17

387 71 7
                                    

Air mata aku tidak berhenti mengalir. Aku terus berlari mencari Mark. Jaemin dan Taeyong mengikuti aku daripada belakang.

" Mana Mark?" Jaemin menoleh. Wajah nya kelihatan sunggul dan sedih.

"Dia, tengah kritikal." kata Jaemin. Aku beristighfar panjang. Yang lain hanya mengeluh lemah.

"Mark...akan selamat kan? Dia akan ok kan?" tanya aku gelabah. Mulut Jaemin berura-ura untuk mengatakan sesuatu.

"Peluang untuk dia hidup...hanya 50/50." pernyataan Renjun membuatkan aku terkejut. Hampir rebah aku apabila mendaat berita sebegitu.

Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa terkejut nya aku.

Cepat sahaja...Allah tarik nikmat aku.

"Doktor Sungchan." Johnny menghampiri Doktor Sungchan dengan wajah yang sembam.

"Siapa...ahli keluarga Mark lee?" mereka semua mengangkat tangan termasuk aku.

"Oi, nama kau jauh beza heh. Zhong Chenle." kata Jisung.

"Saya." ujar aku. Hati aku berdebar-debar menunggu keputusannya. Doktor Sungchan tersenyum nipis.

"Ya, dia dalam keadaan kritikal. Kami akan perhatikan dia selama beberapa hari ni. Jangan risau." kata Doktor Sungchan. Aku mengucap perlahan.

"Alhamdulillah." ucap aku. Jaemin tersenyum kepada aku.

"Terima kasih." ucap aku. Langkah aku dilajukan ke wad di mana Mark ditempatkan.

Kepala Mark dibalut penuh. Wajahnya dipenuhi kesan lebam. Aku duduk disebelah nya.

"Ya allah, dah macam mumia—"

"Oi, mulut tu jaga !" Taeyong memukul kepala Taeil.

"Oppa !" suara lunak seorang perempuan mengejutkan aku. Kelihatan Areum masuk lalu memeluk Mark erat.

"Eh, kau selamat Areum?" ujar Jisung. Areum memandang ke arah nya sambil mengelap air mata nya.

"Iye lah, aku balik naik teksi." ujar nya. Baju nya yang terdedah di perut membuatkan semua mahu keluar daripada wad tersebut.

Termasuk aku. Dahlah kurus. Putih pulak tu.

"Huwaa, maafkan Areum oppa !"  Areum memeluk Mark yang tidak sedarkan diri. Aku semakin rimas dengan kehadirannya.

"Eh, awak ada hubungan dengan Mark ke?" tanya aku. Areum memandang aku sambil smirk.

"Kalau ada pun, kenapa?" Areum tersenyum sinis. Aku menggenggam penumbuk di tangan kanan aku.

"Enough, Areum." ujar Jaehyun. Langkah aku termati apabila Jaehyun masuk. Di pandang aku dan Areum bersilih ganti.

"Apa kata...kau terus terang je yang kau adik Mark?"

..................

"Areum..adik tiri Mark?" ujar aku. Yang lain mengangguk. Aku mengurut dahi aku perlahan.

Terkejut kau tahu. Aku ingat Mark dengan Areum ni ada hubungan lain.

"Ya, umur kita sama Humairah." ujar Areum. Aku mengangguk faham.

"Jangan risau, Mark anggap saya macam adik je. Tak lebih daripada tu." kata Areum lagi. Yang lain mengeluh lega.

"Guys." Yuta menunjukkan sesuatu di telefon nya. Semua melihat apa yang ditunjukkan oleh Yuta.

"Polis kata....semua yang berlaku ni dirancang?"


-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now