14 ; Kill

362 59 23
                                    

" Chaerin! "

Sebaik sahaja Arin membuka pintu, tubuh Chaerin yang berada di hadapannya terus dipeluk.

" Chaerin... Aku minta maaf. Sebab aku tak ikut nasihat kau. San nak bunuh aku, Chaerin... " Arin mula menangis di bahu rakan baiknya itu.

Chaerin menepuk belakang Arin. Cuba untuk menenangkan rakan baiknya itu.

" Shh... Gwenchana. Now I'm here, right? You have to be quiet. Or else, he will find us. " Ujarnya.

Arin mengesat air matanya yang masih bersisa. Wajah Chaerin dipandang.

" Tapi... Macam mana kau tahu true side San yang sebenarnya? Macam mana kau tahu aku dekat mana? " Soal Arin.

Yelah. Dia pelik juga. Bagaimana Chaerin boleh muncul secara tiba-tiba di sini? Bukankah dia sudah membawa diri ke London?

Chaerin terdiam. Soalan Arin tidak dijawab.

Arin memandang Chaerin pelik.

" Chaerin... kenapa— "


Klakk!


Arin membulatkan matanya. Melihat ke arah pergelangan tangannya yang telah digari oleh Chaerin sendiri.

" Chaerin... Apa semua ni? "

Dia memandang ke arah Chaerin. Cuba meminta penjelasan atas tindakannya itu. Namun, Chaerin hanya membalas dengan senyuman sinis meniti di bibir.

" Baby! Come here. We got her! "

Sebaik sahaja Chaerin melaung ayat-ayat itu, San terus muncul di muka pintu dengan senyuman seram terukir di bibirnya.

" Good job, babe. "

Arin cuba untuk berlari keluar memandangkan hanya tangannya sahaja yang diikat dan bukan kakinya.

Namun harapannya punah. San sempat menahannya sebelum dia berlari lebih jauh. San mengangkatnya lalu mengehempas badannya di sebuah katil yang berada di bilik lain.

" Chaerin, pergi ambil rantai besi and tie her to the bed. Now. " Arah San. Chaerin hanya patuh. Dia keluar dari bilik itu untuk mengambil barang yang dikehendaki San.

San memandang pula ke arah Arin yang bertungkus lumus untuk melepaskan diri dari cengkamannya.

" Kau tak perlu nak bersusah payah. Lambat-laun, kau akan mati juga. "

Senyuman sinis terukir di bibir San.









《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now