5 ; Confession

396 67 44
                                    

" Hey, hey. Relax. It's just me. "

Perlahan-lahan Arin membuka kantung matanya. Dia menghembuskan nafasnya perlahan tanda kelegaan. San yang berada di hadapannya itu dipandang.

Jujur dia katakan yang lelaki itu memang kacak walaupun hanya memakai hoodie hitam dan seluar tight sahaja.

Namun perasaannya cuba dikawal. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengagumi kekacakan lelaki itu.

" Apa awak buat dekat sini malam-malam macam ni? " Soal Arin.

" Sepatutnya saya yang tanya awak. Awak buat apa dekat luar lewat malam macam ni? Bahaya tahu. Banyak perempuan seusia awak hilang sejak kebelakangan ni. " Soal San semula. Air mukanya jelas menunjukkan bahawa dia sedang risau.

" Ah, saya beli barang dapur. Dah nak balik dah ni. "

" Jom, saya temankan. "

Terbeliak mata Arin dengan tawaran San yang secara tiba-tiba itu.

" Eh, tak apalah! Susahkan awak saja. Awak pun mesti ada urusan lain nak dibuat. " Tolak Arin.

" Tak susah punlah. Saya baru balik dari gym. Jadi saya tak ada urusan apa-apa sekarang. "

Arin tidak membalas apa-apa. Dia masih berasa ragu untuk menerima ajakan lelaki itu.

" Come on. Tak perlu fikir apa-apa lagi. "

Dengan sekelip mata San merampas ke semua plastik-plastik yang mengadungi barang dapur itu daripada tangannya.

" Tak berat ke bawa semua tu? Bagilah saya bawa separuh– "

" Gwenchana. Saya lelaki. Setakat angkat barang-barang ni apalah sangat. Sekarang, tunjuk saya arah nak pergi rumah awak. " Balasnya lembut.

Arin menghela nafasnya perlahan.

" Arah sini. "

- - - -

" San-ah. Gomawo. Saya banyak terhutang budi dengan awak hari ni. " Ucap Arin sebelum masuk ke dalam rumahnya.

" Alah, hal kecil saja. Awak boleh minta tolong daripada saya bila-bila masa awak nak. Saya sudi menolong. " Balas San dengan senyuman.

" Apa yang saya boleh buat untuk balas jasa awak? "

San menyentuh dagunya. Kelihatan seperti berfikir jawapan untuk membalas pertanyaan Arin tadi.

" Saya suka awak. "

Tiga patah perkataan yang ringkas. Namun mampu membuatkan muka Arin naik merah.

Gila. Ini semua gila.


San baru sahaja cakap bahawa dia sukakannya ke?










《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now