19

397 72 10
                                    

Aku meletakkan beg yang berisi baju-baju Mark. Figura sang suami yang sudah seperti singa itu duduk di sofa ruang tamu.

"Apa kau pandang aku?!" suara nya ditekankan. Bahu aku terhinjut akibat mendengar suara nya yang tegas itu.

"Bosan lah duduk dalam rumah nih." Mark melangkah keluar namun dengan pantas aku memegang pergelangan tangan nya.

"Eh, tak yah sentuh aku." muka nya berkerut menahan marah. Aku hanya menurut perintah nya.

"Aku balik, aku nak tahu kau dah siap kemas semua bende ni." kata Mark. Aku mengangguk faham.

Tidak sempat dia ingin melangkah keluar, langkah nya terhenti sekali lagi.

"Aku balik lambat. Ikut suka kau lah nak masak ke tak. Kalau kau masak pun, tekak aku tak selera nak makan." ujar nya tanpa rasa bersalah.

Hati aku seperti dicucuk pisau. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Aku mengucap perlahan.

Mungkin, Allah nak uji. Aku kena sabar.

Aku meneruskan kerja-kerja aku yang tergendala tadi.

.....................

Aku melangkah ke bilik tidur setelah aku selesai mengemas ruang tamu. Pintu bilik yang berkunci terus di ketuk perlahan.

"Awak—" pintu dibuka. Aku terdorong ke belakang akibat terkejut.

"Kau nak apa?!" kata nya. Aku mengeluh perlahan.

"Saya nak tido lah. Awak—"

"Bilik kau kat stor sana. Kau bukan siapa-siapa boleh tido dengan aku. Bla !" jerit nya. Aku mula hilang sabar.

"Awak, saya ni isteri awak tau. Saya cuba hormat awak sebagai suami. Kenapa awak kena buat macam ni?" kata aku.

Rambut aku di tarik. Pipi aku di tampar. Saat aku ingin melepaskan diri, Mark memukul aku beberapa kali.

"Eh, kau dengar sini. Aku boleh ceraikan kau sekarang tau ! Aku bagi kau peluang sebab aku tahu  kau miskin ! Jadi, baik kau jadi pembantu rumah aku !" kepala aku di hebtak ke dinding.

Kesan darah mengalir. Air mata aku mengalir deras. Pintu bilik Mark terus di hempas kuat.

Ya Allah, kenapa kau uji aku sekali lagi.

........................

Hari Jumaat dan Khamis ialah hari di mana aku bercuti. Aku duduk di ruang tamu memikirkan perkara yang di lakukan oleh Mark.

"Ya allah.." air mata aku mula menitis. Aku rasa, baru sahaja aku berbual mesra bersama Mark.

Namun sekarang, tak lagi.

Aku menepuk muka aku dengan bantal. Sakitnya hati aku, hanya tuhan yang tahu.

Aku rasa menyesal dengan diri sendiri. Aku dah tiada siapa-siapa. Suami sendiri pun dah anggap aku orang lain.

Apa aku perlu buat?


-Bersambung-


the soul. ml✔Where stories live. Discover now