14

416 74 5
                                    

Humairah turun daripada kereta yang di pandu oleh Chenle. Semua bangunan yang agak besar membuatkan aku terpegun.

"Wahh." mulut Humairah dan Jisung melopong serentak.

"So, sini lah kalau ikut alamat tu." kata Chenle. Humairah mengangguk laju.

"Eh, mana Haechan hyung? Kata nak datang." kata Jisung. Chenle mengflip rambut nya akibat kepanasan.

"Biarkan. Takde Haechan aman dunia." kata Chenle. Jisung ketawa lalu memepuk bahu nya.

"Ni, Haechan tahu ni...mampus anda." kata Jisung sambil mengesat air mata. Fuh, kelakar sangat tu.

"Ala, rilek je. Macam tak biasa." kata Chenle. Aku ketawa kecil.

"Ok, saya pergi dulu." kata Humairah sambil melambai kepada mereka. Jisung membalas lambaian tersebut.

Kereta Chenle memecut laju balik ke rumah. Sememangnya sudah azali lagi Chenle dilahirkan sebagai rempit jalanan.

"Yahhh." Jisung di sebelah Chenle terkejut. Sosok tubuh lelaki yang sudah seperti hantu itu menakutkan dia.

"Eh, Haechan hyung ! M..mmacam mana—"

"Lupa heh. Aku ikut lah tadi. Aku tertido kat belakang sebab air-cond sejuk sangat." kata Haechan sambil mengelap sisa air liur nya.

"Ouh, mana Humairah !" mata Haechan terbuntang luas. Jisung menepuk dahi nya perlahan.

"Dia dah pergi kerja lah dey." kata Jisung. Haechan menepuk kuat seat temoat duduk Chenle.

"Eiii ! Napa tak kejut aku !" jerit Haechan. Chenle hanya diam lalu membiarkan Haechan melayan kesedihan nya.

"Em, Humairah kerja ape?" tanya Haechan. Jisung dan Chenle berpandangan antara satu sama lain.

"Entah."

.................

Aku menunggu di bahagian lobi. Jam di pandang oleh aku bersilih ganti. Adakah aku yang lambat atau Erin yang lambat?

"Puan..Humairah?" aku menoleh lalu bangun. Erin senyum segaris.

"Mari, saya tunjukkan tempat awak" kata Erin. Aku mengangguk perlahan. Aku mengikuti Erin daripada belakang.

Pelik, umur nya berapa? Nampak muda tapi...mustahil muda seperti dia mampu bangunkan syarikat sebesar ni.

"Awak akan jadi pegawai pemasaran syarikat. Segala produk syarikat awak perlu uruskan." kata Erin. Aku mengangguk perlahan.

"Jangan rasa kekok. Buat seperti biasa saja. Kalau tidak faham, awak boleh tanya orang sekeliling." kata Erin sambil senyum manis.

"Ouh, lagi satu. Nanti ada meeting. Sambil itu, awak boleh berkenalan." kata Erin. Aku mengangguk faham.

"Anggap jelah kita ni adik beradik. Umur saya baru 21." kata nya. Mata aku membuntang memandang nya.

"Kita...beza setahun.." ujar aku. Umur aku 22.

"Hehe, jangan kekok. Lagipun, ni syarikat ayah saya." kata Erin. Aku mengangguk faham.

"Jangan takut. Tiada apa yang perlu ditakutkan." kata nya dengan satu senyuman lebar.

-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now