7 ; Kiss

411 65 34
                                    

Suasana di kafe hari ini begitu sibuk kerana pelanggan yang tidak putus-putus masuk sejak pagi tadi. Apabila  sudah petang, barulah Arin berpeluang untuk berehat sebentar.

" Ya, encik nak pesan apa? "

Soal Arin tanpa memandang ke arah pelanggan yang berada di hadapan. Tangannya ligat menulis sesuatu di atas kertas kecil.


" Tolong hantarkan dua ice americano dan Cik Choi Arin ke meja saya. "


Arin berhenti menulis. Dahinya berkerut. Siapa dia? Bagaimana dia mengetahui namanya? Akhirnya dia memandang ke arah pelanggan yang berada di hadapannya.

" San... Awak buat apa dekat sini? Hari ni hari selasa. "

Soal Arin. Agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu hari ini. Bukankah dia hanya datang ke sini pada hari isnin dan jumaat?

San tertawa halus.

" I know today is Tuesday. But I can't wait until Friday to meet you. "

" Ahh, awak nak jumpa saya? " Soalnya.

San dengan pantas mengangguk.

" Jom duduk. Saya nak cakap sesuatu. "

" Tapi saya kena jaga counter— "

Tiba-tiba lengan Arin dicuit seseorang. Arin menandang ke arah Chaerin yang berada di sebelahnya.

" Pergilah. Biar aku yang jaga counter. " Ujar Chaerin kepadanya.

" Tak apa ke? "

" Tak apa. Pergilah. Nanti lama dia tunggu. "

Arin tersenyum lalu mengangguk.

" Thanks tau.

- - - -

" Awak nak cakap apa? " Soal Arin sambil menghirup sedikit ice americano yang dipesan San.

Sebenarnya dia tidak berapa suka akan minuman itu kerana rasanya yang pahit. Tapi demi San, terpaksalah dia hadap minuman itu. Dia pun tidak faham kenapa ramai orang yang gemar akan minuman pahit itu.

" Sehari dah berlalu. Jadi saya nak tahu jawapan awak. " Balas San berterus terang.

Arin terdiam seketika. Dia kaget. Dia ingatkan yang San hanya main-main sahaja apabila dia kata yang dia menyukainya. Tak sangka pula... lelaki itu serius?

" A-Awak serius ke masa tu? Saya... ingat awak main-main. "

San tertawa kecil.

" Saya bukannya jenis orang yang suka main-main tentang hal ni. Kalau saya betul-betul suka, saya akan terus terang.

Arin terdiam. Tidak tahu hendak membalas apa. Semuanya bagaikan mimpi. Lelaki yang selalu diperhatinya dari jauh dalam diam menaruh minat padanya juga?

Oh tuhan jikalau ini semua mimpi, dia tidak mahu bangun.

" Orang kata kalau diam tu tandanya setuju. Awak diam. So— "


Chup!


Arin kaget. Dia memegang pipi kirinya. Gilalah. Lelaki yang diminatinya itu baru sahaja melayangkan ciuman di pipinya ke?

San tersenyum. Menampakkan lesung pipitnya.

" Day one. Hari ni hari pertama kita sebagai pasangan. Jadi saya hadiahkan ciuman. "










《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now