36

562 67 6
                                    

Asap mula memenuhi ruangan bilik tersebut. Taeil dan Yuta mengangkat Humairah manakala Renjun dan Jeno mengangkat Areum.

"Jangan lari !" beberapa das tembakan diacukan kepada mereka semua namun tidak tepat.

"Mark, keluar. Cepat !" kata Taeil. Mark menggeleng. Sampai bila mahu lari jika masalah tidak selesai.

"Awak, keluar. Sementara masa masih ada." kata Humairah. Mark menggeleng. Dipeluk erat wanita yang sangat dia sayangi itu.

"Tak, saya nak dukung awak, buat kali yang terakhir."

"Mark, jangan." pegangan erat Mark tadi terlepas. Mark hilang disebalik kepulan asap yang menutup penglihatannya.

"Mark, jangan ! Cukup ! Kawal perasaan awak !" kata Humairah. Namun, segakanya terlambat.

Mark sudah bertindak tanpa kawalan. Erin ditolak nya, manakala beberapa orang lelaki dibelasah teruk oleh nya.

Humairah menunggu Mark keluar. Dia berharap Mark selamat. Tidak cedera atau apa-apa.

"Mark." Humairah berlari terhinjut-hinjut ke arah nya. Muka Mark kelihatan takut sekali. Humairah dipeluk erat.

"Bang !"

Humairah yang dipeluk Mark terus rebah ke tanah. Dia bingung dn terkejut. Darah segar yang menitik di wajah nya di lap.

"Mark." Humairah memeluk erat Mark yang ditembak tepat di dada nya. Suara Mark yang tersekat-sekat itu membuatkan Humairah sebak.

"Awak, tahan sikit. Sekejap je heh?" tangisan Humairah tidak berhenti. Dia masih belum menjalankan tanggungjawab nya.

"Saya gagal....maafkan saya. Hukk ! Saya gagal...maafkan saya." kata Mark. Humairah menggeleng pantas.

"Saya kena layan awak baik, saya gagal. Saya sayangkan awak." jari jemari Mark perlahan-lahan jatuh ke tanah.

Kebahagiaan Humairah sudah hilang. Lelaki yang banyak mengajarnya erti kebahagiaan sebenar sudah di jemput ilahi.

Kebahagiaan itu tidak selama nya kekal. Allah tarik kebahagiaa kita kerana dia mahu tahu, kita ni kuat atau tidak.

.....................

"Mark. Awak tak rasa kehidupan kita berdua ni...menyedihkan ke?" tanya Farah. Earphone Mark terus di cabut oleh nya

Alunan ayat quran yang mengasyikkan membuatkan hati Farah semakin tenang. Mark ialah lelaki lain daripada yang lain.

"Sibuk je curi earphone orang." kata Mark. Farah mencebik manja.

"Kehidupan ni....ada banyak ujian. Kita, tk boleh mengalah. Semua berlaku ada sebab. Ade ujian yang indah dan ujian yang tak indah." kata Mark sambil tersenyum manis.

"Adakala, kita perlu juga hidup bebas seperti burung. Terbang mencari haluannya, namun kena ada batas nya jugak. Macam kita manusia." kata Mark.

Farah cuba menelan ayat-ayat yang dilontarkan oleh Mark. Sememangnya, ayat yang dikatakan oleh Mark penuh dengan inspirasi. Ada benar jugak bait-bait ayat yang dikatakannya.

"Kalau awak rasa penat nak berhijrah ke islam. Fikir baik-baik. Allah ada, saya ada untuk support awak. Jangan berhenti daripada hijrah ni. Memang mula-mula rasa perit, tapi di masa akan datang..ia akan jadi indah." kata Mark lagi.

"Satu hari nanti, saya akan buktikan kepada bakal isteri saya ni yang kehidupan ni semua indah je. Saya akan kembalikan jiwa awak yang hilang."



—THE END—

the soul. ml✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant