9

477 86 3
                                    

"Awak." Mark terus tersedar daripada lamunan nya. Aku menggeleng lalu menghidangkan segelas kopi.

"Jauh termenung." bisik aku. Mark ketawa kecil. Pelik, katanya dah lambat nak pergi kerja.

"Tak nak pergi kerja ke?" kata aku. Mark menggeleng lalu melabuhkan punggung nya ke sofa.

"Tak nak. Nak duduk sini, meluangkan masa dengan isteri terchinta." ujar Mark.

Eu, ayat lapukk.

"Sila cuba lagi." ujar aku. Mark memuncungkan bibir nya sambil bersandar ke bahu ku.

"Dah kenapa tergedik-gedik ni." kata aku. Mark memandang aku sambil senyum segaris.

"Awak tak payah masak lah malam ni. Kita makan kat luar." kata Mark. Kening aku bertaut.

"Tak payah lah wak. Membazir je. Makanan kat rumah ada lagi." ujar aku lembut. Tak sempat aku ingin bangun, Mark menarik tangan aku.

"Awak kan, dah 127 kali kata benda yang sama. Boleh lahhh." kata Mark. Aku mengeluh lemah.

"Yelah...." kata aku. Mark melompat gembira sambil memeluk aku. Aku hanya mengiyakan.

"Ingat tau, jangan lupa perjanjian kita. Jangan tido pulak. Janji." kata Mark sambil membuat tanda 'promise'. Aku menyambut.

"Ye, saya janji."

.....................

Shawl labuh yang berwarna biru muda disarungkan. Tali pinggang aku dibetulkan. Stokin hitam disarungkan. Aku membelek diri ku dihadapn cermin.

"Cantik?" omel aku. Biasa sahaja. Tidak secantik perempuan di luar sana.

Aku menaiki bas ke bandaraya Kuala Lumpur. Cuaca yang agak baik seperti menyambut kehadiran aku.

"Erm, mana Mark nih?" ujar aku. Aku turun daripada bas. Telefon aku dibawa keluar. Sudah berkali-kali aku menelefon jejaka terhangat itu tetapi tidak terjawab.

Aku memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar. Aku masuk ke dalam kedai serbaneka.

Aku membelek buku nota di situ. Semua comel-comel termasuk lah anak patung di situ.

"Erm?" aku menoleh ke hujung kedai. Figura tersebut tampak seperti Mark tapi....

Mustahil dengan wanita lain? Bukan islam pulak tu.

"Mark." aku menyentuh bahu Mark lembut. Lelaki itu menoleh kebelakang sambil memegang cermin mata.

"Eh, Humairah." ujar Mark. Aku memegang tangan nya.

"Penat saya cari. Saya messege tadi tak dpt." kata Mark. Aku mengeluarkan telefon aku.

Em, bagus. Aku tak bukak data phone.

"Ni assistant saya. Kebetulan jumpa." kata Mark. Wanita berkulit putih seputih susu itu di pandang atas bawah.

"Hai, saya Park Areum." kata Areum sambil tersenyum. Aku menunduk perlahan.

"So, jom kita makan." kata Mark. Aku mengangguk. Areum memandang Mark sambil tersenyum manis.

Aku mula berasa pelik. Perbuatan Areum yang manja membuatkan aku tertanya-tanya. Mereka ada hubungan ke?

Ah, ape aku fikir ni...

"Sayang, nak makan ape?" tanya Mark. Aku memerhatikan Areum disebelah kanan Mark. Dia mempamerkan senyuman kelat.



-Bersambung-

the soul. ml✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant