10 ; Marry

358 62 26
                                    

Setahun.

Setahun sudah berlalu dan hari ini, merupakan hari pertama dia digelar isteri kepada San. Namun Arin mengeluh perlahan apabila dia teringatkan Chaerin.

Ya, dia membantah keras keputusannya untuk berkahwin dengan San. Pada malam Arin menyuarakan hasratnya untuk menjadi suri hati lelaki itu, Chaerin membantah habis-habisan.

Agak teruk juga mereka bertikam lidah pada hari itu. Akhirnya, Chaerin membuat keputusan untuk pindah keluar dari rumah sewa dan berhenti bekerja di kafe. Dengar kata dia sudah membawa diri ke London.

Sejujurnya Arin masih sayang akan rakan baiknya itu. Tetapi dia tidak faham kenapa Chaerin begitu membantah hubungannya dengan San. Kenapa Chaerin mengongkong hidupnya?

Arin terlalu sibuk memikirkan tentang Chaerin sehingga dia tidak sedar si suami di sebelah sudah memuncung bibir kerana tidak dipedulikan.

" Awak~ Sampai hati awak abaikan suami awak ni? "

Arin tersentak dari lamunannya. Dia menoleh ke arah San sambil tersenyum kecil.

" Sorry. Dah nak pergi kerja ke? "

" Ya. Tolong pakaikan tali leher. " Pinta San.

Arin hanya menurut. Tali leher itu disimpulkan dengan kemas di kolar baju San. San tersenyum lalu bibirnya mendarat di dahi Arin.

" Thanks. Duduk rumah elok-elok. Saya balik malam hari ni. "

" Ya, awak pun sama. Take care. " Arin menitipkan pesanan.

San tersenyum. Sebaik sahaja kereta yang dipandu San keluar dari kawasan rumah, Arin menutup pintu.

Sebenarnya dia tidak tahu pun apa pekerjaan suaminya itu. Dia pernah bertanya dan San kata dia hanya buka business. Business apa, Arin tidak ambil tahu pula.

Biarlah. Asalkan pekerjaan dia tidak haram.










《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now