Special Chapter : To infinity and beyond

649 77 30
                                    

Sudah 2 tahun berlalu. Areum akhirnya keluar daripada pusat pemulihan. Akhirnya, dia bebas daripada dadah.

Dos yang di ambil hari itu terlalu tinggi. Masih terngiya lagi kejadian perit yang di alami oleh nya.

"Ahhh !" Areum menghirup udara segar itu. Sudah lama dia tidak menjejak dunia luar. Rasa kelainan itu dapat dirasakan.

Sepuntung rokok diletakkan di bibir nya. Tidak sempat pemetik api dinyalakan, dengan pantas rokoknya di ambil.

"Dah bebas dadah, takkan rokok tak boleh?" tanya Jeno. Areum mengeluh lemah. Dia dengan sedaya upaya mengambil rokok di tangan Jeno.

"Eish, bagilah !" kata Areum. Panas hati apabila barangnya di ambil sesuka hati.

"Apa kata kau stop merokok? It's not good for your health." kata Jeno lagi. Areum pasrah. Di henyak punggung nya di sofa.

"Kau masih ingat, Mark?" kata Jeno. Areum terdiam. Siapa yang tidak akan melupakan pengorbanannya sebagai abang tiri itu?

"Aku sayang kau. Berubah heh?"

Kata-kata itu masih terngiya. Keluhan berat dilepaskan. Begitu perit sekali pemergian Mark. Pengebumian Mark pun tidak dapat dia hadir kerana dia perlu ke pusat pemulihan.

"Apa kata kau berubah? Lagipun, Mark boleh berubah takkan kau tak boleh?" tanya Jeno. Areum mengeluh lemah.

"Sudahlah kau. Aku rimas. Baik aku mandi." kata Areum. Dia melangkah ke bilik meninggalkan Jeno bersendirian di ruang tamu.

"Dia boleh berubah, Mark."

.....................

Hari ini, tepat 2 Ogos merupakan hari kelahiran Mark. Areum masih lagi kesunyian. Kasih sayang abang tiri nya tidak ternilai. Layanan sebagai abang mithali tidak dapat digantikan oleh sesiapa.

"Jangan jadi pemalas" nasihat Mark yang berbaur perlian itu membuatkan Areum tersenyum. Ya, Areum memang di katogerikan sebagai pemalas di mata Mark.

"Susu,teh? Teh ke...susu?" omel Johnny. Susah betul dia ingin membuat pilihan.

"Kopi lah." kata Johnny. Areum duduk sambil mengambil sekeping roti.

"Kau nak nasi goreng?" tanya Jaehyun dengan membuat mimik muka comel. Areum menayangkan muka menyampah.

Areum hanya diam tidak berkata apa-apa. Langkah nya diatur semula ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

"Today is 2 August right?" tanya Johnny. Jaehyun mengangguk. Nampak sangat Areum masih tidak boleh menerima pemergian Mark.

Jeno mengetuk pintu bilik Areum berkali-kali. Sudah lah berkunci malah makin diketuk makin tidak jawab pula.

"Park Areum ! Oii !" Jeno menjerit lantang. Terus pintu itu dibuka. Pucat Jeno melihat wajah Areum.

"Oi, Ya Allahh ! Aku ingat hantu tadi. Pergi basuh maskara kau !" kata Jeno. Areum memicit kepala nya perlahan.

"Kau kalau nak bebel kat aku,baik tak payah ! Bla lah !" kata Areum. Jeno mengeluh lemah.

"This is for you. Mark dah lama tulis cuma tak sempat nak bagi kau." kata Jeno. Surat di tangan Jeno terus di ambil lalu pintu ditutup.

Sampul surat dikoyakkan. Dia seakan tidak percaya, tapi apabila Areum melihat tulisan yang tertera di situ..dia yakin itu Mark.

"Semua manusia diberikan peluang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Semua manusia diberikan peluang. Cuma kita yang tidak menggunakan peluang itu dengan betul."


-End-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now