29

373 68 0
                                    

Suasana ruang tamu yang sunyi sepi menyambut ketibaan aku diruang tamu. Segelas milo di tangan ku di kacau perlahan.

Aku masih belum mencari jalan untuk berbual bersama Mark. Walaupun tinggal sebumbung, kami masih belum berkomunikasi.

Aku berjalan terjengket-jengket ke bilik tidur aku. Takut-takut si Mark tu keluar daripada bilik.

"Humairah." badan aku terkaku. Aku pusing perlahan. Senyuman senget aku tayangkan kepada nya.

"Tak payah tido kat bilik tu. Tido kat sini." Mark menunjukkan bilik lama aku.  Mark berjalan meningalkan aku.

Adakah ini bermakna aku bakal dihimpit berbagai perasaan? Ya allah, tolonglah aku.

Aku menghabiskan milo aku lalu masuk ke dalam bilik. Aku menghempaskan badan aku di atas katil yg empuk dan selesa itu.

"Ah, selesa nyaa." ujar aku. Bantal ditepuk-tepuk oleh aku. Secara tidak sengaja, aku tertido di bawah suhu diingin malam.

...........................

Aku terjaga daripada tido aku. Perut rasa memulas lah pulak...ni mesti sebab minum milo ni.

Aku bergegas ke bilik air. Segela isi perut aku di bawa keluar. Terasa lapar pula bils perut hanya diisi dengan milo sahaja.

Tiba-tiba, belakang aku ditepuk perlahan. Aku yang terkejut terus menoleh kebelakang.

"Awak ok?" tanya Mark. Aku mengelap sisa muntah di bibir aku lalu mengangguk. Aku memegang perut aku sendiri.

"Lapar? Nak makan?" aku hanya mengangguk apabila disoal oleh Mark. Terus tangan aku ditarik ke dapur.

"Hurm...nak masak apa heh?" omel Mark. Telur di bawa keluar. Aku menghalang tangan nya.

"Jangan risau, saya dah pandai goreng telur. Bukan macam dulu." kata Mark. Aku mengangguk lega.

Ingat lagi kejadian telur menjadi hangus. Hanya mampu katakan 'sedap' untuk menceriakan dia.

Mark pun memulakan kerja-kerja nya. Aku hanya memerhatikan nya daripada meja makan.

"Nah." nasi goreng pataya diberikan kepada aku. Bau haruman masakan itu menaikkan selera aku.

"Huwaa ! Terima kasih. Bismillah.." tidak sempat aku sesudu nasi itu masuk ke mulut aku, Mark terlebih dahulu memakannya.

"Erm, sedap !" kata Mark. Aku memandang nya tajam. Aku memukul meja menggunakan sudu.

"Shush !" kata aku lalu sambung semula. Mark ketawa kecil melihat aku makan persis seorang bayi.

"Muka awak sama macam Farah." kata Mark. Aku menggeleng laju. Sejujurnya, Farah tu lebih cantik daripada aku.

"Awak ok ke?" kata aku. Mark mengangguk laju. Risau pulak aku ni.

"Jangan risau, saya dah terima ketentuan Allah. Ada baik buruk nya. Jadi, saya kena terima dan perbaiki diri saya supaya jadi lebih baik." kata Mark sambil menunjuk thumbs up. Aku tersenyum kecil.

"Maafkan saya, saya tak kawal perasaan saya. Saya tak patut buat macam tu pada awak." kata Mark dengan suara mendatar.

"Takpe, semua penyakit mesti ada ubat nya. Saya percaya, penyakit awak boleh sembuh. Saya janji !" kata aku sambil senyum segaris.

-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now