3

611 102 20
                                    

Aku melihat diri aku di hadapan cermin. Cantik? Tak juga. Seksi? Tak juga.

Tapi,kenapa aku sedih?

"Pengantin perempuan?" aku menoleh. Kelihatan seorang wanita bersama anak nya memandang aku lama.

"Hai. Saya Diana." kata nya smbil tersenyum. Aku menyambut huluran salam nya.

"Maaflah mengganggu. Saya datang nak berkenalan." kata Diana. Senyuman nya tidak lekang daripada bibirnya. Manis sahaja orang nya.

"So, dah berapa lama awak kenal Mark?" tanya Diana.

"Em, sebulan." jawab aku tergagap-gagap. Mungkin Diana ni kawan Mark agak nya.

"Aisyah, pegi salam aunty." kata Diana. Budak perempuan kecil itu mendekati aku lalu salam dihulurkan.

"Hai." jawab aku sambil senyum segaris. Budak perempuan itu hanya senyum lalu berlari kepada ibu nya.

"Gementar ke? Heheh, jangan risau. Perkahwinan ni sekejap je." kata Diana. Aku senyum kelat.

Aku berasa tidak senang duduk. Diana daripada tadi hanya memandang aku dengan senyuman yang...aku pun tak dapat nak jelaskan.

"Kenapa? Ada..apa-apa dekat kepala saya ke?" tanya aku. Diana menggeleng sambil tersenyum.

"Tak lah. Hehehe." kata Diana. Tangan aku secara tiba-tiba dipegang oleh nya.

"Awak jaga Mark elok-elok tau. Dia sangat sayangkan awak tau." kata Diana dengan satu senyuman manis.

Aku bertambah runsing. Sayang? Aku baru kenal dia tak sampai setahun. Macam mana dia boleh wujud perasaan sayang tu?

..................

Aku...dah di satukan dengan Mark. Aku masih bingung. Semua orang membuatkan aku runsing.

"Humairah, awak nak berehat dulu ke?" tanya Syarah. Aku memandang nya sambil menggeleng.

"Awak dah berpeluh sangat tu. Pergilah mandi." kata Syarah. Aku mengangguk perlahan.

Aku mengorak langkah ke bilik tidur aku. Semua baju aku sudah tiada. Mana pulak peginya?

"Cari ape tu?" tanya seseorang. Aku menoleh.

"Saya cari baju-baju saya. Ada nampak?" tanya aku lembut.

"Saya dah pindahkan ke bilik saya."

What the—

"So, sila lah mandi di bilik 'kita'." perkataan kita itu sengaja ditekan kan oleh Mark. Aku hanya berdiri sambil menahan malu.

Selesai aku menguruskan diri, aku terdengarbunyi seseorang di bawah. Aku terkejut.

"Mark?" aku terkejut. Aku lihat Mark jatuh ke lantai. Seorang lelaki dengan perasaan marah nya mendekati Mark.

"Apa kau buat ni Mark !" jerit nya. Beberapa orang lelaki menghentikan perbuatan lelaki yang sedang dilanda kemarahan itu.

"Jaehyun. Sabar. Kau jangan macam ni." kata Jaemin. Lucas secara tidak sengaja terpandang aku.

"Humairah." aku terkejut. Mark yang dipenuhi luka itu terus bangun. Yang lain terkejut.

"Balik." ujar Mark. Yang lain akur namun tidak bagi Jaehyun.

"Kau..." tidak sempat Jaehyun ingin menghabiskan ayat nya, lelaki yang bernama Chenle membawa nya keluar.

"Dah, jom kita makan cendol. Panas kan?" kata Chenle. Tinggallah aku dan Mark.

"Awak ok?"

-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now