11 ; The Truth

345 64 21
                                    

Arin hanya berdiri di hadapan pintu bilik stor itu dengan pandangan kosong.

Sebelum mereka berkahwin lagi, San sudah berpesan bahawa di dalam bilik itu hanya ada barang-barang lama.

Tapi entah kenapa, fikiran Arin diserang dengan rasa curiga yang membuak-buak. Agaknya apa yang ada di dalam?

Perlahan-lahan tangan Arin menuju ke tombol pintu. Alah, tengok sekejap tak apa kan? Takkanlah San sanggup memarahinya pula.

Tombol pintu itu dipulas. Oh suprisingly. Pintu itu tidak berkunci.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Arin memandang di sekeliling bilik itu.

Bersepah seperti kapal pecah.

Di atas lantai, penuh dengan kertas-kertas dan keratan akhbar. Begitu juga di dinding.

" Haih, kenapa bersepah sangat ni? " Arin menggelengkan kepalanya. Sehelai keratan akhbar yang bertaburan di atas lantai itu diambil.


HILANG TANPA JEJAK! JOO HYERIN, WANITA KEEMPAT YANG HILANG PADA TAHUN INI


Joo Hyerin? Nama itu kelihatan familiar...

Ah, baru dia teringat! Wanita yang pernah menjadi buah mulut seluruh masyarakat Korea pada tahun lepas kerana lesap tanpa sebarang berita.

Arin mengutip keratan-keratan akhbar akhbar yang lain pula. Dibacanya satu persatu dengan kerutan di dahi.


Jung Yerim.

Kang Minju.

Park Shihyeon.

Min Yoona.


Cukup kelima-lima wanita yang hilang pada tahun lepas. Persoalannya...

Kenapa suaminya masih menyimpan artikel-artikel ini?

 Arin tidak berpuas hati. Dia masih memerlukan jawapan bagi soalan-soalan yang bersarang di fikiran.

Arin memandang sekeliling stor itu. Akhirnya, sebuah fail yang berwarna biru cair menarik perhatiannya. Tangannya ligat membuka fail itu lalu kertas-kertas yang berada di dalamnya dibaca.

Peluh dingin mula mengalir di dahi. Tangan Arin menggigil teruk. Bulu romanya mencanak naik. Masih tidak percaya dengan apa yang dibacanya sebentar tadi.

 Tak mungkin... Suaminya itu—


KREKKK!


Pintu bilik stor itu dibuka. Lalu derapan tapak kaki seseorang kedengaran. 

Arin membisu seribu bahasa. Dia hanya menundukkan muka ke lantai. Dia tahu... Siapa yang membuka pintu itu. Dia ingin lari. Tetapi kakinya seperti terlekat di lantai. Langsung tidak boleh bergerak.

Akhirnya bunyi derapan kaki itu berhenti. Betul-betul rapat di belakangnya. Di dalam hati, Arin berdoa bersungguh-sungguh agar dirinya dapat menyelamatkan diri daripada 'raksasa' yang berada di belakang.

Tubuh Arin semakin kaku tatkala lelaki itu bertindak untuk memeluknya dari belakang.

Lelaki itu mengukir senyuman sinis.






" Are you lost, babygirl? "














《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now