajam.

" Ini semua merupakan satu permainan... Yang aku dan San cipta. Khas untuk kau, Arin. Aku tahu kau takkan dapat tahan dengan lelaki yang ada rupa seperti San. Jadi, aku dan dia bersepakat untuk jadikan perempuan yang bodoh macam kau sebagai mangsa kita orang yang seterusnya. Betulkan, sayang? "

San hanya mengangguk lalu Chaerin mencium bibirnya lembut. Dia memandang semula ke arah Arin.

" Kau... Sama sahaja dengan mangsa kita orang yang sebelum ni. Tak seronok langsunglah. Tak ada ke mangsa yang bijak sikit? " Chaerin tergelak jahat secara tiba-tiba.

Mulut Arin terkunci. Air mata mengalir di pipi.

Betul kata Chaerin. Kenapalah dia begitu bodoh sehingga tidak dapat menghidu kejahatan di sebalik godaan itu?

" Dah tak ada guna, kau menyesal sekarang. " Ujar San secara tiba-tiba. 

Lelaki itu mengambil sepucuk pistol dari poketnya lalu muncung pistol itu menghala ke arah Arin.



" Lagi cepat kau mati, lagi cepat duit masuk. "













BANGGG!






















《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now