16 ; Got You Again

507 71 39
                                    




" Arin. "

" Yah, Choi Arin! "


Arin tersedar dari lenanya. Dia memandang ke arah orang yang membangunkannya itu. Mata Arin membulat.

" Chaerin-ah, jebal! Aku minta maaf! Tolong jangan sakiti aku. " Arin melutut di kaki wanita itu sambil menangis teresak-esak.

Wanita itu memandang Arin pelik. Jika masih ada pelanggan di kafe itu, sudah semestinya para pelanggan juga turut hairan dengan kelakuan Chaerin.

Tapi kenapa rakan baiknya itu melutut di kakinya? Dan... Siapa pula Chaerin tu?

" Arin, kau mimpi buruk ke? Dah lah, bangun. Aku ni, Jeon Yurin. Bukan Chaerin. " Yurin menarik Arin dari terus melutut di kakinya.

Arin merenung mukanya lama sebelum menggeleng laju.

" Tipu! Kau Kim Chaerin! Kau dengan San cuba nak bunuh aku! " Bentak Arin.

Semakin bingung Yurin dibuatnya. Siapa pula San tu?

" Aku tak tipu, Arin. Cuba tengok name tag aku ni. "

Dengan perlahan Arin mengangkat muka. Melihat ke arah tanda nama yang tersemat di baju Yurin.

'Jeon Yurin'

" Tak- Tak mungkin. Kau... Tipu aku kan? Kau ni menyamar jadi orang lain ke Chaerin? " Arin menggelengkan kepalanya. Menidakkan kenyataan.

Yurin mengeluh kecil. Entah macam mana lagi dia mahu membuat Arin percaya.

" Ya, aku Jeon Yurin. Kawan baik kau. Teman sekerja kau. Teman serumah kau. "

Arin terdiam. Masih memproses kata-kata Yurin tadi.

" Ngeri betul mimpi kau sampai ada orang nak bunuh kau pula. Aku rasa better kau balik rumahlah, Arin. Nanti aku cakap dekat pengurus yang kau tak sihat. Aku balik jer dari tempat kerja malam ni, ikut aku pergi klinik okay? "

" Tapi– "

" Ah, tak ada tapi-tapi. Pergi balik sekarang. "

Yurin terus menolaknya sehingga dia berada di depan pintu kafe.

- - - -

" Hisy... Pelik betullah. Maksudnya, San dengan Chaerin tu tak wujud ke? Semuanya hanya mainan tidur saja? " Fikir Arin.

" Tapi... Kenapa macam real sangat? Dan... Kenapa muka Yurin memang sebijik macam Chaerin? "

Arin menggelengkan kepalanya. Betul kata Yurin.

Situasi yang dialaminya hanyalah mimpi semata-mata. Mungkin kerana terlalu stres bekerja. Dia hanya memerlukan rehat dan melupakan mimpi itu.

Sedang Arin berjalan untuk menuju ke rumah, tiba-tiba mulutnya ditekup.

Badannya ditarik kasar oleh seseorang menuju ke sebuah lorang.

Arin tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana terkejut. Lelaki yang memakai mask berwarna hitam itu dipandang. Arin tidak mampu mengecam wajahnya kerana diselindung oleh penutup muka.

" Finally I got you again, baby. "

Mata Arin membulat. Suara itu. Dia sangat kenal akan pemilik suara itu—

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia membuka penutup mukanya dan menunjukkan keseluruhan wajahnya kepada Arin.










" That dream is not the end. Let's restart our game, sweetheart. "











• the end •


A/N : thank you for those who are reading. i hope you enjoy it : )

( sorry jugak kalau ending dia ke laut lol tak reti sangat buat fanfic genre macam ni )

《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now